Archive for 2010

VIDEO USTAZ KAZIM ELIAS - KETUANAN MELAYU

Assalamualaikum,

Berikut adalah keratan video oleh Ustaz Mohd Kazim Elias mengenai KETUANAN MELAYU. Dalam video ini juga jelas menunjukkan bahawa Ustaz Kazim egen UMNO..

Hasil Judi Negara mulai tahun 2000 hingga September 2010

Puan Siti Zailah Binti Mohd. Yusuff (Rantau Panjang) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah pendapatan negara sejak tahun 2000 hingga tahun 2010 dari sumber pendapatan dari hasil lesen judi yang dikeluarkan dan jumlah perbelanjaan terperinci yang telah digunakan dari hasil pendapatan lesen judi tersebut.

JAWAPAN BERTULIS:

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah hasil yang disumbangkan oleh sektor perjudian kepada negara dari tahun 2000 hingga 30 September 2010 adalah seperti berikut:

Tahun Jumlah (RM)
2000 1,958,380,415.89
2001 1,972,252,986.48
2002 1,922,115,807.36
2003 1,797,401,240.15
2004 1,849,176,119.10
2005 1,984,615,754.74
2006 2,266,814,152.52
2007 2,416,963,021.54
2008 2,561,892,892.66
2009 2,606,378,658.57
Sehingga 20 September 2010 1,952,406,090.08

2. Untuk makluman Yang Berhormat selanjutnya, kesemua hasil perjudian tersebut dimasukkan sebagai hasil ke dalam Kumpulan Wang Disatukan. Hasil dalam Kumpulan Wang Disatukan ini digunakan sebagai sumber perbelanjaan mengurus dan membangun Negara tanpa disasar kepada sesetengah golongan sahaja.

Tahniah...Nor Muhammad bin Abu Bakar
























































Kaspersky Internet Security 2011

100% Authorized Kaspersky Internet Security KIS 2011

"KIS 2011 berkeupayaan melindungi computer anda dan memastikan computer anda selamat dari virus semasa anda melayari internet"

HARGA TERKINI
Kaspersky Internet Security 2011 (1pc/1year)
RM25.00

Kaspersky Internet Security 2011 (3pc/1year)
RM45.00

**Harga ini adalah untuk lesen sahaja (activation code). Software boleh didownload di

laman web Kaspersky.

::Activation code will be send via email::

- KAEDAH PEMBELIAN -

1. Bank In / Transfer jumlah bayaran ke akaun
Maybank 151101219514 (Fauzi bin Che Ahmad).

2. Kemudian sila maklumkan melalui email fauzicheahmad@gmail.com atau sms ke 0139327923

3. Activation Code akan di emailkan dalam masa 24 jam selepas bayaran disahkan.

4. Jika ada sebarang persoalan sila email atau telefon/sms 0139327923.

Rahsia Istighfar

Salam ukhwah fillah..

Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak saya hulurkan kepada sahabat-sahabat sekalian. Semoga kehadiran Ramadhan pada kali ini dapat meningkatkan lagi kekuatan diri kita samada kekuatan rohani mahupun jasmani dan mudah-mudah kita memperoleh ketaqwaan yang dijanjikan oleh Allah dalam bulan yang penuh barakah ini.

Sahabat sekalian, marilah kita banyakkan istighfar dalam bulan Ramadhan ini. Kita mohon keampunan daripada Allah di atas segala dosa yang kita telah lakukan. Pintu taubat terbuka luas dan alangkah ruginya jika kita biarkan ianya berlalu.

Di sini saya ingin kongsikan mengenai rahsia istighfar. Dalam Surah Nuh ayat 10-12, Allah SWT berfirman maksudnya : "Pohonlah ampun epada tuhan kamu, sesungguhnya ia Maha Pengampun. (sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu ; dan ia akan berikan kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya)”

Daripada ayat ini kita dapat ambil pengajaran di mana kemurahan rezeki amat berkait rapat dengan dosa yang kita lakukan. Semakin banyak dosa kita, semakin jauh kita dari kemurahan rezeki. Istighfarlah, mudah-mudahan Allah SWT ampunkan dosa kita dan insyaAllah kesannya, kita akan hidup lebih baik dan selesa.

