Piala Malaysia - Undi sekarang...

Selamat datang. Bahang perlawanan akhir Piala Malaysia, Kelantan lawan Negeri Sembilan. Pada pandangan anda siapa yang akan menang? Sila buat undian di bawah!


online casino Polls

Tidak Setuju Kereta 15 Tahun Masuk PUSPAKOM

Salam sejahtera.

Cadangan kerajaan untuk mewajibkan kereta yang berusia 15 tahun ke atas untuk membuat ujian PUSPAKOM sebagai syarat memperbaharuai cukai jalan bakal menyusahkan mereka yang berpendapatan rendah dan penduduk luar bandar.

Rata-rata penduduk kampung yang berpendapatan rendah mempunyai kereta yang lanjut usia. Untuk membeli kereta baru, sudah semestinya mereka tidak mampu. Bank tidak akan memberikan pinjaman kepada orang kampung yang tidak mempunyai pendapatan tetap.

Oleh kerana kepentingan kereta yang tidak dapat dinafikan lagi, maka penduduk kampung ini lebih selesa membeli kereta terpakai bersesuai dengan tahap pendapatan mereka.

Tindakan kerajaan untuk mewajibkan kereta 15 tahun ke atas membuat pemeriksaan PUSPAKOM akan menyusahkan mereka ini.

Alasan kerajaan bahawa pemeriksaan PUSPAKOM ini adalah untuk menjamin keselamatan pengguna kenderaan, itu adalah alasan yang tidak boleh diterima pakai. Cuba keluarkan statistik yang boleh membuktikan dakwaan bahawa banyak kemalangan kereta adalah dari kategori 15 tahun ke atas.

Apa yang boleh diperhatikan dari keputusan kerajaan ini adalah langkah untuk menambahkan sumber pendapatan kerajaan. jika sejuta kenderaan diperiksa setiap tahun, kerajaan bakal memperoleh lebih kurang 55 juta setahun.

Rakyat tidak diutamakan dalam hal ini. Yang diutamakan ialah pengeluar-pengeluar kenderaan dan menambahkan duit poket kerajaan sahaja.

penduduk kampung, menggunakan kereta bukannya untuk berjalan jauh. Hanya sekadar untuk memudahkan perjalanan keluarga sahaja. Kadang-kadang kereta tu parking sahaja dihadapan rumah. Bergerak pada masa yang memerlukan sahaja. Sekali lagi saya berdapata bahawa pemeriksaan PUSPAKOM tidak perlu kepada golongan ini.

Hari ni kos sara hidup semakin meningkat. mungkin RM55 tu besar kepada pihak yang mencadangkan, bagi bagi orang yang berpendapatan rendah, ianya membebankan. Kalau kebetulan roadtax tamat pada bulan sebelas, lagi membebankan. Mana nak sediakan makan pakai, pakain anak sekolah, buku sekolah, yuran periksa dan sebagainya.

Kesimpulannya; tidak perlu rasanya kereta 15 tahun dimasukkan ke PUSPAKOM. Kalau kereta tersebut rosak, takkanlah pemiliknya dapat pandu di jalan raya. Dan tidak semestinya kereta bawah 15 tahun tidak rosak. Kalau dikira dari sudut kelajuan, kereta bawah 15 tahun lebih laju dari kereta tuan atas 15 tahun dan pertus kemalangan tinggi bagi menderaan yang bergerak laju.

Kerajaan perlu menilai semula perkara ini.

----------------------------------------------------
Kereta penulis sedikit masa lagi akan mencecah 15 tahun. Sabar aje la!

Tok Guru Saksikan Kelantan tewaskan Perlis

Salam untuk semua. Pada perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia, Kelantan telah berjaya membenam Perlis 2-0 di Stadium Sultan Muhamad IV.

Apa yang menariknya, YAB Tuan Guru Dato' Menteri Besar Kelantan turut hadir memberikan sokongan kepada pasukan Kelantan. Cuba lihat gambar di atas; kehadiran Tok Guru disambut mesra presiden KAFA Tan Sri Anuar Musa.

Apa pun, tahniah diucapkan kepada pasukan Kelantan. Sama-sama kita doakan pasukan dari Negeri Serambi Mekah ini akan melangkah ke perlawanan akhir.

Lagi Budak Kena Belasah Kat Pokok Sena, Kedah

Kesian Amerudin, gara-gara menegur budak Tingkatan Tiga, dia telah dibelah oleh 20 orang pelajar. Kesnya bukan besar sangat, cuma tegur aje. Tu pun tegur benda yang betul, bukannya buat kesalahan besar pun.

Apa nak jadi dengan budak zaman sekarang ni, tak boleh tegur sikit. Belasah membelasah ni budaya gangster. Mungkin budak-budak ni jadi gangster kot bila besar nanti. Wahai ibubapa sekalian, tolonglah perhatikan anak tuan puan. Saya pun tak suka anak bangsa saya ni jadi gangster.

