Archive for 02/01/2009 - 03/01/2009

EKSPEDISI MENDAKI GUNUNG SETONG



CATATAN PERJALANAN : SEKEJAP BERTUDUNG SEKEJAP TIDAK BERTUDUNG

Alhamdulillah, saya baru pulang dari Kulai, Johor. Perjalanan menaiki keretapi mengambil masa selama 12 jam untuk saya sampai ke destinasi, Wakaf Bharu. Saya kerja di Kota Bharu, isteri kerja di Kulai Jaya, Johor. Maka saya terpaksa berulang alik lebih kurang 2 atau 3 minggi sekali untuk menjenguk isteri saya kat sana. Anak pun duk kat sana juga, bersama dengan isteri tercinta.

Saya sudah biasa berkeretapi, ambil tiket tempat tidur. Takda la rasa penat sangat bila sampai Wakaf Baru. Ada satu perkara yang saya nak kongsikan di sini. Sepanjang perjalanan saya, saya duduk satu koc dengan 2 orang perempuan. Dari perbualan mereka, saya pasti mereka masih lagi sedang belajar. Kedua-dua anak gadis ni tidak bertudung, baju t-shirt, seluar ketat. Maklumlah, trend anak muda zaman sekarang ni makin teruk. Bukan diaorang malu pun pakai pakaian yang tidak senonoh.

Malam tu saya tidur dengan nyenyak. Sedar aje sudah masuk wau Subuh. Selepas saya solat Subuh, keretapi berhenti di stesen Tanah Merah. Lama jugak. Sebab tunggu keretapi dari hadan sampai dulu. Kalau tidak nantu accident. Berbalik kepada cerita dua orang gadis tadi, diaorang pun bangun gak. Tapi tak tau la solat subuh atau tidak. Gelagat kedua gadis ni dah mula berubah, pada mulanya tidak pakai tudung, dah mula pakai tudung. Percakapan pun dah berubah, bunyi dah agak sopan sikit.

Dalam hati saya berkata, mungkin kedua-dua gadis ni cuba menyembunyikan sesuatu dari keluarga. Mereka cuba menyembunyikan identiti tidak sopan. Meraka cuba meyakinkan keluara di kampung bahawa mereka tidak berubah apabila berada di tempat orang. Meraka bertudung apabila jumpa keluarga mereka.

Ramai lagi orang seperti ini. Jauh di mata ibu bapa terus berubah, Kalau berubah kea rah yang lebih baik takpa, tapi berubah ke arah yang kurang baik. Terpangaruh dengan budaya yang tidak baik. Di sana tidak bertudung, di sini bertudung. Kalau keluarga boleh ditipu, tetapi tidak Allah Taala. Setiap amalan akan dicatat dan akan dihisab dihadapan Allah.

Internet tanpa wayar

Oleh Basir Zahrom
bazir@bharian.com.my
sumber : Berita Harian Online

IPTA perlu sedia WiFi hotspot bagi memudahkan pelajar cari maklumat

JIKA dulu institusi pengajian tinggi awam (IPTA) menyediakan kemudahan internet yang terhad hingga menyebabkan pelajar terpaksa berebut-rebut dan perlu mendapatkan nombor giliran untuk menggunakan perkhidmatan itu. Kini selepas hampir sedekad, apabila perkhidmatan internet tanpa wayar (Wireless Fidelity atau WiFi) diperkenalkan, pelajar tidak lagi perlu melalui situasi itu, sebaliknya dengan mudah mencapai kemudahan itu menggunakan komputer riba masing-masing.

Malah dengan perkhidmatan terkini itu, mereka dapat menggunakan internet menerusi gelombang di kawasan khas mempunyai titik capaian internet atau WiFi hotspot yang dapat menghubungkan pengguna hanya dalam jarak kira-kira 100 meter dari antena disediakan. Persoalannya, apakah penyediaan kemudahan WiFi di IPTA kini menyeluruh dan praktikal kerana masih ada pelajar merungut dan menyatakan perkhidmatan itu perlu ditambah baik keberkesanannya termasuk kawasan liputan serta kepantasannya. Ada juga mengatakan segelintir IPTA menyediakan kemudahan itu kerana terikut-ikut pihak lain dan tidak mahu dilihat ketinggalan, dengan infrastrukturnya tidak menyeluruh atau ala kadar hingga menyebabkan ia kurang sambutan. Hal itu terbukti apabila masih ada pelajar memilih jalan lain, antaranya duduk berjam-jam di luar kampus untuk mendapatkan perkhidmatan WiFi percuma dan lebih stabil penerimaan frekuensinya.

