Archive for 12/01/2008 - 01/01/2009

MALAM INTIFADHAH PALESTIN 2009

HUSAM VS KHAIRY

Tanggal 20 Disember 2008 bertempat di Balai Islam Lundang satu debat telah berlangsung di antara YB Dato’ Haji Hsam Musa, Naib Presiden PAS dan YB Saudara Khairi Jamaluddin, Naib Ketua Pemuda Malaysia. Pertemuan yang dianggap bersejarah ini telah diatur oleh Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan.

Sememangnya pertemuan ini sangat penting kepada Khairi. Naib Ketua Pemuda UMNO yang sedang berusaha menarik undi pemuda UMNO untuk menduduki jawatan Ketua Pemuda UMNO, yang mana jawatan yang sama turut ditandingi oleh anak mantan Perdana Menteri, Dato’ Mukhriz Mahadhir.

Perdebatan selama dua jam ini mengundang pelbagai isu hangat. Kehadiram Dr. Agus Yusof sebagai pengerusi dengan gelagat ahli panel ke tiga prof Aziz menghangatkan lagi suasana. Walaupun perdebatan yang bertajuk Transformasi Politik Malaysia ini tidak disiarkan di saluran tv arus perdana, namun ia telah berjaya memberikan satu impak besar kepada rakyat Malaysia dan ternyata perdebatan ini berjaya menundukkan ego seorang anak muda yang bernama Khairi.

Hudud

Isu Hudud menjadi isu utama yang telah dicungkil dan dimainkan dengan berkesan oleh TV3 dan TV arus perdana yang lain. Begitu juga dengan akhbar-akhbar. Walaupun banyak isu lain dalam perdebatan itu diperbicangkan, tetapi isu Hudud yang menjadi pilihan. Media-media ini secara terang-terangan cuba melaga-lagakan dan cuba memecahbelahkan hubungan yang terjalin di antara pemimpin-pemimpin di dalam pakatan rakyat. Pemimpin-pemimpin DAP ditemuramah bagi mendapatkan pendapat mereka mengenai Hudud. Cerita mengenai Hudud telah dipermainkan dengan semaksimum mungkin oleh media arus perdana. Mereka mempermaiankan hudud. Mereka, media arus perdana dilihat cuba memburukkan hudud yang disyariatkan oleh Allah Taala.

Semasa perdebatan berlangsung, Khairi tidak langsung menyatakan pendiriannya mengenai Hudud. Khairi berdolak dalik apabila ianya diasak oleh Dato’ Husam.

Apabila PAS menyatakan pendiriannya mengenai Hudud, ada dikalangan pemimpin UMNO yang mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang dengan kata lain menghina hokum Allah berkenaan. Kalau ya pun pemimpin UMNO tidak mahu hudud dilaksanakan, jangan keluarkan kenyataan yang mengelirukan.

Khairi, Ketua Pemuda UMNO Malaysia

Khairi secara terang-terangan menyatakan sokongan kepada Dato Husam untuk merebut jawatan sebagai Presiden PAS. Sokongan tersebut disambut sinis oleh Dato’ Husam dengan mengatakan tujuannya bersama PAS bukannya untuk mendapatkan jawatan semata-mata. Berbeza dengan pemimpin UMNO yang sanggup berhabis-habisan mencurahkan duit bagi membeli jawatan dalam parti.

Dato Husam juga tidak menyatakan sokongan kepada Khairi untuk menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia walaupun ayat itu yang ditunggu-tunggu Khairi. Yang penting menutut Dato’ Husam, jangan ada rasuah dalam perebutan jawatan ketua pemuda UMNO.

Keangkuhan Kuasa

Dato’ Husam memberikan pandangan bahawa antara punca utama rakyat menyokong pakatan rakyat adalah kerana keangkuhan kuasa yang ada pada UMNO. Pemimpin UMNO adalah pemimpin yang angkuh.

Pemimpian UMNO angkuh kerana dengan sewenang-wenangnya menaikkan harga minyak walaupun memperoleh kemengan besar dalam pilihanraya pada tahun 2004.

