Archive for 2011

Coretan hari ini

Bismillahhirrahmanirrahim.

Tahun 2011 sudah lama menjelang tiba. Namun, ini pertama kali aku menulis di blog ini setelah kali terakhir dikemaskini pada penghujung tahun 2010 yang lalu.

Sukan PASTI

24 April, hari Ahad bermula jam 7.30 pagi hingga 1.00 tengahari telah dilangsungkan pesta suka bola sepak dan bola jaring PASTI Kawsan Kulaijaya. Aku ditugaskan untuk mengacara majlis. Alhamdulillah pesta sukan ini berjalan dengan baik. Pasukan Bola Sepak dan Bola Jaring PASTI Bandar Putra I Berjaya memenangi kedua-dua kejohanan ini. Tahniah kepada guru-guru PASTI yang Berjaya melatih anak-anak PASTI dengan baik. Tang sangka guru perempuan pun boleh melatih pasukan bola sepak.

Tanah

Pada jam 10.30 malam 24 April, aku dan beberapa orang sahabat, Abe Din, Abe Ajis dan Hj Wan mengadakan sedikit perbincangan mengenai projek pembelian tanah untuk pembinaan Sekolah Rendah Islam Ibnu Nafis, Kulaijaya. Abe Din membentangkan kaedah untuk mendapatkan duit bagi membeli tanah berkenaan yang berada di sebelah Kampung Separa, Kulaijaya. Tanah berbukit.

Hasil perbincangan maka diperoleh beberapa keputusan positif dan beberapa tindakan yang perlu dilakukan dalam masa terdekat.

Aku mengharapkan sahabat-sahabat diluar sana berdoa semoga Allah Taala memudahkan setiap urusan yang lakukan untuk membangunkan sebua Sekolah Rendah Islam di bumi Kulaijaya. InsyaAllah dengan adanya sekolah ini, daie yang serbaboleh yang cemerlang di dunia dan di akhirat berjaya dilahirkan.

Saman ekor

Satu berita baik kepada kita semua rakyat Malaysia. Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar memaklumkan bahawa pihak polis tidak akan menyorok disebalik tiang, pokok, signboard dan sebagainya untuk memantau pengguna jalanraya. Jadi, kalau kita Nampak polis tu, faham-faham sahaja la. Namun begitu, polis masih mengguna kamera dan peralatan tertentu dalam mengesan kelajuan kenderaan.

Walaubagaimanapun, berita baik ini tidaklah sebaik yang rakyat mahukan. Tapi sekurang-kurangnya pihak polis sudah memberikan maklumbalas yang positif di atas sungutan dan bantahan pengguna jalan raya.

Pihak polis juga perlu menambahbaik perkara lain contonya pemberian permit ceramah yang agak sulit untuk diperoleh. Pihak polis perlu mempermudahkan pemberian permit ceramah. Dengan itu, imej polis akan lebih baik dan dilihat sebagai anti pembangkang atau pro-BN.

Sekian..

Designer: FThemes.com | Converter: Blogger Themes & Blogger Templates
Flippa