Archive for 2009

Kem Tahfiz al-Quran 2009

Minggu yang lalu, saya baru sahaja selesai mengendalikan Kem Tahfiz al-Quran dan Smart Solat 2009. Kem ini dilaksanakan dilaksanakan di Sekolah Rendah Islam Ibnu Nafis, Indahpura, Kulai.

Program yang bermula 5 Disember 2009 hingga 20 Disember 2009 ini diserta seramai 63 orang pelajar sekitar negeri Johor. Pelajar paling ramai adalah dari kawasan Kulaijaya dan pelajar yang paling jauh ialah Muar.

Kem Tahfiz al-Quran dan Smart Solat ini merupakan satu-satunya kem yang seumpamanya dikendalikan di kawasan Kulai. Program ini bermatlamat untuk memberikan pendedahan kepada pelajar tentang teknik menghafaz al-Quran. Selain itu, pelajar juga akan ditunjukkan dengan kaedah solat sempurna.

Pelajar juga dilatih berdisiplin dan berakhlak dengan akhlak yang mulia.

Walaupun pelbagai masalah yang dihadapi, Alhamdulillah ianya dapat diselesaikan satu persatu. InsyaAllah, pada tahun hadapan, Kem Tahfiz al-Quran dan Smart Solat akan dirancang dengan sebaik mungkin.

Alhamdulillah

Malaysia layak ke separuh akhir Bola Sepak Sukan SEA

Alhamdulillah, pasukan bola sepak negara berjaya melayakkan diri ke separuh akhir Bola Sepak Sukan SEA Laos. Keputusan yang tidak diduga itu mencerahkan peluang Malaysia untuk mendapatkan pingat emas dalam kejohanan ini. Dalam perlawanan yang berlangsung malam tadi, Malaysia berjaya mengalahkan Juara bertahan Thailand 2-1.

Untuk peringkat separuh akhir ini, pasukan bola sepak negara akan bertemu dengan tuan rumah, Laos. Pertembungan dijangka sengit memandangkan Laos mendapat sokongan padu daripada rakyatnya.

Walaubagaimanapun, apa sahaja boleh berlaku dalam perlawanan bola sepak. Peluang mendapatkan sekurang-kurangnya satu pingat sangat terbuka luas.

Tahniah pasukan bola sepak Malaysia. Teruskan semangat juang ada sekalian!

Piala Malaysia - Undi sekarang...

Selamat datang. Bahang perlawanan akhir Piala Malaysia, Kelantan lawan Negeri Sembilan. Pada pandangan anda siapa yang akan menang? Sila buat undian di bawah!


online casino Polls

Tidak Setuju Kereta 15 Tahun Masuk PUSPAKOM

Salam sejahtera.

Cadangan kerajaan untuk mewajibkan kereta yang berusia 15 tahun ke atas untuk membuat ujian PUSPAKOM sebagai syarat memperbaharuai cukai jalan bakal menyusahkan mereka yang berpendapatan rendah dan penduduk luar bandar.

Rata-rata penduduk kampung yang berpendapatan rendah mempunyai kereta yang lanjut usia. Untuk membeli kereta baru, sudah semestinya mereka tidak mampu. Bank tidak akan memberikan pinjaman kepada orang kampung yang tidak mempunyai pendapatan tetap.

Oleh kerana kepentingan kereta yang tidak dapat dinafikan lagi, maka penduduk kampung ini lebih selesa membeli kereta terpakai bersesuai dengan tahap pendapatan mereka.

Tindakan kerajaan untuk mewajibkan kereta 15 tahun ke atas membuat pemeriksaan PUSPAKOM akan menyusahkan mereka ini.

Alasan kerajaan bahawa pemeriksaan PUSPAKOM ini adalah untuk menjamin keselamatan pengguna kenderaan, itu adalah alasan yang tidak boleh diterima pakai. Cuba keluarkan statistik yang boleh membuktikan dakwaan bahawa banyak kemalangan kereta adalah dari kategori 15 tahun ke atas.

Apa yang boleh diperhatikan dari keputusan kerajaan ini adalah langkah untuk menambahkan sumber pendapatan kerajaan. jika sejuta kenderaan diperiksa setiap tahun, kerajaan bakal memperoleh lebih kurang 55 juta setahun.

Rakyat tidak diutamakan dalam hal ini. Yang diutamakan ialah pengeluar-pengeluar kenderaan dan menambahkan duit poket kerajaan sahaja.

penduduk kampung, menggunakan kereta bukannya untuk berjalan jauh. Hanya sekadar untuk memudahkan perjalanan keluarga sahaja. Kadang-kadang kereta tu parking sahaja dihadapan rumah. Bergerak pada masa yang memerlukan sahaja. Sekali lagi saya berdapata bahawa pemeriksaan PUSPAKOM tidak perlu kepada golongan ini.

Hari ni kos sara hidup semakin meningkat. mungkin RM55 tu besar kepada pihak yang mencadangkan, bagi bagi orang yang berpendapatan rendah, ianya membebankan. Kalau kebetulan roadtax tamat pada bulan sebelas, lagi membebankan. Mana nak sediakan makan pakai, pakain anak sekolah, buku sekolah, yuran periksa dan sebagainya.

Kesimpulannya; tidak perlu rasanya kereta 15 tahun dimasukkan ke PUSPAKOM. Kalau kereta tersebut rosak, takkanlah pemiliknya dapat pandu di jalan raya. Dan tidak semestinya kereta bawah 15 tahun tidak rosak. Kalau dikira dari sudut kelajuan, kereta bawah 15 tahun lebih laju dari kereta tuan atas 15 tahun dan pertus kemalangan tinggi bagi menderaan yang bergerak laju.

Kerajaan perlu menilai semula perkara ini.

----------------------------------------------------
Kereta penulis sedikit masa lagi akan mencecah 15 tahun. Sabar aje la!

Tok Guru Saksikan Kelantan tewaskan Perlis

Salam untuk semua. Pada perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia, Kelantan telah berjaya membenam Perlis 2-0 di Stadium Sultan Muhamad IV.

Apa yang menariknya, YAB Tuan Guru Dato' Menteri Besar Kelantan turut hadir memberikan sokongan kepada pasukan Kelantan. Cuba lihat gambar di atas; kehadiran Tok Guru disambut mesra presiden KAFA Tan Sri Anuar Musa.

Apa pun, tahniah diucapkan kepada pasukan Kelantan. Sama-sama kita doakan pasukan dari Negeri Serambi Mekah ini akan melangkah ke perlawanan akhir.

Lagi Budak Kena Belasah Kat Pokok Sena, Kedah

Kesian Amerudin, gara-gara menegur budak Tingkatan Tiga, dia telah dibelah oleh 20 orang pelajar. Kesnya bukan besar sangat, cuma tegur aje. Tu pun tegur benda yang betul, bukannya buat kesalahan besar pun.

Apa nak jadi dengan budak zaman sekarang ni, tak boleh tegur sikit. Belasah membelasah ni budaya gangster. Mungkin budak-budak ni jadi gangster kot bila besar nanti. Wahai ibubapa sekalian, tolonglah perhatikan anak tuan puan. Saya pun tak suka anak bangsa saya ni jadi gangster.