Kes ni boleh dikatakan macam abang tegur adik. Budak Tingkatan Empat tegur budak Tingkatan Tiga, abang tegur adik la tu. Adik mengamuk....terus belasah abang. Mana hilangnya budaya hormat menghormati? Sepatutnya diaorang ni diajar menghormati mereka yang lebih tua. Ni tak boleh dibiarkan. Lepas ni guru pulak yang kena tibai dengan budak-budak ni.

Sebelum perkara ni jadi lebih parah, Kementerian Pelajaran kena ambik tindakan tegas. Bagi kaunseling kat budak-budak dengan ibubapanya sekali. Kalu takpun, buang sekolah aje. Nak jadi gangster tak boleh di sekolah.

Budaya samseng di sekolah ni dah jadi macam perkara biasa. Saya rasa pihak Kementerian Pelajaran perlu mengambil langkah memberikan pendidikan agama kepada pelajar sekolah. Biar diaorang faham baik dan buruk dan cara hormat orang tua.

Peranan guru la ni pun dah agak lain sikit. Guru banyak mengajar bukan mendidik. Asalkan budak lulus periksa, dah. Diaorang nak jadi jahat mampuih gi la.

Sebab tu banyak benda perlu dinilai pihak Kementerian bagi mengatasai masalah kerosakan akhlak dikalangan pelajar. Budaya mengajar dan mendidik perlu disuburkan kembali.

Berkaitan:

http://www.bharian.com.my/Tuesday/Nasional/20091027001135/Article/index_html

Kenyataan Media Dewan Pemuda PAS Johor

KENYATAAN MEDIA

(5 Oktober 2009 , 16 Syawal 1430)

No rujukan : PAS/DPP.12/2.07(01/09)

TAJUK

TINDAKAN LEMAH TERHADAPAN ISU PEMBUANGAN 14 KEPING KAD PENGENALAN DI TAPAK PEMBUANGAN SAMPAH SANGAT DIKESALI

Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) telah menyerahkan memorandum kepada Yang Berbahagia Datuk Jalaluddin Bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Polis Johor pada 19 Ogos 2009 berkaitan dengan satu laporan polis yang pernah dibuat oleh Encik Za’aba Bin Haji Ibrahim pada 8 Jun 2009 bahawa beliau telah menemui sejumlah 14 keping kad pengenalan di sebuah tempat pembuangan sampah haram SCDC bersama dengan beberapa perkara lain seperti kad perwakilan UMNO. Dalam pertemuan tersebut, saya telah diberitahu bahawa kes ini tidak disiasat oleh pihak polis dan kes ini telah diserahkan kepada Pejabat Pendaftaran Johor.

Say merujuk kepada surat jawapan balas daripada Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Johor Darul Takzim bilangan JPNJ.SK:163/795/1 Jld 18(45) bertarikh 29 Oktober 2009 sebagai jawapan balas kepada surat DPPNJ bilangan PAS/DPP.12/2.05(12/09) bertarikh 17 September 2009 menyatakan bahawa kes ini adalah di bawah tanggungjawab Polis Di Raja Malaysia Negeri Johor sepertimana rujukan laporan polis TAMPOI/00627/09 bertarikh 8 Jun 2009. Dalam surat jawapan tersebut, Jabatan ini menyatakan bahawa akan hanya menyoal siasat kepada pemilik-pemilik kad pengenalan yang dijumpai di tapak pembuangan sampah tersebut untuk dipanjangkan ke ibu pejabat JPN Putrajaya.

DPPNJ melahirkan rasa dukacita di atas jawapan balas yang telah diterima ini kerana seolah-olahnya isu ini tidak serius untuk diselesaikan. Kes pembuangan kad pengenalan di tapak pembuangan sampah ini bukan perkara yang kecil kerana ia melibatkan keselamatan negara.

DPPNJ ingin mempertegaskan sekali lagi bahawa :-

  1. isu penemuan beberapa belas keping kad pengenalan ini adalah merupakan satu perkara besar kerana ia membabitkan isu keselamatan negara.
  2. DPPNJ mempersoalkan bagaimana kad pengenalan tersebut boleh dijumpai di sebuah tempat pembuangan sampah dalam keadaan yang meragukan sedangkan kad pengenalan tersebut masih lagi dalam keadaan yang sempurna tanpa ada tanda-tanda ianya telah dimusnahkan.
  3. JPN hanya menyoal siasat kepada pemilik-pemilik kad pengenalan yang dijumpai sedangkan DPPNJ meragui bagaimana proses pelupusan kad pengenalan tersebut dibuat kerana salah seorang daripada tuan punya kad pengenalan tersebut telah mengesahkan bahawa beliau telah memulangkan kad pengenalan tersebut keada JPN.
  4. Dalam laporan polis yang telah dibuat oleh Encik Zaaba Bin Ibrahim telah menyatakan bahawa beberapa kad perwakilan dan jentera pilihanraya UMNO yang tertera nama Hashimah Binti Abdul Samah, Naib Ketua Wanita UMNO Cawangan Taman Baru dijumpai bersama kad pengenalan tersebut. Apakah tidak perlu siasatan dibuat terhadap beliau yang mungkin disyaki terlibat dalam perkara ini?