Semasa perhimpunan bersih, Khairi telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka yang menyertai perhimpunan bersih adalah seperti beruk-beruk dijalanan. Khairi juga antara factor utama berlakunya transformasi politik, factor utama sokongan rakyat beralih kepada pakatan rakyat.

Kisah perdebatan ini mengundang pelbagai pendangan positif mahupun negatif. Walaubagaimanapun, perdebatan ini berjaya menjadi salah satu perdebatan terhangat di Malaysia selain perdebatan anwar-shaberi suatu ketika dahulu.

**Sesiapa ingin mendapatkan CD penuh perdebatan Husam-Khairi sila email kepada fauzi_boy@yahoo.com. Harga RM12.00 termasuk kos penghantaran (2 Keping CD)

Bush dibaling kasut

Presiden Amerika antara yang paling ganas, George W Bush telah menerima padah apabila dimalukan oleh seorang wartawan semasa pertemuan dengan Perdana Meneteri Iraq.
Wartawan berkenaan, Muntazer al-Zaidi bangun sewaktu Bush mengadakan sidang akhbar bersama-sama Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Malik seraya menjerit dalam bahasa Arab, “Ini kucupan perpisahan untuk kamu, anjing. Ini salam perpisahan daripada balu, anak yatim dan mereka yang terbunuh di Iraq” lalu membaling kasut yang dipakainya.
Bush terkenal dengan sifat jahatnya. Bush seorang manusia yang sangat jahat serta tidak berperi kemanusiaan apabila melakukan serangan ke atas Afgahanistan yang telah mengorbankan ribuah nyawa. Anak dan isteri kehilangan tempat bergantung. Ramai rakyat Afghanistan yang hilang pekerjaan dan mata pencarian. Ekonomi Negara jatuh seterusnya memaksa rakyat hidup merempat.

Serangan ke atas Amerika pada 11/9, membuka peluang kepada Bush untuk bertindak ganas. Iraq menjadi sasaran seterusnya. Puluhan Ribu tentera dari pelbagai pasukan telah dihantar untuk menakluk Negara Irag atas alas an untuk menangani keganasan. Saddam Husan dikatakan sebagai pegganas yang paling dikehendaki. Namun apa yang pasti, serangan ke atas Iraq menyebabkan rakyat menjadi mangsa. Pembunuhan beramai-ramai berlaku. Bom meletup di sana sini sehingga mengorbankan banyak nyawa.

Bush menggunakan alas an memerangi keganasan untuk bertindak ganas ke atas orang Islam dan Negara Islam. Sunggug memalukan apabila di hari terakhir Buah di Iraq, Bush dihadiahkan dengan balingan kasut. Tapi sayangnya kasut yang dilempar melepas kepala. Alangkah indah kalau kedua-kedua kasut tersebut mengenai muka Bush yang hodoh itu! Biar lagi hodoh mukanya. Dan alangkah baiknya jika kasut itu membawa maut kepada Bush.

Mungkin itu satu permulaan buat Bush, mungkin selepas ini ramai lagi insan yang akan memalukan Bush. Wahai Bush, lebih baik kamu berhati-hati, ramai lagi diluar sana yang akan memalukanmu.

Tidak layak Bush disamakan dengan anjing. Anjing, binatang yang beriman kepada Allah dan menghuni Syurga Allah, Anjing labih baik dari Bush. Bush hanya layak disamakan dengan Syaitan yang tidak henti-henti berusaha menghancurkan umat Islam.

Semoga Obama yang lahir dalam arena keganasan Amerika dapat mengubah negaranya dari pandangan jijik masyarakat kepada pandangan yang labih baik. Walaupun aku tidak yakin pada Obama.

Rotan atau kaunseling?

Oleh Suliati Asri
suliati@hmetro.com.my

SEJAK dulu lagi, hukuman rotan adalah jalan terakhir diambil untuk mendidik pelajar terutama mereka yang bermasalah.Namun, akhir-akhir ini hukuman rotan dilihat sebagai hukuman yang terlalu berat dan ada berpendapat ia bukan jalan terbaik mendidik pelajar.