Menyedari perkara itu, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron, baru-baru ini menyarankan supaya pihak pengurusan IPTA memperbanyakkan WiFi di kawasan kampus secara kerjasama dengan pihak lain, antaranya restoran francais yang ada menyediakan kemudahan itu. Sambil mengharapkan semua IPTA dilengkapi WiFi menjelang 2010, beliau menyarankan pengurusan universiti menyediakan kemudahan itu di tempat yang menjadi tumpuan pelajar. "Selain memberi keselesaan kepada pelajar untuk melayari internet, ia juga dapat meningkatkan imej IPTA khususnya di kalangan pelajar asing. "Dalam hal ini, perbincangan dengan syarikat restoran francais bagi membuka cawangan dan menyediakan kemudahan internet itu boleh dipertimbangkan," katanya kepada Berita Harian. Idris menyifatkan langkah itu sesuai dengan perkembangan semasa tetapi kadar harga makanan dan minumannya mestilah lebih rendah berbanding di luar kampus.

Bagaimanapun, kenyataan beliau disalahertikan sesetengah pihak dengan menjadikan cerita mengenai kemasukan kafe francais itu lebih sensasi daripada penggunaan WiFi dan mengatakan cadangan itu hanya menguntungkan syarikat multinasional terbabit. Katanya, perkara yang perlu diberi penekanan ialah memberi ruang pelajar 'lepak sihat' di kawasan universiti dengan melakukan aktiviti berfaedah kerana sebelum ini mereka sanggup mengeluarkan wang lebih untuk mendapatkan kemudahan WiFi percuma di kafe francais yang menyediakan makanan dan minuman lebih mahal. "Tidak semestinya kafe multinasional yang perlu ditempatkan dalam IPTA, tiada masalah jika kafe jenama tempatan atau tanpa kafe pun tidak mengapa, asalkan ia menjadi tempat tumpuan pelajar berkumpul untuk belajar dan membuat perbincangan," katanya.

Mengenai peruntukan penyediaan WiFi pula, beliau berkata, bahagian pembangunan universiti perlu membuat perbincangan dan perancangan terperinci mengenai jumlah diperlukan supaya ia dapat dibentangkan dalam bajet pembangunan mereka kepada Kementerian Pengajian Tinggi. Katanya, kementerian tidak pernah menghalang mana-mana IPTA yang mahu membangunkan perkhidmatan WiFi, malah memberi galakan kerana ia bukan sesuatu yang mewah tetapi lebih kepada keperluan pelajar terutama pada zaman serba canggih ini.

TEORI LOMPAT TUAN GURU NIK ABD AZIZ NIK MAT

'Lompat Parti', bukan satu rangkai kata yang baru dalam politik Malaysia. Semenjak era 60'an lagi, lompat parti sudah didramakan, dan pelakon utama tidak lain dan tidak bukan ialah UMNO dan Barisan Nasional. Begitu juga dengan apa yang berlaku di Negeri Sabah suatu ketika dahulu. BN merampas kuasa juga melalui kaedah yang sama. LOMPAT PARTI.

Tragedi di Perak hari ni pun disebabkan oleh 3 wakil rakyat menyokong UMNO, termasuk seorang yang melompat ibarat katak (UMNO -> PKR -> UMNO). Tragedi ini menyebabkan kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat tumbang di Perak, tumbang dalam erti kata yang tidak sepatutnya, tumbang dalam keadaan melanggar undang-undang dan perlembagaan.

UMNO bersorak apabila berjaya merampas Perak dengan restu Sultan. Sedangkan rakyat bawahan saban hari mengutuk tindakan UMNO. Solat hajat dilaksanakan disegenap penjuru Negeri Perak. UMNO kena ingat, di atas sana bukan Sultan yang paling tinggi, tetapi Allah Ta'ala. Allah Maha Mengetahui atas apa yang berlaku. Allah Maha Tahu apa yang UMNO lakukan, UMNO memanipulasikan Istana dan Sultan Perak demi mencapai impian Politik mereka.

