ABDUL WAHID ENDUT, CALON PAS PILIHANRAYA KECIL KUALA TERENGGANU

Alhamdulillah, tanggal 1 Januari 2008, sebagaimana yang dijanjikan YB Tuan Guru Dato' Presiden PAS telah mengumumkan calon PAS yang akan bertanding dalam pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu. Pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu diadakan berikutan kematian Allahyarham Dato' Razali Ismail dari Barisan Nasional.

Hj Abdul Wahid Endut merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Wakaf Mempelam. Wakaf Mempelam adalah salah satu DUN dalam Parlimen Kuala Terengganu. Parlimen Kuala Terengganu terdiri daripada 4 DUN iaitu DUN Wakaf Mempelam (PAS - Abdul Wahid Endut), DUN Ladang (PAS-Tengku Hassan Tengku Omar), DUN Batu Buruk (PAS - Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi) dan DUN Bandar (MCA).

Hj Wahid berkelulusan Universiti Putra Malaysia (UPM) memenangi kerusi Dun Wakaf Mempelam dalam pilihan raya umum lalu dengan majoriti 2,193 mengalahkan calon BN, Othman Awang. Hj Abdul Wahid memperolehi 9,645 manakala Othman mendapat 7,452.

Hj Wahid sudah mewakili DUN Wakaf Mempelam selama 5 penggal dan semasa PAS memerintah Terengganu yang lalu, Haji Wahid telah dilaktik sebagai Exco Kerajaan Negeri. Pengalaman yang luas sebagai ADUN menjadi menjadikan beliau sebagai calon yang tepat bagi menghadapi calon BN Dato Wan Ahmad Farid.

Jika dinilai dari sudut jumlah DUN yang dimenangi oleh PAS, PAS memiliki peluang yang besar untuk memenangi pilihanraya kecil kali ini. Tambahan pula PAS mencalonkan calon yang cukup berpotensi dan terkenal di Kuala Terengganu. Inilah peluang yang terbaik yang perlu diambil oleh rakyat Terengganu untuk mengajar kerajaan UMNO dan Barisan Nasional yang banyak menindas rakyat.

Jika PAS menang, maka jumlah kerusi Pakatan Rakyat akan bertambah satu kerusi dan Barisan Nasional akan hilang satu kerusi. Ini akan membuka ruang yang lebih besar kepada Pakatan Rakyat dalam usaha menumbangkan kerajaan Barisan Nasional dan seterusnya memerintah Malaysia....Allahuakbar!

Designer: FThemes.com | Converter: Blogger Themes & Blogger Templates
Flippa