Berdasarkan kepada maklumat-maklumat ini jelas bahawa kes ini tidak serius untuk ditangani sedangkan kad pengenalan ini adalah merupakan dokumen pengenalan diri yang cukup berharga kepada setiap rakyat Malaysia.

DPPNJ akan mengambil tindakan susulan terhadap jawapan balas daripada kedua-dua pihak ini termasuklah akan membawa perkara ini ke Parlimen Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri.

Sekian

PEMUDA PENGGERAK PERJUANGAN

Yang benar,

KHAIRUL FAIZI BIN AHMAD KAMIL

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor

Dewan Pemuda PAS Negeri Johor

http://minda-kembara.com/

http://www.facebook.com/khairul.faizi1

Tel : 019-7701830

Kelantan Lawan KL Plus - Suku Akhir Kedua

Malam ini, bertempat di Stadium Sultan Muhammad ke IV Kota Bharu akan diadakan perlawanan Suku Akhir Kedua Piala Malaysia.

Pada suku akhir yang pertama lalu, Kelantan mendapatkan keputusan seri semasa berkunjung ke Kuala Lumpur. Ia merupakan satu kelebihan buat Kelantan pada malam ini.

Kelantan terkenal dengan pemainnya yang mempunyai semangat juang yang tinggi. Pemain Kelantan diadun daripada kalangan mereka yang berpengalaman dan anak-anak muda yang sedang meningkat naik dalam suka bola sepak. Indra Putra Mahyudin, satu nama yang diharapkan akan merobek gol lawan sekaligus membawa pasukan Kelantan ke peringkat yang seterusnya.

Namun, pasukan Kelantan jangan terlalu ghairah dan berbangga dengan gol tempat lawan yang diperolehi. Sebaliknya, pemain Kelantan perlu berusaha sedaya upaya memastikan gawang tidak dibolosi malah kalau boleh, KL Plud dibenam dengan jumlah jaringan yang besar.

Azraai Koor tinggalkan Kedah

Kita tinggalkan sekejap bahang perlawanan suku akhir kedua Kelantan dan KL Plus. Pasukan Kedah, sebuah pasukan hebat beberapa tahun kebelakangan ini, kali tidak berjaya menempatkan diri ke suku akhir Piala Malaysia.

Bekas Jurulatih Kedah yang kini melatih Harimau Muda, berkata, dia tidak mendapat kerjasama penuh daripada pihak pengurusan dalam usaha memperkuatkan pasukan. Bagaimana sebuah pasukan boleh dikuatkan jika pengurusan tidak memberikan kerjasama!

Apa yang menariknya, pengurusan pasukan Kedah diketuai oleh Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Azizan Abd Razak. Menteri Besar PAS tu! Sepatutnya orang PAS bila diberikan peluang memimpin, pimpin dengan baik, tunjukkan kebolehan memimpin. Anak muda sekarang ni sangat meminati bola sepak. Jika MB Kedah berjaya mengemudi pasukan boleh sepak dengan baik, nescaya anak muda Kedah lebih menghormati PAS dan memberikan sokongan pada PAS.

Kat Kelantan, Tan Sri Anuar Musa jadi presiden KAFA, ok aje...malah pasukan terus bertambah kuat.

saya selaku peminat sukan boleh sepak, tersangat menantikan saat di mana suka bola sepak berada di kemuncak. Pada masa itu, pasukan bola Sepak negara kita sebuah pasukan yang digeruni, bukan setakat jaguh Asia Tenggara, malah menjadi jaguh Asia atau lebih dari itu!

bye............

Ramalan : Kelantan 4, KL Plus 0 (Kelantan menang Agregat 4-1)

Tukar Docx kepada Doc - Office 2007 kepada office 2003

Assalamualaikum.

Jam sekarang menunjukkan pukul 4.11 pagi. Pagi yang hening. Anak dan isteri telah tidur nyenyak. Tinggal aku sendiri melayari dunia tanpa sempadan. Pagi ini saya ingin kongsikan beberapa laman web bagaimana nak tukarkan Microsoft Office 2007 (Docx) kepada Microsoft Office 2003 (Doc).

Hari ni semakin ramai menggunakan Microsoft Office 2007. Tetapi mereka yang menggunakan Microsoft Office 2003 lebih ramai dari itu. Penggunaan 'Office' yang berlainan format menyukarkan pengguna office 2003 untuk membuka file docx yang dihasilkan dari office 2007.

Di sini, saya senaraikan beberapa laman web yang memudahkan pengguna microsoft 2003 membuka dokumen microsoft office 2007 atau dengan kata lain menukarkan docx kepada doc. Berikut adalah laman web tersebut. File boleh ditukar secara online!

1. http://www.convertfiles.com/
2. http://www.freefileconvert.com/
3. http://docx-converter.com/
4. http://www.zamzar.com

Designer: FThemes.com | Converter: Blogger Themes & Blogger Templates
Flippa