Kes ni boleh dikatakan macam abang tegur adik. Budak Tingkatan Empat tegur budak Tingkatan Tiga, abang tegur adik la tu. Adik mengamuk....terus belasah abang. Mana hilangnya budaya hormat menghormati? Sepatutnya diaorang ni diajar menghormati mereka yang lebih tua. Ni tak boleh dibiarkan. Lepas ni guru pulak yang kena tibai dengan budak-budak ni.

Sebelum perkara ni jadi lebih parah, Kementerian Pelajaran kena ambik tindakan tegas. Bagi kaunseling kat budak-budak dengan ibubapanya sekali. Kalu takpun, buang sekolah aje. Nak jadi gangster tak boleh di sekolah.

Budaya samseng di sekolah ni dah jadi macam perkara biasa. Saya rasa pihak Kementerian Pelajaran perlu mengambil langkah memberikan pendidikan agama kepada pelajar sekolah. Biar diaorang faham baik dan buruk dan cara hormat orang tua.

Peranan guru la ni pun dah agak lain sikit. Guru banyak mengajar bukan mendidik. Asalkan budak lulus periksa, dah. Diaorang nak jadi jahat mampuih gi la.

Sebab tu banyak benda perlu dinilai pihak Kementerian bagi mengatasai masalah kerosakan akhlak dikalangan pelajar. Budaya mengajar dan mendidik perlu disuburkan kembali.

Berkaitan:

http://www.bharian.com.my/Tuesday/Nasional/20091027001135/Article/index_html

Kenyataan Media Dewan Pemuda PAS Johor

KENYATAAN MEDIA

(5 Oktober 2009 , 16 Syawal 1430)

No rujukan : PAS/DPP.12/2.07(01/09)

TAJUK

TINDAKAN LEMAH TERHADAPAN ISU PEMBUANGAN 14 KEPING KAD PENGENALAN DI TAPAK PEMBUANGAN SAMPAH SANGAT DIKESALI

Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) telah menyerahkan memorandum kepada Yang Berbahagia Datuk Jalaluddin Bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Polis Johor pada 19 Ogos 2009 berkaitan dengan satu laporan polis yang pernah dibuat oleh Encik Za’aba Bin Haji Ibrahim pada 8 Jun 2009 bahawa beliau telah menemui sejumlah 14 keping kad pengenalan di sebuah tempat pembuangan sampah haram SCDC bersama dengan beberapa perkara lain seperti kad perwakilan UMNO. Dalam pertemuan tersebut, saya telah diberitahu bahawa kes ini tidak disiasat oleh pihak polis dan kes ini telah diserahkan kepada Pejabat Pendaftaran Johor.

Say merujuk kepada surat jawapan balas daripada Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Johor Darul Takzim bilangan JPNJ.SK:163/795/1 Jld 18(45) bertarikh 29 Oktober 2009 sebagai jawapan balas kepada surat DPPNJ bilangan PAS/DPP.12/2.05(12/09) bertarikh 17 September 2009 menyatakan bahawa kes ini adalah di bawah tanggungjawab Polis Di Raja Malaysia Negeri Johor sepertimana rujukan laporan polis TAMPOI/00627/09 bertarikh 8 Jun 2009. Dalam surat jawapan tersebut, Jabatan ini menyatakan bahawa akan hanya menyoal siasat kepada pemilik-pemilik kad pengenalan yang dijumpai di tapak pembuangan sampah tersebut untuk dipanjangkan ke ibu pejabat JPN Putrajaya.

DPPNJ melahirkan rasa dukacita di atas jawapan balas yang telah diterima ini kerana seolah-olahnya isu ini tidak serius untuk diselesaikan. Kes pembuangan kad pengenalan di tapak pembuangan sampah ini bukan perkara yang kecil kerana ia melibatkan keselamatan negara.

DPPNJ ingin mempertegaskan sekali lagi bahawa :-

  1. isu penemuan beberapa belas keping kad pengenalan ini adalah merupakan satu perkara besar kerana ia membabitkan isu keselamatan negara.
  2. DPPNJ mempersoalkan bagaimana kad pengenalan tersebut boleh dijumpai di sebuah tempat pembuangan sampah dalam keadaan yang meragukan sedangkan kad pengenalan tersebut masih lagi dalam keadaan yang sempurna tanpa ada tanda-tanda ianya telah dimusnahkan.
  3. JPN hanya menyoal siasat kepada pemilik-pemilik kad pengenalan yang dijumpai sedangkan DPPNJ meragui bagaimana proses pelupusan kad pengenalan tersebut dibuat kerana salah seorang daripada tuan punya kad pengenalan tersebut telah mengesahkan bahawa beliau telah memulangkan kad pengenalan tersebut keada JPN.
  4. Dalam laporan polis yang telah dibuat oleh Encik Zaaba Bin Ibrahim telah menyatakan bahawa beberapa kad perwakilan dan jentera pilihanraya UMNO yang tertera nama Hashimah Binti Abdul Samah, Naib Ketua Wanita UMNO Cawangan Taman Baru dijumpai bersama kad pengenalan tersebut. Apakah tidak perlu siasatan dibuat terhadap beliau yang mungkin disyaki terlibat dalam perkara ini?

Berdasarkan kepada maklumat-maklumat ini jelas bahawa kes ini tidak serius untuk ditangani sedangkan kad pengenalan ini adalah merupakan dokumen pengenalan diri yang cukup berharga kepada setiap rakyat Malaysia.

DPPNJ akan mengambil tindakan susulan terhadap jawapan balas daripada kedua-dua pihak ini termasuklah akan membawa perkara ini ke Parlimen Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri.

Sekian

PEMUDA PENGGERAK PERJUANGAN

Yang benar,

KHAIRUL FAIZI BIN AHMAD KAMIL

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor

Dewan Pemuda PAS Negeri Johor

http://minda-kembara.com/

http://www.facebook.com/khairul.faizi1

Tel : 019-7701830

Kelantan Lawan KL Plus - Suku Akhir Kedua

Malam ini, bertempat di Stadium Sultan Muhammad ke IV Kota Bharu akan diadakan perlawanan Suku Akhir Kedua Piala Malaysia.

Pada suku akhir yang pertama lalu, Kelantan mendapatkan keputusan seri semasa berkunjung ke Kuala Lumpur. Ia merupakan satu kelebihan buat Kelantan pada malam ini.

Kelantan terkenal dengan pemainnya yang mempunyai semangat juang yang tinggi. Pemain Kelantan diadun daripada kalangan mereka yang berpengalaman dan anak-anak muda yang sedang meningkat naik dalam suka bola sepak. Indra Putra Mahyudin, satu nama yang diharapkan akan merobek gol lawan sekaligus membawa pasukan Kelantan ke peringkat yang seterusnya.

Namun, pasukan Kelantan jangan terlalu ghairah dan berbangga dengan gol tempat lawan yang diperolehi. Sebaliknya, pemain Kelantan perlu berusaha sedaya upaya memastikan gawang tidak dibolosi malah kalau boleh, KL Plud dibenam dengan jumlah jaringan yang besar.

Azraai Koor tinggalkan Kedah

Kita tinggalkan sekejap bahang perlawanan suku akhir kedua Kelantan dan KL Plus. Pasukan Kedah, sebuah pasukan hebat beberapa tahun kebelakangan ini, kali tidak berjaya menempatkan diri ke suku akhir Piala Malaysia.