Yang kedua, Allah SWT akan mengurniakan rezeki zuriat. Ada antara pasangan yang berkahwin tetapi belum berjaya mendapatkan anak, istighfarlah, istighfarlah! mudah-mudahan berkat daripada istighfar ini kalian akan beroleh zuriat.

Istighfar perlu diucapkan sepanjang masa, kalau rasa tidak boleh, istighfarlah setiap kali selepas solat fardhu. istighfarlah sekurang-kurangnya 100 kali setiap hari. Ingat, kadang-kadang kita tidak tahu bahawa kita telah melakukan maksiat kepada Allah. Justeru itu, senantiasalah mohon keampunan daripada-Nya.

Ya Allah, ampunilah hamba-Mu ini.....ampunilah daku ya Allah....

UMNO TIDAK AKAN MEMPERJUANGKAN ISLAM

Satu laporan panjang lebar telah dikeluarkan oleh Utusan Malaysia yang melaporkan Tok Guru Nik Aziz bersedia bergabung dengan UMNO untuk memperjuangkan Islam. Dalam coretan itu juga, Utusan Malaysia menyatakan bahawa jika PAS ingin memperjuangkan Islam, PAS perlu bersama dengan UMNO, bukannya dengan PKR. Kesimpulan ini diambil hasil maklumat yang dikutip daripada tokoh akademik UMNO, pengkhianat yang berpaling tadah dari PKR dan lain-lain.

Jelas di sini, bahawa PAS dan UMNO tidak mungkin akan bersatu. Ini kerana sepanjang 50 tahun lebih UMNO memerintah Malaysia, mereka tidak berjaya menegakkan Islam. Malah UMNO meletakkan Islam di bawah telunjung mereka bukannya Islam itu di atas mereka. Inilah hakikat betapa PAS dan UMNO tidak mungkin akan bersatu.

PAS pernah bersama dengan UMNO suatu ketika dahulu. Apa yang diterima oleh PAS? Bukannya Islam berjaya ditegakkan, malah PAS ditendang dan diperlakukan seperti anjing kurap oleh UMNO.

Hari ini, UMNO berada dalam keadaan tertekan. Hayat UMNO sudah hampir ke penghujung. UMNO memerlukan talian hayat agar mereka boleh terus bernafas dan meneruskan kerakusan memerintah Malaysia. Macam-macam agenda disusun atur dalam usaha mengekalkan kuasa. UMNO dengan terang-terangan memfitnah DS Anuar Ibrahim dan PKR dengan mengatakan DSAI ialah alat CIA. Ada pemimpin UMNO berkata, PKR akan diharamkan jika pemimpinnya menjadi alat CIA.

Betapa takutnya UMNO dengan PKR! UMNO sangat takut kehilangan kuasa. Almaklum sahajalah sudah berpuluh tahun duduk dikerusi empuk nun di atas sana, keselesaan dan kebiasaan memakan harta rakyat menjadi darah daging mereka.

UMNO cuba mewujudkan kekeliruan dengan mengatakan mereka memperjuangkan Islam. Parti sekular ini dengan mudah cuba bertukar rupa. Mereka cuba menjadikan PAS sebagai alat untuk membersihkan wajah hitam mereka. UMNO cuba mewujudkan keadaan tidak harmoni dalam pakatan rakyat.

Namun mereka silap, pendirian dan perjuangan PAS tetap kukuh dan utuh. Kalau mereka ingin tegakkan Islam, mereka perlu bersama PAS, bukan PAS bersama mereka.

UMNO, hayatmu sudah hampir dipenghujung. Jika satuh, cukup sukar untuk kamu bangkit kembali!

Allahuakbar!