Saya amat tertarik dengan teori YAB Tuan Guru Dato' Haji Nik Abd Aziz Nik Mat :
Ahli YB lompat masuk Pakatan Rakyat adalah baik, manakala yang melompat masuk Barisan Nasional adalah sebaliknya.

AHLI PARLIMEN PAS MENINGGAL DUNIA

Ahli Parlimen PAS Bukit Gantang, YB Haji Roslan Shaharum telah meninggal dunia sebentar tadi. Ia telah disahkan oleh YDP PAS Kawasan Batu Gajah. Pada masa ini jenazah Allahyarham masih berada di hospital untuk bedah siasat. Seluruh umat Islam, ayuh kita sedekah al-Faatehah kepada Allahyarham, semoga roh Allahyahan dicucuri rahmat. PAS telah kehilangan seorang pejuang Islam yang sangat komited dengan perjuangannya. Al-Faatehah!

Mengikut maklumat yang diterima, Allahyarham Haji Roslan telah jatuh semasa mengayuh basikal di kawasan berdekatan stesen minyak, Pekan Batu Gajah.

Pada pilihanraya umum bulan Mac yang lalu, Allahyarham telah memenangi kerusi parlimen Bukit Gantang dengan majoriti 1566 undi menewaskan calon BN Abdul Azim Mohd Zabidi dan calon bebas Mohganan A/L P. Manikam. Pada pilihanraya tersebut Allahyarham mendapat 20015 undi, Zabidi 18449 undi manakala Mohganan 872 undi dan hilang wang deposit.

SAFIR 2 : BUKTI KEHEBATAN TEKNOLOGI IRAN

Iran,sebuah Negara yang begitu ditakuti Amerika dan sekutunya. Amerika menggelar Iran sebagai negara paksi kejahatan, sebaris dengan Korea Utara dan Iraq. Iraq sudah tumbang ditangan Amerika. Amerika memberi amaran bahawa Iran adalah sasaran seterusnya.

Amaran Amerika tidak dipandang ringan oleh negara Iran. Iran telah mengadakan beberapa ujian peluru berpandu. Ada antara peluru berpandu buatan Iran yang mampu bergerak dalam jarak jauh sehingga boleh mengenai Negara Haram Israel. Tujuannya adalah untuk menggertak Amerika. Jangan sekali-kali cuba menyerang Iran.

Yang terbaru, Iran telah melancarkan Safir 2. Safir 2 pelancar roket yang membawa sebuah satelit komunikasi yang diberi nama Omid (Harapan) berkeupayaan mengutip data alam sekitar dan komunisaki. Safir 2 membuktikan kehebatan teknologi Iran. Walaupun negara Iran dibelenggu dengan pelbagai sekatan dan siasatan, tetapi Iran masih mampu membangunkan teknologinya.

Pelancaran Safir 2 telah menggusarkan Amerika dan sekutunya. Sebelum ini, semasa Iran melancarkan satelit komunikasi pertama, tidak ada pula masalah yang timbul. Mungkin juga kerana satelit pertama itu menggunakan pelncar buatan Rusia. Sebab itu tidak timbul sebarang masalah. Masalahnya sekarang, Iran berjaya membina pelancarnya sendiri dan melancarkan satelit ke angkasa tanpa bantuan daripada negara lain.

Musuh Iran beranggapan bahawa Iran telah berjaya membina sebuah pelancar roket yang amat berbahaya. Iaitu teknologi sama sebagaimana teknologi yang digunapakai dalam pembangunan Safir 2. Musuh Iran amat takut. Mereka takut dengan keupayaan Iran. Iran satu-satu negara Islam di dunia yang berani mengembangkan teknologi ketenteraan walaupun menghadapi tekanan negara musuh.

Walau pelbagai tohmahan yang dihamburkan pihak Amerika dan sekutunya terhadap pembangunan teknologi Iran, kita sebagai umat Islam berbangga dengan perkembangan yang berlaku. Negara Islam yang lain wajar mencontohi negara Iran. Bangunkan ekonomi, pertingkatkan teknologi, jangan biarkan orang kafir lebih menguasai.

Designer: FThemes.com | Converter: Blogger Themes & Blogger Templates
Flippa