Bekas Jurulatih Kedah yang kini melatih Harimau Muda, berkata, dia tidak mendapat kerjasama penuh daripada pihak pengurusan dalam usaha memperkuatkan pasukan. Bagaimana sebuah pasukan boleh dikuatkan jika pengurusan tidak memberikan kerjasama!

Apa yang menariknya, pengurusan pasukan Kedah diketuai oleh Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Azizan Abd Razak. Menteri Besar PAS tu! Sepatutnya orang PAS bila diberikan peluang memimpin, pimpin dengan baik, tunjukkan kebolehan memimpin. Anak muda sekarang ni sangat meminati bola sepak. Jika MB Kedah berjaya mengemudi pasukan boleh sepak dengan baik, nescaya anak muda Kedah lebih menghormati PAS dan memberikan sokongan pada PAS.

Kat Kelantan, Tan Sri Anuar Musa jadi presiden KAFA, ok aje...malah pasukan terus bertambah kuat.

saya selaku peminat sukan boleh sepak, tersangat menantikan saat di mana suka bola sepak berada di kemuncak. Pada masa itu, pasukan bola Sepak negara kita sebuah pasukan yang digeruni, bukan setakat jaguh Asia Tenggara, malah menjadi jaguh Asia atau lebih dari itu!

bye............

Ramalan : Kelantan 4, KL Plus 0 (Kelantan menang Agregat 4-1)

Tukar Docx kepada Doc - Office 2007 kepada office 2003

Assalamualaikum.

Jam sekarang menunjukkan pukul 4.11 pagi. Pagi yang hening. Anak dan isteri telah tidur nyenyak. Tinggal aku sendiri melayari dunia tanpa sempadan. Pagi ini saya ingin kongsikan beberapa laman web bagaimana nak tukarkan Microsoft Office 2007 (Docx) kepada Microsoft Office 2003 (Doc).

Hari ni semakin ramai menggunakan Microsoft Office 2007. Tetapi mereka yang menggunakan Microsoft Office 2003 lebih ramai dari itu. Penggunaan 'Office' yang berlainan format menyukarkan pengguna office 2003 untuk membuka file docx yang dihasilkan dari office 2007.

Di sini, saya senaraikan beberapa laman web yang memudahkan pengguna microsoft 2003 membuka dokumen microsoft office 2007 atau dengan kata lain menukarkan docx kepada doc. Berikut adalah laman web tersebut. File boleh ditukar secara online!

1. http://www.convertfiles.com/
2. http://www.freefileconvert.com/
3. http://docx-converter.com/
4. http://www.zamzar.com

35 sejadah berdiri di Surau


PASIR MAS - Warga Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Sangkut, Repek dekat sini gempar apabila 35 helai sejadah yang berada di dalam surau sekolah berkenaan didapati berdiri.

Mereka mendakwa, bentuk sejadah itu kelihatan seolah-olah lelaki dan wanita sedang menunaikan sembahyang dan berada dalam keadaan duduk antara dua sujud.

Sejadah-sejadah tersebut juga seperti sedang berjemaah dengan sehelai daripadanya seolah-olah menjadi imam dan diikuti dengan 15 helai di ruang sembahyang lelaki dan 19 helai lagi di ruang sembahyang wanita.

Kejadian tersebut disedari kira-kira pukul 10.55 pagi oleh seorang pelajar tahun dua, Nurul Huda Mat Jali, 8, yang sedang mengikuti kelas pemulihan bersama beberapa pelajar lain di pondok berhampiran surau berkenaan.

"Saya secara tidak sengaja ternampak sejadah seperti sedang bersembahyang melalui celah pintu. Saya beritahu kawan dan dia memaklumkan kepada guru," katanya ketika ditemui semalam.

Sementara itu, guru terbabit, Adnan Abdullah, 37, berkata, dia terkejut apabila melihat sejadah-sejadah tersebut berada dalam keadaan berdiri dan seolah-olah menunaikan sembahyang secara berjemaah.

"Keadaan sejadah tersebut seperti berada dalam saf sembahyang, ada yang tinggi dan rendah seperti jemaah dewasa bersama jemaah kanak-kanak," ujarnya. (Di petik dari kosmo online)

Kisah lain:

Kisah benar di Kelantan
Bicara Agama - Utusan malaysia
Beberapa kisah sejadah berdiri

Ye ye.....16 September Cuti umum


Alhamdulillah, satu berita baik untuk rakyat Malaysia! pada 16 haribulan September akan diadakan cuti umum bermula pada tahun hadapan. 16 September merupakan hari pembentukan Negara Malaysia (Semenanjung + Sabah + Sarawak).

Sebelum ni kalau tak silap saya Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah mengadakan perhimpunan perdana Pembentukan Malaysia di Stadium MBPJ. (Rujuk Blog DSAI).Tahniah Kerajaan Pakatan Rakyat kerana mempelopori Hari Pembentukan Malaysia 16 September. Kalau Pakatan Rakyat tidak mulakan langkah ini, sampai bila pun Kerajaan BN akan mengabaikan tarikh penting ini.

Beraya di Bandar Tenggara - UMNO buat Masjid

Hari ini, Sabtu 17 oktober 2009, ada lima jemputan majlis hari raya. Maklumlah hari-hari terakhir, semua nak buat open house. Yang paling jauh, di Bandar Tenggara, Kulai iaitu di rumah Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bandar Putra.

Ini first time saya masuk Bandar Tenggara, biasanya lalu tepi aje tak masuk dalam. Bandar Tenggara ialah sebuah bandar baru yang diletakkan di bawah pentadbiran KEJORA. Kawasan ni ramai orang melayu. Mat Rempit pun ramai jugak, boleh tahan gak kawasan ni!

lepas tu, dalam perjalanan balik, saya dan keluarga singgah jap untuk solat di Masjid al-Husna, Bandar Tenggara. Cantik masjidnya. Tandas pun bersih. Masjid ni Kerajaan UMNO yang buat. Tu tandanya UMNO tidak lupa membangunkan agama Islam. Sebab tu, sesiapa yang tuduh UMNO bukan parti yang memperjuangkan Islam, kena fikir banyak kali. UMNO buat masjid! Soal pegi tak pegi masjid tu nombor dua. Adui....banyak berleter pulak saya ni.

Daripada lima open house, saya sempat hadir tiga aje. Satu terlupa dan satu lagi takdan nak gi, sebab jauh sangat.

bye...

Nasarudin Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS di Kulai

Salam perjuangan!

InsyaAllah pada hari rabu 21 Oktober 2009 akan diadakan ceramah umum bertempat di Taman Permata Impian, Kulai. Kepada tuan-tuan yang berada di kawasan sekitar dijemput hadir! Penceramahnya ialah Ustaz Nasarudin Hasan Tantawi, Ketua Pemuda PAS Pusat.

Terima kasih.

Bagan Pinang - PAS perlu perkukuhkan Cawangan

Keputusan pilihanraya kecil Bagan Pinang tidak memihak kepada Pakatan Rakyat. Selepas mengharungi 7 pilihanraya tanpa kalah, akhirnya Pakatan Rakyat tersungkur di Negeri Sembilan.

Gelombang Pakatan Rakyat ke arah mengambil alih negara dari Barisan Nasional berjaya menaikkan semangat rakyat memberikan kemenangan kepada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya sebelum ini. Apatah lagi bilamana Pakatan Rakyat berjaya menawan lima buah negeri (Sekarang empat) terutama negeri paling kaya di Malaysia iaitu Selangor.

