Berjuang Menempah Susah,
Menanggung Derita Menongkah Fitnah,
Itulah Gelombang Hidup Samudera Duka,
Seorang Mujahid Memburu Syahid.
Dibuang Dia Berkelana,
Di Penjara Dia Uzlah Dibunuh Syahid,
Namun Jiwa Tetap Mara Menuju Cita,
Membara Demi Allah Dan Rasul-Nya.
Berjuang Tak Pernah Senang,
Ombak Derita Tiada Henti,
Tenang Tegang Silih Berganti,
Inilah Sunnah Orang Berjuang.
Malamnya Bagai Rahib Merintih Sayu,
Dihiris Dosa Air Mata,
Siangnya Bagaikan Singa Di Rimba,
Memerah Keringat Mencurah Tenaga.
Berjuang Memang Pahit,
Kerana Syurga Itu Manis,
Bukan Sedikit Mahar Yang Perlu Dibayar,
Bukan Sedikit Pedih Yang Ditagih.
Berjuang Ertinya Terkorban,
Rela Terhina Kerna Kebenaran,
Antara Dua Pasti Terjadi,
Tunggulah Syahid Atau Menang..
Popular
-
Allahakbar. Israel mengganas lagi di bumi Palestin. Amerika terus menjadi penyokong utama Israel. Kedua-dua binatang ini perlu diajar. Salah...
-
Tahniah diucapkan kepada Pakatan Rakyat khususnya Parti Islam Semalaysia (PAS) kerana telah menumbangkan UMNO dalam pilihanraya kecil Parlim...
-
Tanggal 20 Disember 2008 bertempat di Balai Islam Lundang satu debat telah berlangsung di antara YB Dato’ Haji Hsam Musa, Naib Presiden PAS ...
-
BAGAIMANA agaknya jika teman lelaki atau suami merajuk kerana sesuatu perkara yang tidak diketahui? Meskipun dianggap perkara kecil, ia mamp...
-
Wan Nordin Wan Yaacob Thu | Jul 16, 09 | 8:58:37 pm MYT www.harakahdaily.net SEREMBAN, 16 Julai (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz...
-
KENYATAAN MEDIA (5 Oktober 2009 , 16 Syawal 1430) No rujukan : PAS/DPP.12/2.07(01/09) TAJUK TINDAKAN LEMAH TERHADAPAN ISU PEMBUANGA...
-
“Harakah kena gantung? Betul ke?”, satu pertanyaan terkeluar dari mulut saya bila dimaklumkan mengenai penggantungan lidah rasmi Parti Islam...
Post a Comment