Laporan Polis terhadap Shafiee Apdal

Laporan Polis











Alhamdulillah, pada petang Ahad 11 Julai 2010 dua laporan polis telah dibuat oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Kulai. Laporan pertama dibuat ke atas Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak dan Dato Ahmad Maslan mengenai kemerosotan rezab Felda yang sangat ketara. Pemuda PAS menggesa polis menyiasat punca kemerosotan dan kesahihah laporan perbelanjaan yang dinyatakan oleh Dato' Ahmad Maslan.

Laporan polis kedua dibuat ke atas Dato' Shafiee Apdal (ada sesetangah orang panggil bedal) mengenai kenyataannya yang menyatakan bahawa PAS adalah Parti Ajaran Sesat. Kenyataan tersebut dibuat semasa merasmikan mesyuarat Agung UMNO Kulai. Kenyataan Dato' Shafiee Apdal (ada sesetangah orang panggil bedal) jelas mempunyai niat jahat dan memohon agar pihak polis menyiasat perkara ini. Pemuda PAS juga mendesak supaya Naib Presiden UMNO dari Sabah membuat permohonan maaf secara terbuka!

Takbir!!!

Kem Tahfiz al-Quran dan Smart Solat

Qunut Nazilah

Pendidikan Seks Di Sekolah

Pendidikan Seks menjadi tajuk perbualan hangat setiap lapisan masyarakat pada hari ini.Ada di kalangan ahli masyarakat yang menyokong dan bersetuju supaya Pendidikan Seks ini diajar di sekolah. Namun ramai juga yang tidak bersetuju Pendidikan Seks diajar di sekolah berdasarkan kepada hujah-hujah tertentu.

Idea memasukkan Pendidikan Seks sebagai salah satu matapelajaran di sekolah bukanlah suatu perkara baru. Perkara ini sudah dilontar beberapa tahun yang lalu. Malah ada persidangan khas yang dilaksanakan bagi memperbincangkan dengan lebih lanjut mengenai Pendidikan Seks ini. Pada ketika itu, ramai yang tidak bersetuju ia dilaksanakan menyebabkan ianya ditangguhkan buat seketika

Kes pembuangan bayi yang berlaku pada hari ini telah membuka semula ruang perbincangan dan menyuburkan semula cadangan memasukkan Pendidikan Seks di sekolah.

Istilah Seks

Seks merupakan satu istilah yang cukup populor dikalangan manusia hari ini. Makna seks bukan sahaja boleh ditafsirkan oleh orang dewasa, malah hari ini golongan pelajar sekolah juga boleh menafirkannya dan mungkin tafsiran pelajar ini lebih terkehadapan lagi.

Kalau kita menyelusuri dunia maklumat tanpa sempadan, pelbagai artikel dan berita-berita mengenai seks dipaparkan. Bukan setakat berita, malah terdapat juga video-video lucah yang boleh ditonton. Para remaja terdedah dengan perkara ini dan fakta ini sememangnya tidak boleh dinafikan.

Ini menjadi hujah bahawa remaja hari ini sudah boleh menafsirkan istilah seks menurut pengetahuan yang mereka ada. Sebab itu tidak hairan jika ada dikalangan remaja melakukan hubungan seks. Ini bertitik tolak daripada perasaan ingin tahu. Kita kena ingat, bahawa seks merupakan keperluan semulajadi yang tidak boleh ditolak oleh manusia.

Jika Pendidikan Seks diajar di sekolah, dibimbangi akan wujud satu lagi persidangan meja bulat di luar kelas bagi mempraktikkan apa yang dipelajari di dalam bilik darjah. Guru mungkin memberikan amaran mengenai bahayanya melakukan hubungan seks atau kesan-kesan negatif yang akan diperolehi. Persoalannya ialah, adakah pelajar mampu menerima dengan baik penjelasan ini.

Kukuhkan Pendidikan Islam!

Islam agama syumul. Islam adalah satu cara hidup yang dianugerahkan oleh Allah kepada hambanya. Allah Taala telah mengutuskan Nabi Muhammad S.A.W untuk menyebarkan Islam kepada umat manusia. Allah Taala juga telah menurunkan Al-Quran sebagai panduan rasmi dan rujukan utama manusia di atas muka bumi ini.