Kekalahan di Bagan Pinang merupakan satu signal yang cukup jelas kepada Pakatan Rakyat agar tidak bergantung kepada gelombang semata-mata. Pakatan Rakyat perlu memperkukuhkan dan mengikat sabanyak mungkin sokongan di peringkat akar umbi. Kerana rakyat bawahan inilah yang bakal memberi undi kepada calon pakatan rakyat.

Mungkin juga Bagan Pinang ini berada di negeri yang ditadbir Barisan Nasional. Namun begitu ianya tidak boleh dijadikan sebagai satu alasan. Cuba kita bayangkan jika esok seorang lagi wakil rakyat UMNO di negeri Johor menginggal dunia. Sudah tentu akan berlaku pilihanraya. Maka, bagaimana dengan peluang Pakatan Rakyat untuk menang pada ketika itu? atau memberi peluang kepada UMNO Barisan Nasional meningkatkan majoriti dan memalukan Pakatan Rakyat sebagaimana yang berlaku di Bagan Pinang.

PAS, salah satu parti gabungan Pakatan Rakyat, perlu memperkukuhkan kedudukan diperingkat bawahan. Gerakkan cawangan sebaik mungkin. Teruskan gerakerja dakwah terutama di negeri seperti Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. PAS perlu membuat kajian mendalam mengenai perkara ini! Ada kawasan yang mengabaikan tanggungjawab memperkukuhkan cawangan. Mereka hanya syok sendiri dan bergerak dalam kelompok yang kecil. Kalau macam ni, bagaimana PAS ingin menerajui negara kelak?

Bagan Pinang - Tahniah Barisan Nasional

Pilihanraya kecil Bagan Pinang yang berlangsung semalam telah dimenangi oleh calon dari parti Barisan Nasional, Tan Sri Isa Samad dengan memperoleh 8013 undi mengalahkan calon PAS, Zulkifli Mohamed Omar yang mendapat 2578 undi. Majoriti yang diperoleh ialah sebanyak 5435.

Semenjak pilihanraya umum yang lalu, sudah beberapan kali pilihanraya kecil dilaksanakan. Ini kali partama BN mendapat kemenangan besar melalui calonnya, Tan Sri Isa Samad. Tan Sri Isa terkenal dengan seorang perasuah.

Seorang calon yang terbukti terlibat dalam rasuah, telah menang dalam pilihanraya kali ini. Ini menunjukkan BN tidak konsisten dalam memerangi rasuah. Malah berusaha bersungguh-sungguh memenangkan calon yang terlibat dalam rasuah.

Semenjak hari pertama kempen, saya sudah menjangkakan bahawa BN akan menang dalam pilihanraya kali ini. Daripada berita-berita yang disiarkan dalam pelbagai saluran media, membuktikan bahawa BN akan menang. Semalam ada kawan tanya saya, Siapa yang menang? dengan mudah saya jawab, sila tengok berita tv3 pukul 8. (pukul 8.00 spr mengumumkan siapa yang menang). Kalu tv3 tak siarkan, maknyanya BN kalah. Kalu dia siarkan, maknya BN menang. Sah! memang betul tv3 tunjukkan lintas langsung pengumuman tersebut. Saya apa lagi...terus tutup tv! tak sanggup untuk mendengarnya...

Emmm....hari ni berat hati nak beli surat khabar, tapi pegi beli jugak. Sabar banyak-banyak baca surat khabar hari ini. BN bukan main berlagak lagi. Dalam Berita Harian muka 6, Tan Sri Muhyiddin cakap rakyat sudah berubah dan sudah kembali menyokong BN. Baguslah tu Tan Sri. Tapi Tan Sri kena ingat, calon yang Tan Sri letak tu pernah terlibat dalam salah laku rasuah!

ok lah. Walau apa pun, tahniah kepada Barisan Nasional. 1 Malaysia, Rakyat di dahulukan pencapaian diutamakan. Jagalah kemenangan tu elok-elok. Lepas ni, mana-mana pemimpin BN yang terlibat dalam rasuah, jangan risau kerana anda mempunyai peluang yang cerah untuk menjadi calon pilihanraya.

awas kepada semua kaki pancing




HIMPUNAN MANSUHKAN ISA





Malaysia lawan Manchester United (MU)

Terkejut dan gambira bilamana diberitakan bahawa Pasukan Bola Sepak Malaysia berjaya mengekang juara Liga Perdana Inggeris musim 2008/2009, Manchester United dari memperolehi kemenagan besar dalam pertembungan yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil yang lalu.

Kekalahan 3-2 kepada sebuah pasukan terbaik Eropah merupakan satu detik manis yang terpahat dalam lipatan sejarah Bola Sepak Malaysia. Amri Yahya telah meletakkan diri sebagai penjaring dua gol Malaysia dalam perlawanan tersebut. Malaysia kali terakhir menjaring gol ialah pada tahun 1991 di mana gol dijaringkan oleh Matlan Marjan. Akhirnya, Malaysia sekali lagi membuktikan bahawa Malaysia bukan sebuah pasukan belasahan. Malaysia sudah memperolehi rentak dan corak permainan yang bagus dan berkesan di bawah kendalian jurulatih baru, K.Rajagobal.

Apa yang sedikit mendukacitakan saya ialah apabila pada ketika Malaysia mengikat MU 2 sama, rakyat Malaysia tidak memberikan sorakan padu kepada pasukan negara. Memang mereka setia MU, namun begitu, dalam saat getir, sokongan padu rakyat Malaysia perlu memberikan sokongan kepada pasukan negara. Alangkah bertambah manisnya jika Malaysia berjaya mengikat MU dengan jumlah jaringan yang sama.

Malam ini sekali lagi pasukan negara akan menentang MU. K. Rajagobal mengharapkan sokongan panuh menanti pasukan negara di Stadium Nasional Bukit Jalil. Rakyat Malaysia dijemput memenuhi stadium dengan berpakaian kuning, bukan merah. Kita pakat sokong pasukan Malaysia, pasukan yang kita sayangi.

Sudah pasti malam ini MU tidak akan bagi muka sekali lagi pada pasukan Malaysia. Sebelum ni cuma aks pemanas badan sahaja. Justeru itu, pasukan Malaysia perlu lebih gigih menyekat usaha MU menjaringkan gol. Pemain seperti Michael Owen sudah tentu akan membuat sesuatu bagi memulihkan kembali namanya sebagai penjaring gol terbaik dunia.

Semua peminat setia bola sepak negara, penuhi stadium Nasional Bukit Jalil dengan berbaju kuning. Bawa dan kibarkan bendera Malaysia. Sokongan padu kita semua bekemungkinan akan melakar sejara tersendiri dalam dunia bola sepak Negara. SELAMAT BERJAYA BUAT PASUKAN MALAYSIA.

Link :

Pemuda PAS ucap syabas kepada pasukan bolasepak Malaysia

Tubuh suruhanjaya bebas siasat kematian Setpol Exco Selangor dalam tahanan SPRM

Wan Nordin Wan Yaacob
Thu | Jul 16, 09 | 8:58:37 pm MYT
www.harakahdaily.net

SEREMBAN, 16 Julai (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar menggesa satu suruhanjaya bebas ditubuhkan bagi menyiasat punca kematian Setiausaha Politik Exco Kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah semasa dalam tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Teo Beng Hock dilaporkan terbunuh selepas dipercayai jatuh bangunan pejabat SPRM Selangor di Shah Alam.

