35 sejadah berdiri di Surau


PASIR MAS - Warga Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Sangkut, Repek dekat sini gempar apabila 35 helai sejadah yang berada di dalam surau sekolah berkenaan didapati berdiri.

Mereka mendakwa, bentuk sejadah itu kelihatan seolah-olah lelaki dan wanita sedang menunaikan sembahyang dan berada dalam keadaan duduk antara dua sujud.

Sejadah-sejadah tersebut juga seperti sedang berjemaah dengan sehelai daripadanya seolah-olah menjadi imam dan diikuti dengan 15 helai di ruang sembahyang lelaki dan 19 helai lagi di ruang sembahyang wanita.

Kejadian tersebut disedari kira-kira pukul 10.55 pagi oleh seorang pelajar tahun dua, Nurul Huda Mat Jali, 8, yang sedang mengikuti kelas pemulihan bersama beberapa pelajar lain di pondok berhampiran surau berkenaan.

"Saya secara tidak sengaja ternampak sejadah seperti sedang bersembahyang melalui celah pintu. Saya beritahu kawan dan dia memaklumkan kepada guru," katanya ketika ditemui semalam.

Sementara itu, guru terbabit, Adnan Abdullah, 37, berkata, dia terkejut apabila melihat sejadah-sejadah tersebut berada dalam keadaan berdiri dan seolah-olah menunaikan sembahyang secara berjemaah.

"Keadaan sejadah tersebut seperti berada dalam saf sembahyang, ada yang tinggi dan rendah seperti jemaah dewasa bersama jemaah kanak-kanak," ujarnya. (Di petik dari kosmo online)

Kisah lain:

Kisah benar di Kelantan
Bicara Agama - Utusan malaysia
Beberapa kisah sejadah berdiri

Ye ye.....16 September Cuti umum


Alhamdulillah, satu berita baik untuk rakyat Malaysia! pada 16 haribulan September akan diadakan cuti umum bermula pada tahun hadapan. 16 September merupakan hari pembentukan Negara Malaysia (Semenanjung + Sabah + Sarawak).

Sebelum ni kalau tak silap saya Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah mengadakan perhimpunan perdana Pembentukan Malaysia di Stadium MBPJ. (Rujuk Blog DSAI).Tahniah Kerajaan Pakatan Rakyat kerana mempelopori Hari Pembentukan Malaysia 16 September. Kalau Pakatan Rakyat tidak mulakan langkah ini, sampai bila pun Kerajaan BN akan mengabaikan tarikh penting ini.

Beraya di Bandar Tenggara - UMNO buat Masjid

Hari ini, Sabtu 17 oktober 2009, ada lima jemputan majlis hari raya. Maklumlah hari-hari terakhir, semua nak buat open house. Yang paling jauh, di Bandar Tenggara, Kulai iaitu di rumah Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bandar Putra.

Ini first time saya masuk Bandar Tenggara, biasanya lalu tepi aje tak masuk dalam. Bandar Tenggara ialah sebuah bandar baru yang diletakkan di bawah pentadbiran KEJORA. Kawasan ni ramai orang melayu. Mat Rempit pun ramai jugak, boleh tahan gak kawasan ni!

lepas tu, dalam perjalanan balik, saya dan keluarga singgah jap untuk solat di Masjid al-Husna, Bandar Tenggara. Cantik masjidnya. Tandas pun bersih. Masjid ni Kerajaan UMNO yang buat. Tu tandanya UMNO tidak lupa membangunkan agama Islam. Sebab tu, sesiapa yang tuduh UMNO bukan parti yang memperjuangkan Islam, kena fikir banyak kali. UMNO buat masjid! Soal pegi tak pegi masjid tu nombor dua. Adui....banyak berleter pulak saya ni.

Daripada lima open house, saya sempat hadir tiga aje. Satu terlupa dan satu lagi takdan nak gi, sebab jauh sangat.

bye...

Nasarudin Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS di Kulai

Salam perjuangan!

InsyaAllah pada hari rabu 21 Oktober 2009 akan diadakan ceramah umum bertempat di Taman Permata Impian, Kulai. Kepada tuan-tuan yang berada di kawasan sekitar dijemput hadir! Penceramahnya ialah Ustaz Nasarudin Hasan Tantawi, Ketua Pemuda PAS Pusat.

Terima kasih.

Bagan Pinang - PAS perlu perkukuhkan Cawangan

Keputusan pilihanraya kecil Bagan Pinang tidak memihak kepada Pakatan Rakyat. Selepas mengharungi 7 pilihanraya tanpa kalah, akhirnya Pakatan Rakyat tersungkur di Negeri Sembilan.

