Archive for 01/01/2009 - 02/01/2009

FORUM for PALESTINE




PERHIMPUNAN MISI CAKNA PALESTIN PERINGKAT NEGERI KELANTAN

Kerajaan Negeri Kelantan dengan kerjasama Badan Bukan Kerajaan (NGO) akan mengadakan Himpunan Misi Cakna Palestin. Program ini akan diadakan di Stadium Sultan Muhammad Ke IV Kota Bharu pada 23 Januari 2009 (Jumaat). Pada malam tersebut juga akan dilancarkan Tabung Amanah Cakna Palestin.

Program bermula pada jam 7.00 malam di mana Solat Maghrib berjemaah akan laksanakan di padang stadium. Tetamu kehormat yang akan hadir memberikan ucapan ialah Dato' Seri Anuar Ibrahim, Tan Sri Anuar Musa, Lim Guang Eng, Wakil Hamas dan Duta Palestin di Malaysia.

Selain itu, YB Dato' Haji Husam akan memberikan kata aluan mewakili Kerajaan Negeri manakala YAB Tuan Guru Menteri Besar akan membuat ucapan khas di akhir program.

Kumpulan Raihan juga turut sama diundang bagi menjayakan program.

Kepada rakyat Kelantan yang cintakan keamanan, bencikan kezaliman, ayuh merilah sama-sama kita ke Stadium Sultan Muhammad Ke IV. Marilah sama-sama kita tunjukkan amarah kita kepada Yahudi dan sokongan kita kepada perjuangan rakyat Palestin.

ALLAHUAKBAR!!!

MALAYSIA LAWAN UAE

Malam ini pertemuan pertama Piala Asia di Kuala Lumpur. Malaysia disandarkan harapan yang besar untuk membenam lawan, terutama apabila bermain di tempat sendiri. Jika dirujuk kepada ranking dunia yang dikeluarkan oleh FIFA, sememangnya pasukan Malaysia jauh ketinggalan berbanding pasukan UAE.

Sebagai peminat sukan bola sepak, saya sangat berharap pemain Malaysia dapat menunjukkan prestasi yang hebat. Malaysia perlu bermain bersungguh-sungguh. Jangan hampakan seluruh rakyat Malaysia. Pada malam ini juga rancangan Ally di tv3 turut akan membincangkan perkembangan bola sepak tanah air. Jika Malaysia gagal menewaskan UAE, maka ulasan-ulasan yang tidak enak pasti akan kedengaran.

Saya doakan pasukan Malaysia berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Asia seterusnya menjadi juara Piala Asia.

Keputusan Pilihanraya Kuala Terengganu - PAS Menang

Tahniah diucapkan kepada Pakatan Rakyat khususnya Parti Islam Semalaysia (PAS) kerana telah menumbangkan UMNO dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu. Calon PAS, Haji Abdul Wahid Endut telah memperolehi 32883 undi manakala lawannya Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh memperoleh 30252 undi. Seorang lagi calon yang bertanding, calon bebas Azharudin Mamat memperoleh 193 undi dan hilang wang deposit. Majoriti yang dimenangi oleh Haji Abdul Wahid ialah 2631 undi.

Jika kita melihat kepada undi majoriti yang diperolehi oleh calon PAS, ianya telah meningkat berbanding pilihanraya umum Mac 2008. Ini menunjukkan rakyat semakin muak dengan Barisan Nasional dan mengharapkan Pakatan Rakyat untuk memerintah Malaysia. Barisan Nasional terpalit dengan malu besar dalam pilihanraya Mac 2008 yang lalu, malu tersebut berlarutan dengan kekalahan di Permatang Pauh dan yang terbaru di Kuala Terengganu. Barisan Nasional sedang mengorak langkah ke arah menuju fasa kejatuhan. Selepas ini, pilihanraya di Sarawak pula akan berlangsung. Maka giliran rakyat Sarawak pula untuk mengajar Barisan Nasional.

Pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu juga menunjukkan sokongan golongan muda yang cukup hebat kepada Pakatan Rakyat. Golongan muda mengambil pendekatan selamat dengan memilih parti yang berusaha untuk membawa perubahan. Bukannya Barisan Nasional yang cakap tak serba bikin dan menyusahkan rakyat. Golongan muda menuntut perubahan. Mereka tidak mahu kepada pemimpin yang korup. Golongan muda sudah mampu berfikir dengan matang dan terbuka. Golongan ini tidak mudah terpengaruh dengan janji kosong Barisan Nasional.

Media juga menjadi faktor penumbang kepada kekalahan Barisan Nasional di Kuala Terengganu. Rakyat sudah pandai menilai mana yang betul dan mana yang salah. Jika laporan yang dibuat media, tidak sebagaimana yang berlaku di bawah sana, maka rakyat pantas membuat perbandingan dan menolak mentah-mentah laporan berkenaan. Maka rakyat yang mual dengan laporan media yang berbelit-belit diterjemahkan dengan memberi undi kepada pihak Pakatan Rakyat.

Rakyat sudah berfikiran terbuka. Bukan Rakyat Terengganu sahaja, tapi rakyat Malaysia keseluruhannya. Rakyat sudah matang berpolitik. Rakyat sudah tidak terpengaruh dengan janji-janji manis Barisan Nasional yang menjerat. Rakyat sudah berani untuk membuat perubahan.

Sekali lagi sekalung tahniah kepada Calon Pakatan Rakyat, Haji Abdul Wahid Endut. Jangan dipersiakan harapan rakyat. Kejayaan mengurangkan satu kerusi parlimen Barisan di Dewan Rakyat tidak bermakna jika amanah tidak dilaksanakan.

Boikot barangan Amerika - Israel

Allahakbar. Israel mengganas lagi di bumi Palestin. Amerika terus menjadi penyokong utama Israel. Kedua-dua binatang ini perlu diajar. Salah satu caranya ialah memboikot barangan keluaran Amerika dan Israel. Wahai saudaraku sekalian, marilah kita bersatu hati memboikot barangan Amerika - Israel. Bantulah saudara seagama kita yang sedang dibaham oleh binatang bernama Israel. Allahuakbar!!

Berikut adalah senarai barangan / produk / product yang perlu diboikot :

Doa untuk Palestin

Bermula sekali lagi sebuah episod sedih yang menimpa rakyat palestin. Tanggal 27 Disember 2008 yang lalu, Israel Laknatullah telah menyerang bertubi-tubi ke atas Gaza. Sehingga hari ini seramai lebih 500 rakyat Palestin yang menjadi korban. Atas alasan ingin melumpukan pejuang-pejuang Hamas, rakyat biasa yang menjadi mangsa. Israel Laknatullah sememangnya ingin menhapuskan keseluruhan rakyat Palestin dan menguasai keseluruhan bumi Palestin. Israel meletakkan Hamas sebagai sasaran hanya satu alasan dan rekaan semata-mata.

Kutukan demi kutukan didendangkan. Pemimpin-pemimpin negara Islam menyelar tindakan Israel Laknatullah menyerang Palestin. Hanya sekadar mengutuk dan menyelar. Sedangkan negara Islam mengelilingi Negara Palestin. Kalau dinilai, Israel Laknatullah hanya sebuah negara haram yang sangat kecil ditengah-tengah negara Islam yang besar. Tapi tidak tindakan yang diambil. Hanya kutukan dan selaran yang kedengaran. Alangkah kedilnya negara Arab yang besar!

Mesir telah menutup sempadannya untuk tidak membenarkan pelarian Palestin masuk ke negara itu. Syria, Libya, Jordan dan negara Arab lain tidak lagi mampu menerima pelarian yang berjumlah berjuta-juta banyaknya.

Alhamdulillah, kerajaan Malaysia telah mengambil tindakan yang betul apabila menyalurkan sejumlah 1 juta dolar bagi membantu rakyat Palestin. Sesuatu yang sewajarnya dicontohi oleh negara lain. Kita sebagai rakyat Malaysia yang beragama Islam dan cintakan keamanan, maka kita juga perlu menyalurkan sumbangan derma bagi membantu meringankan keperitan yang ditanggung rakyat Palestin.