Mayat Teo Beng Hock, 30, ditemui di atas bumbung bangunan bersebelahan pejabat suruhanjaya tersebut.

Semalam Teo telah dibawa ke pejabat tersebut untuk disoal siasat berhubung dakwaan salah guna wang peruntukan Dun membabitkan beberapa Adun Pakatan Rakyat negeri itu.

Berikutan berita mengejut dan luar biasa tersebut, para pemimpin Pakatan, termasuk Ean, bergegas ke bangunan tersebut.

Mengulas lanjut, Mahfuz berkata perlu satu siasatan menyeluruh bagaimana Teo terbunuh walaupun dakwaan menyatakan beliau terjatuh bangunan.

"Kes ini memberi kesan buruk kepada keyakinan masyarakat akan keselamatan pihak saksi yang ditahan oleh SPRM kerana mereka seharusnya dijaga dari segi keselamatan ketika berada di bawah tahanan SPRM," ujar Mahfuz.

Peristiwa mati dalam tahanan sebelum ini banyak berlaku tetapi membabitkan dalam tahanan polis, namun kali ini lebih mengejutkan ia berlaku di SPRM, katanya.

Justeru, beliau mendesak satu siasatan menyeluruh dilakukan dengan suruhanjaya bebas ditubuhkan.

Dalam perkembangan berkaitan, pemimpin DAP bergegas ke pejabat SPRM termasuk exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu; Speaker DUN Teng Chang Khim dan ahli parlimen Petaling Jaya Selatan, Tony Pua.

Liu and Teng mengesahkan bahawa mayat itu mendiang Teo.

Sewaktu ditemui, mendiang berbaju biru bersama kot hitam dan seluar putih.

Dalam sidang media di pejabat SPRM negeri itu, Pengarah Siasatan SPRM Dato' Shukri Abdull berkata mayat ditemui jam 1.30 tengah hari ini.

Ditanya bagaimana mendiang ditemui, beliau berkata seorang pegawai suruhanjaya ke tempat kejadian selepas mendengar jeritan seseorang tentang mayat itu.

Menurutnya lagi, siasatan terhadap Teo - sebagai saksi kes - selesai kira-kira 3.45 pagi tadi tetapi dilihat masih berada di bangunan tersebut sekitar jam 6 pagi.

SPRM tidak jelas sama ada beliau mati akibat terjatuh atau terjun dari bangunan tersebut.

Sementara itu, peguam M Manoharan, yang menemani Teo ke pejabat SPRM semalam berkata, mendiang kelihatan biasa dan tidak menunjukkan sebarang tanda menghadapi sebarang tekanan.

"Dia nampak gembira dan tenang. Saya menasihatkannya bagaimana hendak mengendalikan soal siasat tersebut kerana saya tidak dibenarkan untuk bersamanya" katanya.

Manoharan, yang juga ADUN Kota Alam Shah kali terakhir melihat Teo pada kira-kira jam 7 petang semalam.

Setakat jam 6 petang ini, mayat Teo masih berada di atas bumbung tempat dia jatuh.

Pejabat Ean telah diserbu SPRM semalam di mana sebuah komputer riba milik Teo dan sebuah komputer meja telah dirampas.

SPRM juga menyerbu pejabat ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San.

Selain Ean dan Lau, lima lagi wakil rakyat Pakatan turut disiasat, iaitu Teresa Kok (Kinrara), Hannah Yeoh (Subang), Elizabeth Wong (Bukit Lanjan), Dr Cheah Wing Yin (Damansara Utama) and Edward Lee (Bukit Gasing).

SPRM sebelum itu telah menyoal siasat beberapa orang, termasuk pembantu lima wakil rakyat - Ean, Lau, Kok, Wong dan Yeoh.

Wakil rakyat Pakatan Selangor masing-masing diberi RM500,000 setahun untuk membiayai program kemasyarakatan di kawasan masing-masing. SPRM mendakwa dana tersebut telah disalahguna.

R Sivarasa, yang juga ahli Parlimen Subang berkata, kematian Teo berlaku dalam keadaan yang meragukan.

"Sehingga ini, kita mempertanggungjawab SPRM terhadap kematian tersebut sehingga kita mendapat penjelasan yang memuaskan," katanya./wann_

Gambar Obama Jeling Remaja Brazil

Gambar di atas menunjukkan seolah-oleh Presiden Amerika Barrack Obama sedang menjeling punggung gadis berbaju merah, Mayara Tavares, 16 tahun sambil diperhatikan Nicolas Sarkozy, Presiden Perancis. Gambar ini menjadi sangat popular di internet.

Al-Fatihah buat Allahyarham Sheikh Dr Fathi Yakan.



Pada hari Sabtu (13 Jun 2009), dunia Islam sekali lagi digemparkan dengan kembalinya Sheikh Dr Fathi Yakan ke rahmatullah. Pemergian beliau sememangnya ditangani semua pertubuhan dan ahli gerakan Islam seluruh dunia.

Syeikh Dr Fathi Yakan cukup dikenali sebagai pelopor dalam gerakan Islam. Buku-buku tulisan beliau menjadi rujukan para da’i dan pejuang Islam. Intipati dari buku-buku tulisannya menjadi antara modul tarbiah yang digunapakai untuk melahirkan pejuang Islam yang istiqamah dan ikhlas dalam perjuangan. Antara bukunya yang populor ialah ‘Apa Erti Aku Menganut Islam’, ‘Masalah Dakwah dan Pendakwah’, ‘Bahtera Penyelamat’ dan pelbagai lagi.

Perginya Syeikh Dr Fathi Yakan amat dirasai. Semoga selepas ini akan lahir lebih ramai pendakwah dan pejuang Islam sehebat beliau. Alfatihah.

Pelakon lari balut kain langsir

PETALING JAYA: Biarpun tubuh sekadar berbalut kain langsir, seorang pelakon lelaki drama mistik dan seram sanggup menyabung nyawa dengan menyeberangi balkoni di tingkat lima ke rumah jiran ketika melarikan diri daripada anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Ketika itu, dia cuba ditahan kerana berkhalwat dengan penolong penerbit rancangan itu di sebuah apartmen 10 tingkat, dekat sini, kira-kira jam 3 pagi kelmarin.

Pelakon itu dipercayai sudah beberapa kali datang ke apartmen wanita terbabit yang juga tunangnya sejak beberapa bulan lalu.

Malah, ketika ditahan wanita terbabit hanya memakai seluar pendek dan singlet yang menampakkan tubuhnya yang seksi, selain penemuan seluar dan baju pelakon lelaki berkenaan di biliknya.

Kelmarin, pelakon berusia 20-an terbabit menghubungi tunangnya apabila mengadu sakit kepala.

Simpati dengan rintihan tunangnya itu, wanita beusia 20-an yang juga pernah menjadi pengacara sebuah stesen televisyen, merelakannya datang walaupun sudah awal pagi.