Masalah pembuangan bayi serta keruntuhan akhlak di kalangan remaja dapat dibendung jika remaja dididik dengan ajaran Islam.

Matapelajaran Pendidikan Islam di sekolah wajar diperkemas dan diperkukuhkan. Pelajar sepatutnya diajar supaya takut kepada Allah. Pelajar juga perlu diterangkan mengenai adanya hukuman neraka kepada mereka yang melakukan kesalahan dan anugerah syurga kepada mereka yang beriman. Pelajar juga boleh diajar mengenai hakikat sebenar perhubungan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.

Jika pelajar memahami Islam dengan baik, insyaAllah kes pembuangan bayi dapat diselesaikan. Begitu juga dengan gejala moral yang lain.

Kita juga perlu faham bahawa akal manusia sangat terbatas. Kaedah penyelesaian berpandukan kepada pandangan akal yang bersifat terbatas, akan menemui jalan buntu. Kembalilah kepada Islam. Rujuklah al-Quran dan al-Hadis serta para Ulama', di sana ada penyelasaian yang lebih jitu.

Sebagai kesimpulannya, saya tidak bersetuju pendidikan seks diajarkan di sekolah kerana di sana lebih banyak nilai negatif berbanding positif.

Saya juga berharap, Kementerian Pelajaran Malaysia menimbangkan dengan teliti perkara ini. Bukan ambil sikap bersetuju dengan pandangan akal berbanding pandangan Islam yang syumul.

Jalan-jalan ke Melaka












Permohonan Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI) Julai 2010

Assalamualaikum.

Permohonan bagi mengikuti Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI) untuk sesi Julai 2010 dudah pun dibuka sejak 1 Mac yang lalu. Tarikh tutup ialah pada 16 Mac 2010. Anda yang berminat boleh dapatkan nombor pin daripada Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan harga RM20.60. Emmm....mahal gak tu. Tapi takda masalah keluarkan sedikit duit daripada peluang lepas begitu sahaja. Selepas dapat no. pin, anda boleh daftar di laman ini. Ok, selamat berjaya!

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

Pendidikan Islam adalah satu usaha yang berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.

Tawaran Kemasukan Program Pendidikan Kemahiran Ketukangan 2010

Tenaga Nasional Berhad mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk memohon mengikuti Program Pendidikan Kemahiran Ketukangan (PPKK).

Bidang kemahiran ketukangan yang ditawarkan ialah bidang kemahiran elektrik. Program pendidikan selama 6 bulan ini akan dijalankan di TNB Integrated Learning Solution Sdn. Bhd - ILSAS, Bangi dan lokasi-lokasi tertentu yang lain.

Syarat-syarat Kelayakan:

1. Memiliki Sijil Penjaga Jentera (AO atau A1) atau Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 atau 3 dalam bidang Elektrikal atau pemegang Sijil Pendawaian (PW2 / PW3 / PW4)
dan
2. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPM/SPVM) dengan lulus mata pelajaran berikut:
- Bahasa Melayu
- Matematik atau Sains/Fizik
3. Pemegang Sijil Kejuruteraan Elektrik atau Elektrik & Elektronik dari Institusi Pengajian yang diiktiraf dan memperolehi CGPA di antara 2.0 hingga 2.49 serta memenuhi syarat di para 2 di atas juga digalakkan memohon
4. Umur tidak melebihi 27 tahun pada 31 Disember 2009
5. Sihat tubuh badan dan tidak rabun warna
6. Tawaran ini terbuka kepada calon-calon lelaki sahaja

Cara Memohon:

1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang PPKK 2010 seperti di Lampiran

2. Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan kad pengenalan, salinan sijil akademik (SPM/SPMV dan sijil elektrikal), salinan transkrip dan salinan sijil-sijil yang berkaitan yang telah disahkan dan dialamatkan kepada:
Pengurus Besar (Pengurusan Sumber Manusia)
Bahagian Sumber Manusia Kumpulan
Tenaga Nasional Berhad
Tingkat 9, Ibu Pejabat
No. 129 Jalan Bangsar
59200 Kuala Lumpur

3. Sila tuliskan perkataan: PPKK 2010 \ di bahagian atas sebelah kiri sampul surat anda

Tarikh tutup permohonan ialah pada 20 Januari 2010.