Umat Islam adalah bersaudara. Setiap keperitan yang rakyat Palestin rasai, turut tempias peritnya kepada kita. Kalau kita hendak pergi ke sana dan berjihad, mungkin keadaan politik yang tidak mengizinkan. Kita hanya mampu berdoa. Bermohon kepada Allah agar Allah meringankan beban yang ditanggung Rakyat Palestin dan menghancurkan tentera dan negara Israel. Setiap kali selepa solat, kita doakan rakyat Palestin. Doa adalah senjata umat Islam.

Selain memberikan sumbangan derma dan berdoa, barangan-barangan keluaran Amerika perlu diboikot. Jangan pergi KFC, jangan masuk McDonal, jangan beli pakaian keluaran Levi’s dan sebagainya. Jangan dan jangan. Kalau disenaraikan memang banyak yang boleh diboikot. Kita semua sudah sedia maklum. Kerana sudah berkali-kali kempen boikot dibut. Tapi hangat-hangat tahi ayam. Sekali Israel Laknatullah mengganas, sekali kempen boikot dibuat. Jadikan episod ini sebagai satu medan untuk kita memboikot secara serius barangan keluaran amerika. Boikot dengan bersungguh-sungguh. Jangan tunggu peristiwa berdarah berulang, baru hendak boikot.

Marilah kita berdoa. Berdoa untuk keselamatan rakyat Palestin. Berdoa untuk kehancuran negara Yahudi. Israel Laknatullah ingin mereka hebat. Tapi Allah lagi hebat, Maha Hebat, Maha Berkuasa, Maha Besar. Allahuakbar!!

Gambar Hj Abdul Wahid Endut Calon PAS Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu












ABDUL WAHID ENDUT, CALON PAS PILIHANRAYA KECIL KUALA TERENGGANU

Alhamdulillah, tanggal 1 Januari 2008, sebagaimana yang dijanjikan YB Tuan Guru Dato' Presiden PAS telah mengumumkan calon PAS yang akan bertanding dalam pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu. Pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu diadakan berikutan kematian Allahyarham Dato' Razali Ismail dari Barisan Nasional.

Hj Abdul Wahid Endut merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Wakaf Mempelam. Wakaf Mempelam adalah salah satu DUN dalam Parlimen Kuala Terengganu. Parlimen Kuala Terengganu terdiri daripada 4 DUN iaitu DUN Wakaf Mempelam (PAS - Abdul Wahid Endut), DUN Ladang (PAS-Tengku Hassan Tengku Omar), DUN Batu Buruk (PAS - Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi) dan DUN Bandar (MCA).

Hj Wahid berkelulusan Universiti Putra Malaysia (UPM) memenangi kerusi Dun Wakaf Mempelam dalam pilihan raya umum lalu dengan majoriti 2,193 mengalahkan calon BN, Othman Awang. Hj Abdul Wahid memperolehi 9,645 manakala Othman mendapat 7,452.

Hj Wahid sudah mewakili DUN Wakaf Mempelam selama 5 penggal dan semasa PAS memerintah Terengganu yang lalu, Haji Wahid telah dilaktik sebagai Exco Kerajaan Negeri. Pengalaman yang luas sebagai ADUN menjadi menjadikan beliau sebagai calon yang tepat bagi menghadapi calon BN Dato Wan Ahmad Farid.

Jika dinilai dari sudut jumlah DUN yang dimenangi oleh PAS, PAS memiliki peluang yang besar untuk memenangi pilihanraya kecil kali ini. Tambahan pula PAS mencalonkan calon yang cukup berpotensi dan terkenal di Kuala Terengganu. Inilah peluang yang terbaik yang perlu diambil oleh rakyat Terengganu untuk mengajar kerajaan UMNO dan Barisan Nasional yang banyak menindas rakyat.

Jika PAS menang, maka jumlah kerusi Pakatan Rakyat akan bertambah satu kerusi dan Barisan Nasional akan hilang satu kerusi. Ini akan membuka ruang yang lebih besar kepada Pakatan Rakyat dalam usaha menumbangkan kerajaan Barisan Nasional dan seterusnya memerintah Malaysia....Allahuakbar!

Designer: FThemes.com | Converter: Blogger Themes & Blogger Templates
Flippa