Gelombang Pakatan Rakyat ke arah mengambil alih negara dari Barisan Nasional berjaya menaikkan semangat rakyat memberikan kemenangan kepada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya sebelum ini. Apatah lagi bilamana Pakatan Rakyat berjaya menawan lima buah negeri (Sekarang empat) terutama negeri paling kaya di Malaysia iaitu Selangor.

Kekalahan di Bagan Pinang merupakan satu signal yang cukup jelas kepada Pakatan Rakyat agar tidak bergantung kepada gelombang semata-mata. Pakatan Rakyat perlu memperkukuhkan dan mengikat sabanyak mungkin sokongan di peringkat akar umbi. Kerana rakyat bawahan inilah yang bakal memberi undi kepada calon pakatan rakyat.

Mungkin juga Bagan Pinang ini berada di negeri yang ditadbir Barisan Nasional. Namun begitu ianya tidak boleh dijadikan sebagai satu alasan. Cuba kita bayangkan jika esok seorang lagi wakil rakyat UMNO di negeri Johor menginggal dunia. Sudah tentu akan berlaku pilihanraya. Maka, bagaimana dengan peluang Pakatan Rakyat untuk menang pada ketika itu? atau memberi peluang kepada UMNO Barisan Nasional meningkatkan majoriti dan memalukan Pakatan Rakyat sebagaimana yang berlaku di Bagan Pinang.

PAS, salah satu parti gabungan Pakatan Rakyat, perlu memperkukuhkan kedudukan diperingkat bawahan. Gerakkan cawangan sebaik mungkin. Teruskan gerakerja dakwah terutama di negeri seperti Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. PAS perlu membuat kajian mendalam mengenai perkara ini! Ada kawasan yang mengabaikan tanggungjawab memperkukuhkan cawangan. Mereka hanya syok sendiri dan bergerak dalam kelompok yang kecil. Kalau macam ni, bagaimana PAS ingin menerajui negara kelak?

Bagan Pinang - Tahniah Barisan Nasional

Pilihanraya kecil Bagan Pinang yang berlangsung semalam telah dimenangi oleh calon dari parti Barisan Nasional, Tan Sri Isa Samad dengan memperoleh 8013 undi mengalahkan calon PAS, Zulkifli Mohamed Omar yang mendapat 2578 undi. Majoriti yang diperoleh ialah sebanyak 5435.

Semenjak pilihanraya umum yang lalu, sudah beberapan kali pilihanraya kecil dilaksanakan. Ini kali partama BN mendapat kemenangan besar melalui calonnya, Tan Sri Isa Samad. Tan Sri Isa terkenal dengan seorang perasuah.

Seorang calon yang terbukti terlibat dalam rasuah, telah menang dalam pilihanraya kali ini. Ini menunjukkan BN tidak konsisten dalam memerangi rasuah. Malah berusaha bersungguh-sungguh memenangkan calon yang terlibat dalam rasuah.

Semenjak hari pertama kempen, saya sudah menjangkakan bahawa BN akan menang dalam pilihanraya kali ini. Daripada berita-berita yang disiarkan dalam pelbagai saluran media, membuktikan bahawa BN akan menang. Semalam ada kawan tanya saya, Siapa yang menang? dengan mudah saya jawab, sila tengok berita tv3 pukul 8. (pukul 8.00 spr mengumumkan siapa yang menang). Kalu tv3 tak siarkan, maknyanya BN kalah. Kalu dia siarkan, maknya BN menang. Sah! memang betul tv3 tunjukkan lintas langsung pengumuman tersebut. Saya apa lagi...terus tutup tv! tak sanggup untuk mendengarnya...

Emmm....hari ni berat hati nak beli surat khabar, tapi pegi beli jugak. Sabar banyak-banyak baca surat khabar hari ini. BN bukan main berlagak lagi. Dalam Berita Harian muka 6, Tan Sri Muhyiddin cakap rakyat sudah berubah dan sudah kembali menyokong BN. Baguslah tu Tan Sri. Tapi Tan Sri kena ingat, calon yang Tan Sri letak tu pernah terlibat dalam salah laku rasuah!

ok lah. Walau apa pun, tahniah kepada Barisan Nasional. 1 Malaysia, Rakyat di dahulukan pencapaian diutamakan. Jagalah kemenangan tu elok-elok. Lepas ni, mana-mana pemimpin BN yang terlibat dalam rasuah, jangan risau kerana anda mempunyai peluang yang cerah untuk menjadi calon pilihanraya.

awas kepada semua kaki pancing




Designer: FThemes.com | Converter: Blogger Themes & Blogger Templates
Flippa