ISU 12 HARI : AIB USAH DIHEBOHKAN

Apabila disebut Isu 12 Hari, tergambar dalam benak pemikiran masing-masing mengenai satu isu yang begitu hangat diperkatakan. Isu penceraian jaguh badminton negara, Roslin Hashim dan isterinya menjadi buah mulut orang. Saluran media, bercetak mahupun elektronik begitu ligat mencari berita dan membongkarkan cerita yang tersembunyi di sebalik isu yang berlaku.

Perkahwinan yang bertahan selama 12 hari menimbulkan tanggapan negatif dari pelbagai pihak dan orang ramai. Ia berjaya menjadi buah mulut orang. Ada segolongan kata, pihak isteri yang bersalah. Ada segolongan yang lain pulak kata, Roslin yang tidak sabar dan tidak memberikan peluang kepada si isteri. Apabila berlaku demikian, bekas suami dan isteri ini masing-masing mengeluarkan kenyataan untuk mempertahankan diri masing. Ada yang diundang ke stesyen TV untuk membuat penjelasan. Ditambah pulak dengan kenyataan panas Raja Azmi, pihak ke tiga yang dikaitkan dengan masalah pencreraian ini. Hari semakin hari, isu ini bertambah panas. Semakin rumit untuk difahami. Semakin sukar untuk mencari siapa yang bersalah. Tapi orang ramai, mereka sudah mula menghukum siapa yang bersalah, sebelum mahkamah memutuskan.

Usahlah dipanjang aib ini. Ini satu keaiban. Mengaibkan nama kedua-dua bekas mempelai. Mengaibkan keluarga kedua-dua belah pihak. Biar mahkamah yang menentukan. Jangan mengkerohkan lagi keadaan. Islam tidak membenarkan aib orang lain didedahkan. Apatah lagi bekas suami dan bekas isteri sendiri. Yang penting, perkara sudah berlaku. Roslin dan bekas isteri perlu memuhasabah diri. Renung mengenai diri masing-masing. Mungkin ada jalan penyelesaian. Mungkin ikatan perkaitan boleh ditautkan kembali. Mungkin? Mana mungkin jika media terus memanaskan isu yang tidak sewajarnya dipanaskan dan bertindak seolah-olah melaga-lagakan.

Akad yang dilafaz membawa maksud yang sangat besar. Ia juga memberikan satu bebanan berat kepada suami untuk menjaga dan membimbing isteri. Jangan perkara kecil diperbesarkan. Jangan ingat penceraian ialah jalan terbaik. Penceraian ialah jalan terakhir. Perkahwinan perlukan kesabaran, perlu kepada tolak ansur, perlukan kasih sayang, perlukan keihklasan, keharmonian dan sebagainya. Perkahwinan yang berteras kepada agama dan kepatuhan kepada Allah dan Rasul, akan melahirkan generasi yang terbaik, generasi yang bertaqwa.

“HARI INI JIKA KITA MENUTUP AIB SAUDARA KITA, NESCAYA ALLAH AKAN MENUTUP AIB KITA DIAKHIRAT”

Designer: FThemes.com | Converter: Blogger Themes & Blogger Templates
Flippa