Pendidikan Seks menjadi tajuk perbualan hangat setiap lapisan masyarakat pada hari ini.Ada di kalangan ahli masyarakat yang menyokong dan bersetuju supaya Pendidikan Seks ini diajar di sekolah. Namun ramai juga yang tidak bersetuju Pendidikan Seks diajar di sekolah berdasarkan kepada hujah-hujah tertentu.
Idea memasukkan Pendidikan Seks sebagai salah satu matapelajaran di sekolah bukanlah suatu perkara baru. Perkara ini sudah dilontar beberapa tahun yang lalu. Malah ada persidangan khas yang dilaksanakan bagi memperbincangkan dengan lebih lanjut mengenai Pendidikan Seks ini. Pada ketika itu, ramai yang tidak bersetuju ia dilaksanakan menyebabkan ianya ditangguhkan buat seketika
Kes pembuangan bayi yang berlaku pada hari ini telah membuka semula ruang perbincangan dan menyuburkan semula cadangan memasukkan Pendidikan Seks di sekolah.
Istilah Seks
Seks merupakan satu istilah yang cukup populor dikalangan manusia hari ini. Makna seks bukan sahaja boleh ditafsirkan oleh orang dewasa, malah hari ini golongan pelajar sekolah juga boleh menafirkannya dan mungkin tafsiran pelajar ini lebih terkehadapan lagi.
Kalau kita menyelusuri dunia maklumat tanpa sempadan, pelbagai artikel dan berita-berita mengenai seks dipaparkan. Bukan setakat berita, malah terdapat juga video-video lucah yang boleh ditonton. Para remaja terdedah dengan perkara ini dan fakta ini sememangnya tidak boleh dinafikan.
Ini menjadi hujah bahawa remaja hari ini sudah boleh menafsirkan istilah seks menurut pengetahuan yang mereka ada. Sebab itu tidak hairan jika ada dikalangan remaja melakukan hubungan seks. Ini bertitik tolak daripada perasaan ingin tahu. Kita kena ingat, bahawa seks merupakan keperluan semulajadi yang tidak boleh ditolak oleh manusia.
Jika Pendidikan Seks diajar di sekolah, dibimbangi akan wujud satu lagi persidangan meja bulat di luar kelas bagi mempraktikkan apa yang dipelajari di dalam bilik darjah. Guru mungkin memberikan amaran mengenai bahayanya melakukan hubungan seks atau kesan-kesan negatif yang akan diperolehi. Persoalannya ialah, adakah pelajar mampu menerima dengan baik penjelasan ini.
Kukuhkan Pendidikan Islam!
Islam agama syumul. Islam adalah satu cara hidup yang dianugerahkan oleh Allah kepada hambanya. Allah Taala telah mengutuskan Nabi Muhammad S.A.W untuk menyebarkan Islam kepada umat manusia. Allah Taala juga telah menurunkan Al-Quran sebagai panduan rasmi dan rujukan utama manusia di atas muka bumi ini.
Masalah pembuangan bayi serta keruntuhan akhlak di kalangan remaja dapat dibendung jika remaja dididik dengan ajaran Islam.
Matapelajaran Pendidikan Islam di sekolah wajar diperkemas dan diperkukuhkan. Pelajar sepatutnya diajar supaya takut kepada Allah. Pelajar juga perlu diterangkan mengenai adanya hukuman neraka kepada mereka yang melakukan kesalahan dan anugerah syurga kepada mereka yang beriman. Pelajar juga boleh diajar mengenai hakikat sebenar perhubungan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.
Jika pelajar memahami Islam dengan baik, insyaAllah kes pembuangan bayi dapat diselesaikan. Begitu juga dengan gejala moral yang lain.
Kita juga perlu faham bahawa akal manusia sangat terbatas. Kaedah penyelesaian berpandukan kepada pandangan akal yang bersifat terbatas, akan menemui jalan buntu. Kembalilah kepada Islam. Rujuklah al-Quran dan al-Hadis serta para Ulama', di sana ada penyelasaian yang lebih jitu.
Sebagai kesimpulannya, saya tidak bersetuju pendidikan seks diajarkan di sekolah kerana di sana lebih banyak nilai negatif berbanding positif.
Saya juga berharap, Kementerian Pelajaran Malaysia menimbangkan dengan teliti perkara ini. Bukan ambil sikap bersetuju dengan pandangan akal berbanding pandangan Islam yang syumul.
Popular
-
Roslan SMS Fri | May 23, 08 | 7:26:08 pm MYT Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia atau...
-
Oleh Noriah Idris nori@hmetro.com.my KASIH sayang dan pengorbanan seorang ibu tidak ternilai harganya. Usaha membesarkan anak daripada tapa...
-
Assalamualaikum. Jam sekarang menunjukkan pukul 4.11 pagi. Pagi yang hening. Anak dan isteri telah tidur nyenyak. Tinggal aku sendiri melaya...
-
HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu mening...
-
Salam ukhwah fillah.. Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak saya hulurkan kepada sahabat-sahabat sekalian. Semoga kehadiran Ramadhan pada ka...
-
BAGAIMANA agaknya jika teman lelaki atau suami merajuk kerana sesuatu perkara yang tidak diketahui? Meskipun dianggap perkara kecil, ia mamp...
-
100% Authorized Kaspersky Internet Security KIS 2011 "KIS 2011 berkeupayaan melindungi computer anda dan memastikan computer anda selam...
-
Alhamdulillah, pada petang Ahad 11 Julai 2010 dua laporan polis telah dibuat oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Kulai. Laporan pertama dibuat ke ...
Post a Comment