Tahniah diucapkan kepada Pakatan Rakyat khususnya Parti Islam Semalaysia (PAS) kerana telah menumbangkan UMNO dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu. Calon PAS, Haji Abdul Wahid Endut telah memperolehi 32883 undi manakala lawannya Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh memperoleh 30252 undi. Seorang lagi calon yang bertanding, calon bebas Azharudin Mamat memperoleh 193 undi dan hilang wang deposit. Majoriti yang dimenangi oleh Haji Abdul Wahid ialah 2631 undi.
Jika kita melihat kepada undi majoriti yang diperolehi oleh calon PAS, ianya telah meningkat berbanding pilihanraya umum Mac 2008. Ini menunjukkan rakyat semakin muak dengan Barisan Nasional dan mengharapkan Pakatan Rakyat untuk memerintah Malaysia. Barisan Nasional terpalit dengan malu besar dalam pilihanraya Mac 2008 yang lalu, malu tersebut berlarutan dengan kekalahan di Permatang Pauh dan yang terbaru di Kuala Terengganu. Barisan Nasional sedang mengorak langkah ke arah menuju fasa kejatuhan. Selepas ini, pilihanraya di Sarawak pula akan berlangsung. Maka giliran rakyat Sarawak pula untuk mengajar Barisan Nasional.
Pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu juga menunjukkan sokongan golongan muda yang cukup hebat kepada Pakatan Rakyat. Golongan muda mengambil pendekatan selamat dengan memilih parti yang berusaha untuk membawa perubahan. Bukannya Barisan Nasional yang cakap tak serba bikin dan menyusahkan rakyat. Golongan muda menuntut perubahan. Mereka tidak mahu kepada pemimpin yang korup. Golongan muda sudah mampu berfikir dengan matang dan terbuka. Golongan ini tidak mudah terpengaruh dengan janji kosong Barisan Nasional.
Media juga menjadi faktor penumbang kepada kekalahan Barisan Nasional di Kuala Terengganu. Rakyat sudah pandai menilai mana yang betul dan mana yang salah. Jika laporan yang dibuat media, tidak sebagaimana yang berlaku di bawah sana, maka rakyat pantas membuat perbandingan dan menolak mentah-mentah laporan berkenaan. Maka rakyat yang mual dengan laporan media yang berbelit-belit diterjemahkan dengan memberi undi kepada pihak Pakatan Rakyat.
Rakyat sudah berfikiran terbuka. Bukan Rakyat Terengganu sahaja, tapi rakyat Malaysia keseluruhannya. Rakyat sudah matang berpolitik. Rakyat sudah tidak terpengaruh dengan janji-janji manis Barisan Nasional yang menjerat. Rakyat sudah berani untuk membuat perubahan.
Sekali lagi sekalung tahniah kepada Calon Pakatan Rakyat, Haji Abdul Wahid Endut. Jangan dipersiakan harapan rakyat. Kejayaan mengurangkan satu kerusi parlimen Barisan di Dewan Rakyat tidak bermakna jika amanah tidak dilaksanakan.
Popular
-
Tanggal 20 Disember 2008 bertempat di Balai Islam Lundang satu debat telah berlangsung di antara YB Dato’ Haji Hsam Musa, Naib Presiden PAS ...
-
Oleh Noriah Idris nori@hmetro.com.my KASIH sayang dan pengorbanan seorang ibu tidak ternilai harganya. Usaha membesarkan anak daripada tapa...
-
Wan Nordin Wan Yaacob Thu | Jul 16, 09 | 8:58:37 pm MYT www.harakahdaily.net SEREMBAN, 16 Julai (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz...
-
Allahakbar. Israel mengganas lagi di bumi Palestin. Amerika terus menjadi penyokong utama Israel. Kedua-dua binatang ini perlu diajar. Salah...
-
100% Authorized Kaspersky Internet Security KIS 2011 "KIS 2011 berkeupayaan melindungi computer anda dan memastikan computer anda selam...
-
Oleh Rosniza Mohd Taha rosniza@bharian.com.my WALAUPUN jumlah permohonan memasuki program Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) Sekolah Ren...
-
Kerajaan Negeri Kelantan dengan kerjasama Badan Bukan Kerajaan (NGO) akan mengadakan Himpunan Misi Cakna Palestin. Program ini akan diadakan...
-
Satu laporan panjang lebar telah dikeluarkan oleh Utusan Malaysia yang melaporkan Tok Guru Nik Aziz bersedia bergabung dengan UMNO untuk mem...
Post a Comment