“Harakah kena gantung? Betul ke?”, satu pertanyaan terkeluar dari mulut saya bila dimaklumkan mengenai penggantungan lidah rasmi Parti Islam Semalaysia (PAS). Saya terus balik untuk layari internet bagi mendapatkan maklumat-maklumat yang berkaitan. Rupa-rupanya bukan Harakah sahaja yang diharamkan, tapi Suara Keadilan juga.
BN cuba mewujudkan situasi sukar kepada Pakatan Rakyat dengan mengharamkan kedua-dua akhbar berkenaan. Mereka cuba menyembukan maklumat-maklumat sebenar kepada rakyat. Pihak KDN yang diarah mengharapkan Harakah tidak dapat memberikan maklumat jelas faktor pengharaman berkenaan. Walaupun hanya 3 bulan, tapi ia satu keputusan yang sangat dasyat yang dihadapi Harakah sejak ia diterbitkan.
Pengharaman Harakah ini menunjukkan bahawa media BN sudah tidak mampu meracuni fikiran rakyat. Rakyat sudah muah dengan laporan-laporan songsang media BN. Sebab itu BN haramkan harakah. Kerana Harakah rujukan rakyat pada masa ini. Tambahan pula, jumlah penebitan harakah semakin meingkat dek kerana sambutan yang sangat tinggi oleh rakyat.
BN cukup gusar untuk menghadapi 3 pilihanraya kecil April ni. BN takut kalah. BN mesti menang. Imej Najib mesti dipulihkan. Najib yang terpalit dengan pelbagai kes memalukan, perlu menang dalam pertarungan ini. Pengharaman Harakah adalah langkah pertama, selepas ni mungkin ada lagi tindakan yang diluar batas pemikiran manusia normal akan diambil oleh BN.
Walau apa jua tindakan diambil kerajaan BN, ia tidak akan mengubah pendirian rakyat. Rakyat akan mengajar keangkuhan BN. Rakyat akan menguburkan BN di ketiga-tiga pilihanraya nanti.
Pengharaman Harakah tidak memudarkan usahan Pakatan Rakyat untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat. PAS perlu memanfaatkan Harakahdaily.net sepenuhnya. Pada ketika ini, rakyat lebih yakin dengan berita-berita online berbanding berita tv3, RTM, Utusan dan lain-lain. Semua blogger pakatan rakyat perlu mempergiatkan usaha menyebarkan maklumat kepada rakyat.
Popular
-
Tanggal 20 Disember 2008 bertempat di Balai Islam Lundang satu debat telah berlangsung di antara YB Dato’ Haji Hsam Musa, Naib Presiden PAS ...
-
BAGAIMANA agaknya jika teman lelaki atau suami merajuk kerana sesuatu perkara yang tidak diketahui? Meskipun dianggap perkara kecil, ia mamp...
-
KENYATAAN MEDIA (5 Oktober 2009 , 16 Syawal 1430) No rujukan : PAS/DPP.12/2.07(01/09) TAJUK TINDAKAN LEMAH TERHADAPAN ISU PEMBUANGA...
-
Tahniah diucapkan kepada Pakatan Rakyat khususnya Parti Islam Semalaysia (PAS) kerana telah menumbangkan UMNO dalam pilihanraya kecil Parlim...
-
Bermula sekali lagi sebuah episod sedih yang menimpa rakyat palestin. Tanggal 27 Disember 2008 yang lalu, Israel Laknatullah telah menyerang...
-
Malam ini pertemuan pertama Piala Asia di Kuala Lumpur. Malaysia disandarkan harapan yang besar untuk membenam lawan, terutama apabila berma...
-
Oleh Noriah Idris nori@hmetro.com.my KASIH sayang dan pengorbanan seorang ibu tidak ternilai harganya. Usaha membesarkan anak daripada tapa...
-
Oleh : Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman www.zaharuddin.net Jualan Pelbagai Peringkat atau lebih dikenali sebagai ‘Multi Level Marketing’ at...
Post a Comment