Sebaliknya, kaunseling dikatakan lebih berkesan mendidik pelajar kerana ia mampu membentuk perubahan sikap pelajar dalam tempoh jangka panjang.

Tetapi, ada juga yang mempersoalkan, sejauh mana berkesannya kaunseling membantu mendidik pelajar yang bermasalah sedangkan nasihat ibu bapa langsung tidak diendahkan, inikan pula nasihat orang luar.

Malah, dengan pertambahan jumlah pelajar bermasalah berbanding guru kaunseling, apakah ia membantu pelajar?

Kaunselor berdaftar juga bekas guru bimbingan dan kaunseling selama 18 tahun, Hushim Salleh, berkata walaupun berada pada era pembangunan siber, kaunseling masih relevan bagi menyelesaikan masalah pelajar berbanding hukuman rotan.

Menurutnya, walaupun kaedah kaunseling mengambil masa, ia pendekatan praktikal untuk membentuk salsiah pelajar menjadi manusia lebih baik.

"Zaman berubah dan pendekatan pendidikan juga perlu satu anjakan paradigma kerana hukuman secara kekerasan tidak lagi relevan.

"Kaunseling yang menggunakan pujuk rayu dan nasihat secara lembut lebih melekat di hati pelajar untuk berubah secara berperingkat-peringkat," katanya.

Bagaimanapun, Hushim berkata, keberkesanan kaunseling ini juga adalah bergantung kepada guru bimbingan kaunseling.

Guru bimbingan kaunseling harus pandai memainkan peranan menarik perhatian pelajar supaya datang dengan hati terbuka untuk berkongsi masalah dan berbincang bagi merungkai kekusutan.

"Bagaimanapun, guru kaunseling kurang dikenali menyebabkan pelajar tidak tahu bidang tugas mereka.

"Justeru, saya berpendapat, guru kaunseling perlu turun padang mendekati pelajar bermasalah, bukan duduk di bilik menunggu mereka datang.

"Guru bimbingan perlu bersikap terbuka dan tidak garang seperti guru disiplin dan jaga rahsia perbincangan bagi membolehkan pelajar percaya untuk datang kali kedua," katanya.

Menurutnya, tanggapan negatif pelajar yang melabelkan sesi kaunseling membosankan perlu diambil perhatian.

"Sesi kaunseling bukan untuk mereka yang bermasalah saja tetapi ia perkongsian pendapat dengan mereka yang lebih berpengalaman.

"Guru kaunseling perlu ada personaliti bagi menyakinkan pelajar untuk mendapatkan perkhidmatan mereka," katanya.

Dengan purata seorang guru bimbingan kaunseling kepada 500 pelajar, pelbagai cara boleh dilakukan untuk membantu pelajar.

Antaranya, mewujudkan sistem mentor dan mentee serta menjadi kawan kepada pelajar terutama mereka yang dilabelkan bermasalah.

"Percayalah, senakal manapun pelajar itu, jika guru kaunseling bijak memainkan peranan, mereka akan berubah dan menjadi manusia berguna.

"Pelajar adalah manusia biasa, apa yang perlu ialah perhatian, kasih sayang dan menganggap pelajar sebagai rakan," katanya.

Sementara itu, Pakar Motivasi, Dr Rubiah Kulop Hamzah, berkata keberkesanan kaunseling mendidik pelajar memang diakui tetapi ia bergantung kepada cara pelaksanaan sesi itu.

Menurutnya, meminta seseorang menceritakan masalah yang dihadapinya bukanlah sesuatu yang senang, lebih-lebih lagi membabitkan pelajar sekolah yang dikategorikan sebagai pelajar bermasalah.

"Bagaimanapun dengan menggunakan pendekatan psikologi, ia mampu dilaksanakan."

"Bagi memulakan sesi kaunseling bersama pelajar terutama mereka yang dikategorikan sebagai pelajar bermasalah, mereka (pelajar) perlu bersedia berjumpa kaunselor.

"Apa yang perlu masa kini, kebanyakan sesi kaunseling diarahkan guru disiplin atau guru kelas. Ini perlu diperbetulkan," katanya.

Designer: FThemes.com | Converter: Blogger Themes & Blogger Templates
Flippa