Bagaimanapun, gelagat merpati dua sejoli itu yang mendakwa bakal bernikah tidak lama lagi, akhirnya menimbulkan kemarahan penghuni lain yang menghubungi pihak berkuasa agama.

Aduan yang dibuat lebih daripada sekali itu akhirnya memaksa penguat kuasa Jais menghantar lima anggota melakukan serbuan.

Penahanan pelakon dan penolong penerbit itu disahkan Ketua Unit Tindakan Khas (UTK) Jais, Shahrom Maarop, yang mengakui pihaknya terpaksa menanti kira-kira 10 minit sebelum wanita terbabit membuka pintu.

Beliau berkata, wanita terbabit yang hanya memakai singlet dan berseluar pendek mendakwa tinggal bersendirian di apartmen itu sebelum penguat kuasa melakukan pemeriksaan dalam bilik.

“Anggota penguat kuasa yang curiga dengan pengakuan wanita itu menjumpai seluar dan baju yang menunjukkan ada seorang lelaki turut tidur di situ.

“Pemeriksaan lanjut mendapati ada kesan seseorang meloloskan diri melalui balkoni apartmen berkenaan yang dipercayai memasuki rumah bersebelahan,” katanya.

Bagi mengelak pelakon terbabit melarikan diri, Shahrom berkata, anggota penguat kuasa Jais bergegas mengetuk pintu apartmen bersebelahan yang dihuni beberapa lelaki warga asing.

Mereka mendapati ada beberapa warga asing dan kelibat seorang lelaki yang hanya menutup dirinya dengan kain langsir berhampiran balkoni.

“Penguat kuasa menjalankan siasatan terhadap lelaki terbabit yang dipercayai cuba menyamar sebagai warga asing bagi mengelak ditahan.

“Bagaimanapun, helah itu tidak menjadi apabila percakapan dan warna kulit pelakon itu berbeza dengan penghuni warga asing di apartmen itu,” katanya.

Selepas menyedari helah tidak menjadi, Shahrom berkata, pelakon terbabit mengaku tidur di rumah wanita yang juga penolong penerbit drama yang dilakonkannya selain mengaku mereka sudah bertunang dan akan bernikah tidak lama lagi.

Pelakon terbabit turut mendakwa dia pening selepas selesai sesi penggambaran sebelum datang ke rumah tunangnya yang sebelum ini tinggal bersama seorang lagi rakan wanita di apartmen itu.

Beliau berkata, pasangan terbabit cuba merayu beberapa kali dengan memberi alasan akan berkahwin tidak lama lagi dan terbabit dengan program popular di televisyen.

Bagaimanapun, Shahrom berkata, alasan itu tidak diterima kerana ikatan pertunangan bukan tiket untuk melakukan maksiat.

“Yang menyedihkan, pelakon itu yang hanya membalut tubuhnya dengan kain langsir sanggup melompat ke balkoni rumah jiran untuk melarikan diri tanpa mengambil kira keselamatan diri.

“Begitu juga dengan penolong penerbit berkenaan yang berpakaian menjolok mata selain membenarkan tunangnya tidur di rumah itu.

“Kami masih menyiasat sama ada mereka sudah melakukan perkara yang ‘tidak sepatutnya’ kerana seluar dan pakaian lelaki berada dalam bilik tunangnya,” katanya.

Shahrom berkata, Jais membawa mereka pejabat agama untuk disoal siasat sebelum dibebaskan dengan jaminan.

Pasangan itu akan didakwa mengikut Seksyen 29(1) a dan b, Enakmen Jenayah Syariah Selangor.

Sumber : Harian Metro

Penerapan Nilai Islam dalam Masyarakat

Salam ukhwah fillah.

Kehidupan berteraskan Islam merupakan suatu tuntutan yang perlu dilaksanakan. Allah S.W.T telah mengurniakan Islam sebagai cara hidup yang diredhai-Nya dan ianya telah disampaikan melalui pesuruh-Nya Nabi Muhamad S.A.W. Masyarakat menjadi lebih hebat dan bertamadun jika Islam diaplikasikan sepenuhnya dalam kehidupan.

Masyarakat Arab Jahiliyyah, merupakan sebuah masyarakat yang hidup dalam kegelapan. Gaya hidup mereka yang sesat telah merosakkan sistem masyarakat pada zaman tersebut. Peperangan demi peperangan berlaku antara kabilah Arab untuk menunjukkan kekuatan dan mempertahankan ego masi-masing. Anak-anak perempuan yang lahir juga dibunuh, kerana kononnya anak perempuan yang lahir boleh mengaibkan sesebuah keluarga. Lantas anak perempuan ditanam hiduop-hidup. Arak menjadi hidangan wajib masyarakat Arab Jahiliyyah. Pelbagai lagi gaya hidup yang songsang diamalkan oleh orang Arab pada zaman ini.

Kehadiran Nabi Muhammad S.A.W telah memberikan satu sinar baru kepada masyarakat Arab pada ketika itu. Sinaran yang telah menerangi kegelapan. Islam yang dibawa berjaya menaikkan maruah dan martabat masyarakat Arab. Kaum perempuan diberikan kedudukan yang lebih baik. Pentadbiran dilaksanakan berteraskan Islam. Kehidupan berdasarkan wahyu dilaksanakan. Masyarakar Arab yang sebelumnya berada dalam kegelapan, telah menjadi pelopor dalam perkembangan Islam di seantero dunia. Terbukti, bahawa Islam boleh membentuk sebuah masyarakat yang bertamadun dan taat perintah Allah.

Hari ini, penghayatan dan pengaplikasian cara hidup Islam dalam masyarakat semakin berkurangan. Pendidikan Islam tidak menjadi acuan dalam membina masyarakat. Remaja contohnya, semakin hari semakin dihimpit dengan gejala kemungkaran. Merempit, meragut, berzina semakin menjadi kegilaan remaja. Remaja yang hamil luar nikah juga semakin meningkat. Kesannya ada bayi-bayi yang tidak berdosa dibuang merata-rata. Ada yang sudah meninggal dunia apabila dijumpai. Betapa kejamnya manusia hari ini. Di mana sifat perikemanusiaan?

Masyarakat perlu kembali kepada nilai-nilai Islam yang sebenar. Bukan hanya Islam pada nama sahaja. Islam perlu digunapakai dan dihayati sepenuhnya. Ibubapa perlu memberikan didikan Islam sedari awal kepada anak-anak mereka. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebunnya.

Anak-anak perlu dididik dengan tegas. Solat perlu dititikberatkan. Anak perlu dirotan jika mereka meninggalkan solat. Sesungguhnya dengan menunaikan solat, maka perkara-perkara mungkar boleh dielakkan. Batas-batas dalam pergaulan juga perlu diperjelaskan kepada anak-anak dan remaja. Biar mereka jelas dan faham batas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.

Anak-anak juga perlu diterangkan mengenai syurga dan neraka. Jika buat baik, maka akan beroleh balasan syurga dan jika sebaliknya maka neraka akan menanti dihujung sana. Kefahaman inilah yang boleh melahirkan anak-anak dan remaja yang soleh dan berhati-hati dalam melayari kehidupan seharian. Entiti soleh ini yang wujud dalam sebuah masyarakat akan melahirkan sebuah masyarakat yang aman harmoni dan diredhai Allah.

Wassalam.

