Pilihanraya Kecil DUN Bukit Selambau telah mencatat sejarah yang tersendiri apabila 13 calon bebas telah mandaftar untuk bertanding dalam pilihanraya ini. Calon Pakatan Rakyat dari PKR S.Manikumar akan ditentang oleh calon BN Datul S.Ganesa dan 13 calon bebas yang lain. alon-calon bebas yang akan bertanding mengikut logo yang akan digunakan ialah R.Loganathan (Kelapa Sawit), Tan Hock Huat (Kunci), Radzi Md Lazim (Kerusi), Mohd Fadzil Wahab (Kepala Harimau),Abdul Rahim Abu (Jam),L Sarala (Basikal),A. Jayagopal (Payung), S Moganakumar (Buku),Khamis Awang (Ayam Jantan), Husaini Yaakob (Bas),Michael Venason (Ikan), Anwar Abd Hamid (Telefon) dan T Chandrarajan (Kapal Terbang).
Pada pilihanraya yang lepas, Arumugam yang merupakan calon bebas telah memenangi kerusi Dun Bukit Selambau. Arumugam kemudiannya telah memilih untuk menyertai PKR dam seterusnya dilantik sebagai salah seorang exco kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah. Besar kemungkinan, kehadiran ramai calon bebas adalah untuk mencuba nasib setelah Arumugam memenangi kerusi tersebut tanpa mewakili mana-mana parti. Tapi kemungkinan lain yang perlu dilihat ialah, kehadiran mereka ini akan memecahkan undi calon Pakatan Rakyat. Ini bermakna, berkemungkinan juga mereka-mereka ini telah dihantar oleh Kerajaan BN dan bertanding atas tiket bebas.
Post a Comment