Alhamdulillah kita dipertemukan kembali dengan bulan penuh rahmat dan keampunan daripada Allah Subhanawataala. Saya merakamkan ucapan selamat menyambut Ramadan al-Mubarak kepada seluruh rakyat Malaysia dan umat Islam di pelusuk dunia.
Menjadi kebiasaan kita orang Melayu mengenali Ramadan sebagai bulan puasa. Tanpa disedari sebutan yang sudah lama berakar umbi itu tidak tepat dengan pengertian sebenar Ramadan.
Ramadan bukan sekadar dihiasi dengan ibadat puasa yakni menahan diri daripada makan, minum dan apa sahaja yang membatalkan puasa kerana takrifan sebenarnya lebih luas lagi.
Puasa juga sebenarnya boleh dilakukan pada bulan lain, seperti yang menjadi amalan sesetengah daripada kita iaitu bulan Rejab dan Syaaban. Sebab itulah penggunaan istilah Ramadan lebih tepat bagi menggambarkan maksud dalam melaksanakan amal ibadat sepanjang bulan penuh berkat ini.
Ramadan juga membawa maksud bulan kebajikan di mana di dalamnya ada zakat fitrah yang menjadi kewajiban dilaksanakan setiap umat Islam. Umat Islam amat digalakkan bersedekah sebagai melengkapkan amalan ibadat puasa kita di siang hari.
Ini kerana di sekeliling kita ada mereka yang kurang bernasib baik. Maka pada kesempatan ini kita hulurkan sedikit sumbangan kepada mereka.
Oleh itu saya mengajak umat Islam menggunakan kesempatan Ramadan kali ini bagi menggandakan amal ibadat serta memohonkan keampunan daripada Allah Taala.
Popular
-
Allahakbar. Israel mengganas lagi di bumi Palestin. Amerika terus menjadi penyokong utama Israel. Kedua-dua binatang ini perlu diajar. Salah...
-
Tanggal 20 Disember 2008 bertempat di Balai Islam Lundang satu debat telah berlangsung di antara YB Dato’ Haji Hsam Musa, Naib Presiden PAS ...
-
Oleh Noriah Idris nori@hmetro.com.my KASIH sayang dan pengorbanan seorang ibu tidak ternilai harganya. Usaha membesarkan anak daripada tapa...
-
Roslan SMS Fri | May 23, 08 | 7:26:08 pm MYT Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia atau...
-
RAKYAT TERENGGANU SALAH PILIH PESURUHJAYA 1. Saya telah membaca dengan teliti pandangan Pesuruhjaya PAS Terengganu yang kali ini lebih gema...
-
Oleh SITI NOR AFZAN KASIMAN nor.afzan@kosmo.com.my Profesion perguruan terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami tekanan mental. Pesakit...
-
KENYATAAN MEDIA (5 Oktober 2009 , 16 Syawal 1430) No rujukan : PAS/DPP.12/2.07(01/09) TAJUK TINDAKAN LEMAH TERHADAPAN ISU PEMBUANGA...
-
Oleh Rosniza Mohd Taha rosniza@bharian.com.my WALAUPUN jumlah permohonan memasuki program Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) Sekolah Ren...
Post a Comment