[muka hadapan]

Senarai penuh calon yang layak bertanding di Muktamar PAS

PENGERUSI TETAP
1. Abu Kassim Abdullah
2. Hussain Ismail

TIMBALAN PENGERUSI TETAP
1. Hussain Ismail
2. Ishak Surin
3. Misbahul Munir Masduki
4. Nasuruddin Daud
5. Tengku Puji Tengku Abd Hamid
6. Wan Abdul Rahim Abdullah

PRESIDEN
1. Abdul Hadi Awang

TIMBALAN PRESIDEN
1. Azizan Abdul Razak
2. Haron Din
3. Husam Musa
4. Mohamad Sabu
5. Nasharuddin Mat Isa

NAIB PRESIDEN
1. Ahmad Awang
2. Azizan Abd Razak
3. Mohamad Sabu
4. Harun Taib
5. Hassan Mohd Ali
6. Husam Musa
7. Idris Ahmad
8. Kamaruddin Jaffar
9. Mahfuz Omar
10. Mohd Amar Abdullah
11. Mujahid Yusuf Rawa
12. Nasharuddin Mat Isa
13. Nizar Jamaluddin
14. Salahuddin Ayob
15. Taib Azamuddin Md Taib
16. Tuan Ibrahim Tuan Man

AHLI JAWATANKUASA KERJA
1. Abdul Aziz Yaakob
2. Abdul Ghani Abdul Rahman
3. Abdul Ghani Shamsuddin
4. Abdul Halim Abdul Rahman
5. Abdul Wahab Ismail
6. Abdul Wahid Endut
7. Abdul Rani Osman
8. Abu Bakar Chik
9. Adly Zahari
10. Ahmad Awang
11. Ahmad Rosli Ibrahim
12. Ahmad Yaakob
13. Ahmad Yunus Khairi
14. Aiman Athirah al-Jundi
15. Aminolhuda Hassan
16. Amiruddin Hamzah
17. Anuar Tan Abdullah
18. Asmuni Awi
19. Azizah Khatib Mat
20. Azizan Abdul Razak
21. Azman Shapawi
22. Che Rosli Che Mat
23. Dzulkifli Ahmad
24. Halimah Ali
25. Hamzah Abdullah
26. Hamzah Jaffar
27. Harun Taib
28. Hasan @ Abd Rahman Abd Razak
29. Hassan Mohd Ali
30. Hashim Jasin
31. Hayati Othman
32. Husam Musa
33. Idris ahmad
34. Iskandar Abdul Samad
35. Kamaruddin Jaffar
36. Khairuddin Abdul Malik
37. Khalid Samad
38. Khalil Idham Lim
39. Lo'Lo' Mohd Ghazali
40. Mahfodz Mohamed
41. Mahfuz Omar
42. Mazlan Aliman
43. Mariam Abdul Rashid
44. Misbahul Munir Masduki
45. Mohamad Sabu
46. Mohamad Noor Mohamad
47. Mohamed Hanipa Maidin
48. Mohd Amar Abdullah
49. Mohd Anuar Tahir
50. Mohd Apandi Mohamed
51. Mohd Hatta Ramli
52. Mohd Nasir Mustapha
53. Mohd Taufek Abdul Ghani
54. Mohd Yusof Husin
55. Mujahid Yusuf Rawa
56. Mumtaz Md Nawi
57. Nasharuddin Mat Isa
58. Nasrudin Hassan Thantawi
59. Nasuruddin Daud
60. Nik Abduh Nik Aziz
61. Nik Mazian Nik Mohamad
62. Nik Mohd Zawawi Salleh
63. Nizar Jamaluddin
64. Norazli Musa
65. Nuridah Mohd Salleh
66. Omar Mohamad
67. Othman Sabran
68. Phahrolrazi Mohd Zawawi
69. Rosli Yaakob
70. Sabki Yusof
71. Salahuddin Ayob
72. Sallehen Mukhyi
73. Shaari Sungib
74. Shafie Abu Bakar
75. Siti Mariah Mahmud
76. Siti Zailah Yusuf
77. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi
78. Taib Azamuddin Md Taib
79. Takiyuddin Hassan
80. Tuan Ibrahim Tuan Man
81. Wan Abdul Mutalib Embong
82. Wan Abdul Rahim Wan Abdullah
83. Wan Hasrina Wan Hassan
84. Yusof Embong
85. Zulkefly Mohamad Omar
86. Zulkifli Ahmad

PEMERIKSA KIRA-KIRA
1. Ali Maidin
2. Ishak Surin
3. Khalid Samad
4. Khalil Idham Lim
5. Mohd Rashidi Hassan
6. Mohd Taulan Rasul
7. Musanif Abd Rahman
8. Muzammil Hafizd
9. Syed Mohamed Syed Hassan

[muka hadapan]

MILLIONS CRIED AFTER WATCHING THESE PICTURES

The Love Story of Swallow - Kisah Cinta Burung Layang-Layang

Here the swallow’s wife is injured and the condition is fatal. She was hit by a car as she swooped low across the road.




Here he brought her food and attended to her with love and compassion




He brought her food again but was shocked to find her dead. He tried to move her….a rarely - seen effort for swallows!




Aware that his sweetheart is dead and will never come back to him again, he cries with adoring love.




He stood beside her, saddened of her death




Finally aware that she would never return to him, he stood beside her body with sadness and sorrow.




Millions of people cried after watching these pictures. It is said that the photographer sold these pictures for a nominal fee to the most famous newspaper in France . All copies of that newspaper were sold out on the day these pictures were published.

Kesimpulan :
Alangkah indahya dunia ini jika setiap insan berhubung mesra dan berkasih sayang antara satu sama lain.


[muka hadapan]

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi perlu diwujudkan semula

Perdana Menteri yang baru, YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak dalam pengumuman kabinet yang lalu, telah membebarkan Kementarian Pembangunan Usahawan dan Operasi dan fungsi kementerian tersebut telah diserapkan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Dua organisai besar di bawah MeCD sebelum ini ialah MARA dan Tekun.

Ramai mengeluarkan pendapat menyatakan ketidakpausan hati di atas pemansuhan MeCD. Mara dan Tekun yang berada di bawah MeCD , berperanan besar dalam melehairkan usahawan-usahawan melayu. Ini terbukti apabila ramai usahawan-usahawan yang medapatkan khidmat Mara dari sudut nasihat dan pinjaman bagi memajukan sesebuah perniagaan. Begitu juga dengan Tekun, penduduk yang berada diluar bandar contohnya, banyak menggunakan khidmat Tekun dalam membantu meningkatkan aktiviti perniagaan mereka.

MeCD perlu diadakan semula. Seorang menteri dan timbalan menteri diperlukan untuk menggerakkan MeCD bagi membatu menaikkan usahawan-usahawan dikalangan orang melayu. Yang menjadi kerisuan ramai pihak ialah, jika MeCD diserap di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar, tumpuan kementerian ke atas Mara dan Tekun mengecil dan sekaligus akan meyebabkan usahawan-usahawan melayu terabai.

Hari ini, ramai mahasiswa-mahasiswa yang lahir dari institusi pengajian tinggi amat berminat menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Terutama dalam keadaan ketiadaan pekerjaan pada ketika ini. Mahasiswa yang terdiri dari golongan muda perlu dibantu bagi memudahkan mereka membuka perniagaan. Perananan besar MeCD amat ditagih dalam membantu golongan ini. Jika ramai usahawan dilahrkan, pada masa yang sama negara akan dapat menfaatnya tertutama dengan wujudnya pelung-peluang pekerjaan.