Permohonan yang tidak lengkap, tidak disertai dengan salinan-salinan sijil atau lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.

Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi untuk sesi ujian/temuduga. Sekiranya permohonan tidak dijawab dalam masa enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan, permohonan dianggap tidak berjaya.

Download Borang Permohonan

Utusan Malaysia buat Liputan Langsung


Salam.

Saya rasa ini pertama kali Utusan Malaysia buat liputan secara langsung sebuah demonstrasi. Harapnya lepas ni kalau ada demonstrasi lagi, KDN bagi kebenaran dan utusan buat liputan lagi.

Wassalam.

Kenapa Bakar Gereja?

Assalamualaikum.

Isu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam telah menjadi isu panas yang sangat sensitif dan perlu diselesaikan dengan baik. Isu sensitif senang diprovokasikan oleh mereka-mereka yang mempunyai kepentingan dan berniat jahat.

saya begitu terkilan dengan kes pembakaran beberapa buah gereja di sekitar Kuala Lumpur semalam. Kenapa perkara ini boleh berlaku? Islam bukan agama pengganas. Islam tidak mengajar penganutnya menjadi seorang pengganas. Islam mengajar penganutnya menghormati agama lain. Jadi kenapa ada orang yang pergi bakar gereja?

Jika benar orang yang membakar gereja itu adalah orang Islam, maka orang Islam itu seorang yang jahil. Sikapnya bukan menunjukkan rasa cintanya kepada Allah, malah mengundang kutukan Allah. Sebab itu, apabila memilih untuk melakukan sebarang tindakan, buatlah pilihan dengan rasional berdasandarkan kepada ilmu dan nas yang jelas. Bukan mengambil tindakan secara membuta tuli yang akhirnya akan menyebabkan Islam dipandang serong oleh orang bukan Islam.

Ataupun adakah ini satu provokasi untuk mencetuskan perbalahan antara kaum? Ramai di kalangan pemimpin politik Pakatan Rakyat berpendapat demikian termasuk Razali Hamzah daripada UMNO. Jika betul, maknanya ada tangan-tangan ghaib yang cuba ambil kesempatan di atas isu ini. Siapakah mereka?

Saya juga kurang bersetuju dengan pendirian yang diambil kerajaan dengan membenarkan demonstrasi membantah penggunaan kalimah Allah ini. Kebenaran inilah menyebabkan rakyat bertambah berani dan ada di kalangan mereka yang mengambil tindak yang melampaui batas. KDN sudah membuat rayuan semula di mahkamah atas isu ini. sepatutnya semua pihak perlu bertenang dan bersabar. Biar mahkamah yang putuskan.

Justeru, pihak polis perlu menyiasat segera insiden menyerang gereja ini. isu ini sudah heboh hingga ke peringkat antarabangsa. Tangkap mereka yang membuat onar dan cuba menagguk di air yang keroh. Malaysia terkenal sebagai destinasi yang harmoni, kekalkan keharmonian Malaysia.

saya amat berharap agar isu penggunaan kalimah Allah ini diselesaikan dengan baik. Buat wacana ilmiah, agar semua faham dan jelas mengenai penggunaan kalimah Allah ini. Tindakan melampau perlu dielakkan, kerana Islam bukan agama pelampau.

Wassalam.

Cikgu Wan Nik - SUP MB Kelantan yang baru


Assalamualaikum.

Berkuatkuasa serta merta, Cikgu Wan Nik telah dilantik sebagai Setiusaha Politik kepada YAB Tuan guru Dato' Menteri Besar Kelantan. Beliau menggantikan Haji Annual Bakhri Haron yang telah meletakkan jawatan serta merta baru-baru ni.

