Salam ukhwah fillah.
Kehidupan berteraskan Islam merupakan suatu tuntutan yang perlu dilaksanakan. Allah S.W.T telah mengurniakan Islam sebagai cara hidup yang diredhai-Nya dan ianya telah disampaikan melalui pesuruh-Nya Nabi Muhamad S.A.W. Masyarakat menjadi lebih hebat dan bertamadun jika Islam diaplikasikan sepenuhnya dalam kehidupan.
Masyarakat Arab Jahiliyyah, merupakan sebuah masyarakat yang hidup dalam kegelapan. Gaya hidup mereka yang sesat telah merosakkan sistem masyarakat pada zaman tersebut. Peperangan demi peperangan berlaku antara kabilah Arab untuk menunjukkan kekuatan dan mempertahankan ego masi-masing. Anak-anak perempuan yang lahir juga dibunuh, kerana kononnya anak perempuan yang lahir boleh mengaibkan sesebuah keluarga. Lantas anak perempuan ditanam hiduop-hidup. Arak menjadi hidangan wajib masyarakat Arab Jahiliyyah. Pelbagai lagi gaya hidup yang songsang diamalkan oleh orang Arab pada zaman ini.
Kehadiran Nabi Muhammad S.A.W telah memberikan satu sinar baru kepada masyarakat Arab pada ketika itu. Sinaran yang telah menerangi kegelapan. Islam yang dibawa berjaya menaikkan maruah dan martabat masyarakat Arab. Kaum perempuan diberikan kedudukan yang lebih baik. Pentadbiran dilaksanakan berteraskan Islam. Kehidupan berdasarkan wahyu dilaksanakan. Masyarakar Arab yang sebelumnya berada dalam kegelapan, telah menjadi pelopor dalam perkembangan Islam di seantero dunia. Terbukti, bahawa Islam boleh membentuk sebuah masyarakat yang bertamadun dan taat perintah Allah.
Hari ini, penghayatan dan pengaplikasian cara hidup Islam dalam masyarakat semakin berkurangan. Pendidikan Islam tidak menjadi acuan dalam membina masyarakat. Remaja contohnya, semakin hari semakin dihimpit dengan gejala kemungkaran. Merempit, meragut, berzina semakin menjadi kegilaan remaja. Remaja yang hamil luar nikah juga semakin meningkat. Kesannya ada bayi-bayi yang tidak berdosa dibuang merata-rata. Ada yang sudah meninggal dunia apabila dijumpai. Betapa kejamnya manusia hari ini. Di mana sifat perikemanusiaan?
Masyarakat perlu kembali kepada nilai-nilai Islam yang sebenar. Bukan hanya Islam pada nama sahaja. Islam perlu digunapakai dan dihayati sepenuhnya. Ibubapa perlu memberikan didikan Islam sedari awal kepada anak-anak mereka. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebunnya.
Anak-anak perlu dididik dengan tegas. Solat perlu dititikberatkan. Anak perlu dirotan jika mereka meninggalkan solat. Sesungguhnya dengan menunaikan solat, maka perkara-perkara mungkar boleh dielakkan. Batas-batas dalam pergaulan juga perlu diperjelaskan kepada anak-anak dan remaja. Biar mereka jelas dan faham batas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.
Anak-anak juga perlu diterangkan mengenai syurga dan neraka. Jika buat baik, maka akan beroleh balasan syurga dan jika sebaliknya maka neraka akan menanti dihujung sana. Kefahaman inilah yang boleh melahirkan anak-anak dan remaja yang soleh dan berhati-hati dalam melayari kehidupan seharian. Entiti soleh ini yang wujud dalam sebuah masyarakat akan melahirkan sebuah masyarakat yang aman harmoni dan diredhai Allah.
Wassalam.
[muka hadapan]
Popular
-
Roslan SMS Fri | May 23, 08 | 7:26:08 pm MYT Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia atau...
-
Oleh Noriah Idris nori@hmetro.com.my KASIH sayang dan pengorbanan seorang ibu tidak ternilai harganya. Usaha membesarkan anak daripada tapa...
-
Assalamualaikum. Jam sekarang menunjukkan pukul 4.11 pagi. Pagi yang hening. Anak dan isteri telah tidur nyenyak. Tinggal aku sendiri melaya...
-
HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu mening...
-
Salam ukhwah fillah.. Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak saya hulurkan kepada sahabat-sahabat sekalian. Semoga kehadiran Ramadhan pada ka...
-
BAGAIMANA agaknya jika teman lelaki atau suami merajuk kerana sesuatu perkara yang tidak diketahui? Meskipun dianggap perkara kecil, ia mamp...
-
100% Authorized Kaspersky Internet Security KIS 2011 "KIS 2011 berkeupayaan melindungi computer anda dan memastikan computer anda selam...
-
Alhamdulillah, pada petang Ahad 11 Julai 2010 dua laporan polis telah dibuat oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Kulai. Laporan pertama dibuat ke ...