Harapan saya semoga Cikgu Wan Nik dapat melaksanakan tugas dengan baik, tambahan pula dewasa ini pelbagai kerenah politik luar jangka berlaku dan sememangnya ia memerlukan penelitian dan pemerhatian yang tajam dan mendalam.

Jagalah Tok Guru dengan baik. Berilah nasihat politik yang tepat agar keributan dalam jemaah tidak berlaku. Cikgu Wan Nik memang satu nama yang tidak asing di Bachok. Beliau pernah memenangi kerusi parlimen Bachok pada tahun 1999. Pengalaman di peringkat pusat sebagai Setiausaha Jabatan Pilihanraya dan di pelbagai jawatan di peringkat negeri, menjadi aset untuk menjadi SUP yang cemerlang.

**Saya dengan Cikgu Wan Nik satu Daerah, Bachok. Cikgu Wan Nik tinggal di Kampung Nipah, Bachok dan saya di Kg Pauh Sembilan.

Cantas Mencantas

Salam ukhwah fillah. Apa Khabar semua? Bagaimana dengan kesan kenaikan harga gula? Adakah anda dapat merasai kesannya?

Isu kenaikan harga gula sudah agak sejuk sehari dua memandangkan pada waktu ini mahkamah telah memutuskan bahawa kalimah 'Allah' bukan mutlak untuk orang Islam sahaja. Kebetulan pulak UMNO betul2 memanipulasi isu kalimah Allah ini. Maybe untuk menunjukkan bahawa mereka anak jantan dalam mempertahankan kesucian Islam atau mungkin juga untuk menutup isu kenaikan harga gula.

saya pun tek setuju dengan keputusan mahkamah tu. Ini kerana jika kalimah Allah dibenarkan digunakan oleh penganut agama lain, ada kemungkinan ia akan disalahgunakan dan menambahkan lagi kekeliruan dan seterusnya akan merosakkan imej Islam!

Sama-samalah kita doakan semoga Islam terus diberikan kemenangan oleh Allah S.W.T.

Hari ni saya nak sentuh serba sedikit mengenai Cantas Mencantas dalam Berjemaah atau Berorganisasi. Perkataan cantas mencantas ni perkara biasa bermain dibibir dan minda mereka yang berorganisasi.

'CANTAS MENCANTAS' amat berkait dapat dengan kuasa dan kepentingan diri. Cantas Mencantas boleh berlaku dari atas ke bawah dan dari bawah ke atas. Yang atas mencantas yang bawah dan yang bawah mecantas yang atas. Saya melihat ini berlaku berdasarkan dua faktor iaitu:

faktor pertama ialah pemimpin yang nak terus kekal memimpin. Boleh juga diistilahkan sebagai gila kuasa. Biasanya individu ini tidak boleh hidup di bawah pimpinan orang lain. Kalau boleh individu ini nak keputusan dia aje yang betul. Kalau ada pandangan dari ahli bawahan yang bertentangan, maka dia akan cantas awal2. Jika ada ahli bawahan yang berwibawa dan berkaliber, maka individu ini juga akan pastikan ahli ini tidak naik ke atas. Ini dilakukan supaya kuasanya sebagai pemimpin akan terus kekal. Ini pun dikira sebagai mencantas. Mencantas awal2 agar kuasa tidak diambil oleh orang lain.

Faktor kedua ialah ahli yang gila nak jadi pemimpin. Ini pun satu hal. Orang yang gila nak jadi pemimpin biasanya syaitan sentiasa berdamping dengannya. Pembagai kaedah dilakukan, antaranya ialah dengan memfitnah pemimpin sedia ada. Pelbagai strategi dilakukan agar imej pemimpin sedia ada buruk supaya hasilnya nanti individu ini yang bakal menggantikan pemimpinan sedia ada tersebut. Ia juga disebut mencantas.

Walaupun cantas mencantas ini perkara biasa dalam berorganisasi, namun ia tidak seajarnya berlaku. Kalau tidak bersetuju dengan seseorang, jumpa dan berbincang dengan waras dan jujur. Jangan mengatur strategi dibelakang. Ianya tidak sihat dan boleh mengeruhkan hubungan ukhwah sesama jemaah.

Islam mengajar kita berbincang dan ingat mengingati antara satu sama lain. Jika sahabat2 kita ada melakukan sebarang kesalahan, maka nasihatilah. tak kira sahabat kita itu pemimpin atau ahli macam kita ni. Tegur menegur amalan yang perlu disuburkan! Dan jangan pula yang ditegur panas telinga mendengar teguran! Berlapang dadalah di atas setiap teguran yang diterima.

Terima kasih.

Harga Gula Naik 20 Sen - Hadiah Tahun Baru

Tahun 2010 disambut dengan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen. Harga gula sebelum ini ialah RM1.45, selepas dinaikkan ia akan menjadi RM1.65 manakala di Sabah dan Sarawak gula dijual pada harga RM1.75.

Selain gula, harga roti putih juga bakal naik. Sebelum ini roti diletakkan dalam senarao barang kawalan di mana peniaga tidak boleh menaikkan harga roti sesuka hati. Untuk tahun 2010 ini, selepas roti putih dikeluarkan daripada barang kawalan maka peniaga berhak menaikkan harga makanan itu mengikut pasaran semasa.

Sebelum ini pun dah ada ura-ura untuk menaikkan harga gula. Alasannya ialah supaya rakyat Malaysia hidup dengan sihat dengan mengurangkan gula dalam makanan. Alasan yang tidak releven itu mendapat bantahan daripada banyak pihak. Maka cadangan kenaikan harga dibatalkan. Ingatkan ia berhenti setakat itu sahaja, rupanya kerajaan tetap meneruskan usaha menaikkan harga gula. Terima kasih kerana kerajaan yang memerintah begitu perihatin nasib rakyat!

Dan sekali lagi, apabila kenaikan harga sesuatu barang berlaku maka pihak kerajaan membuat perbandingan harga dengan negara lain Asia Tenggara. Rakyat sudah masak dengan perbandingan tersebut. Kerajaan usah perbodohkan rakyat demi menunaikan cita-cita menaikkan harga gula. Saya nak bagi satu tugasan kepada Kementerian Perdangan Dalam Negeri supaya buat perbandingan gaji pekerja cuci tingkap kat Malaysia dan pekerja cuci tingkap kat Singapura. Malaysia lebih tinggi ke, Singapura lebih tinggi?

Dalam perkembangan yang lain, pengusaha kantin sekolah tidak dibenarkan menaikkan harga makanan dan minuman yang dijual kepada para pelajar. Bagi menjaga kepentingan pelajar, maka saya bersetuju dengan cadangan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Wee Ka Siong. Tapi bagaimana dengan pengusaha kantin sekolah?

Logiknya, kalau harga gula naik, maka minuman akan naik. Itu logiknya. Hari ni Kementerian Pelajaran mengarahkan pengusaha kantin sekolah jangan menaikkan harga, esok mungkin peniaga lain pula yang akan kena! Kalau macam tu lah keadaannya, pengusaha kantin sekolah perlu mengurangkan penggunaan gula dalam masakan dan minuman yang disediakan kepada pelajar. Janganlah pulak selepas ni PIBG pulak yang membantah, sebab makanan tak sedap!

Kesimpulan mudah yang boleh saya buat, kenaikan harga gula akan memberikan kesan berantai kepada produk makanan yang lain. Atau mungkin Kementerian Kesihatan dapat mencari formula supaya pengeluar produk makanan mengurangkan gula dalam produk mereka. Kita tunggu dan dilihat.

Kesimpulan lain, mungkin selepas ini ada peniaga yang mengalami nasib sama seperti Pengusaha Kantin Sekolah!

Designer: FThemes.com | Converter: Blogger Themes & Blogger Templates
Flippa