Dalam pilihanraya yang baru berlalu, iaitu di Bukit Gantang dan bukit Selambau, di mana ramai berpendapat bahawa golongan muda yang menjadi faktor kekalahan BN di kedua-dua kawasan tersebut. Justeru itu, kerajaan tidak boleh mengabaikan golongan ini. Golongan muda perlu diberikan perhatian jika kerajaan BN ingin mengekalkan kuasa selepas pilihanraya 2013 nanti. Dengan adanya MeCD, golongan muda boleh dibantu. Mungkin dengan itu, kerajaan akan dapat menarik sokongan generasi muda dan seterusnya memberikan kelebihan kepada kerajaan BN dalam berdepan pilihanraya 2013 nanti.

Pihak kerajaan akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai MeCD tidak berapa lama lagi. Diharapkan semoga sebarang keputusan yag dibuat akan memberikan kelebihan kepada golongan usahawan melayu.

[muka hadapan]

CALON BEBAS HIASI PILIHANRAYA KECIL BUKIT SELAMBAU

Pilihanraya Kecil DUN Bukit Selambau telah mencatat sejarah yang tersendiri apabila 13 calon bebas telah mandaftar untuk bertanding dalam pilihanraya ini. Calon Pakatan Rakyat dari PKR S.Manikumar akan ditentang oleh calon BN Datul S.Ganesa dan 13 calon bebas yang lain. alon-calon bebas yang akan bertanding mengikut logo yang akan digunakan ialah R.Loganathan (Kelapa Sawit), Tan Hock Huat (Kunci), Radzi Md Lazim (Kerusi), Mohd Fadzil Wahab (Kepala Harimau),Abdul Rahim Abu (Jam),L Sarala (Basikal),A. Jayagopal (Payung), S Moganakumar (Buku),Khamis Awang (Ayam Jantan), Husaini Yaakob (Bas),Michael Venason (Ikan), Anwar Abd Hamid (Telefon) dan T Chandrarajan (Kapal Terbang).

Pada pilihanraya yang lepas, Arumugam yang merupakan calon bebas telah memenangi kerusi Dun Bukit Selambau. Arumugam kemudiannya telah memilih untuk menyertai PKR dam seterusnya dilantik sebagai salah seorang exco kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah. Besar kemungkinan, kehadiran ramai calon bebas adalah untuk mencuba nasib setelah Arumugam memenangi kerusi tersebut tanpa mewakili mana-mana parti. Tapi kemungkinan lain yang perlu dilihat ialah, kehadiran mereka ini akan memecahkan undi calon Pakatan Rakyat. Ini bermakna, berkemungkinan juga mereka-mereka ini telah dihantar oleh Kerajaan BN dan bertanding atas tiket bebas.

Walau dengan kehadiran ramai calon bebas, BN dilihat sukar untuk memenangi kerusi DUN Bukit Selambau. Fenomena politik dalam negara pada ketika ini lebih memihak kepada Pakatan Rakyat. Tambahan pula apabila Najib telah dipilih sebagai presiden UMNO yang baru. Najib amat tidak disukai rakyat. Kes wartawan luar negara yang melaporkan Najib terlibat dengan kes pembunuhan altantuya, masih belum dijawab oleh Najib.

Rakyat telah mengajar keangkuhan UMNO di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, hari ini, di Bukit Selambu, Bukit Gantang dan Batang AI, sekali rakyat akan menunjukkan taring. Rakyat akan menumbangkan BN dan memenangkan Pakatan Rakyat. Hidup Rakyat!

YAB Tuan Guru Nik Abd Aziz - Blog Tok Guru

Assalamualaikum.

Salam ukhwah fillah. Tanggal 26 Mac 2009 bertempat di ruang lebar KB Mall, Kota Bharu, YAB Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz telah melancarkan wifi Aptus Net. Aptus net ialah wifi yang dibangunkan oleh oleh anak syarikat PKINK yang meliputi beberapa kawasan di Kota Bharu. Oleh yang demikian, sesiapa yang berada dalam liputan Aptus Net, boleh menggunakan rangkaian tersebut menggunakan kad akses yang diedarkan secara percuma.

Dalam ucapannya, YAB Tuan Guru menyatakan betapa pentingnya percambahan pemikiran yang positif oleh rakyat. Rakyat tidak boleh disekat daripada memperoleh maklumat yang tepat. Jika rakyat disekat, maka rakyat akan menjadi bodoh dan tidak berkembang maju.

Baru-baru ini, Kerajaan BN telah menggantung penerbitan Harakah selama tiga bulan. Ia merupakan langkah yang tidak betul. Langkah yang menyekat kebebasan media. Sebagai sebuah kerajaan yang memerintah, BN sepatutnya lebih telus dan terbuka. Bukan dengan mengambil jalan pintas mengharamkan penerbitan Harakah semata-mata untuk menjaga survival BN.

Semasa pelancaran Aptus Net ini juga, YAB Tuan Guru telah melancarkan blognya sendiri iaitu Blog Tok Guru. Dengan adanya blog dua versi iaitu Bahasan Melayu dan Jawi ini, Tuan Guru berharap buah fikiran dan pandangannya akan dapat menjadi rujukan masyrakat Islam di luar sana.

Jom kita ke Blog Tok Guru. Terima kasih.

HARAKAH DIHARAMKAN?

“Harakah kena gantung? Betul ke?”, satu pertanyaan terkeluar dari mulut saya bila dimaklumkan mengenai penggantungan lidah rasmi Parti Islam Semalaysia (PAS). Saya terus balik untuk layari internet bagi mendapatkan maklumat-maklumat yang berkaitan. Rupa-rupanya bukan Harakah sahaja yang diharamkan, tapi Suara Keadilan juga.

BN cuba mewujudkan situasi sukar kepada Pakatan Rakyat dengan mengharamkan kedua-dua akhbar berkenaan. Mereka cuba menyembukan maklumat-maklumat sebenar kepada rakyat. Pihak KDN yang diarah mengharapkan Harakah tidak dapat memberikan maklumat jelas faktor pengharaman berkenaan. Walaupun hanya 3 bulan, tapi ia satu keputusan yang sangat dasyat yang dihadapi Harakah sejak ia diterbitkan.

Pengharaman Harakah ini menunjukkan bahawa media BN sudah tidak mampu meracuni fikiran rakyat. Rakyat sudah muah dengan laporan-laporan songsang media BN. Sebab itu BN haramkan harakah. Kerana Harakah rujukan rakyat pada masa ini. Tambahan pula, jumlah penebitan harakah semakin meingkat dek kerana sambutan yang sangat tinggi oleh rakyat.

BN cukup gusar untuk menghadapi 3 pilihanraya kecil April ni. BN takut kalah. BN mesti menang. Imej Najib mesti dipulihkan. Najib yang terpalit dengan pelbagai kes memalukan, perlu menang dalam pertarungan ini. Pengharaman Harakah adalah langkah pertama, selepas ni mungkin ada lagi tindakan yang diluar batas pemikiran manusia normal akan diambil oleh BN.

Walau apa jua tindakan diambil kerajaan BN, ia tidak akan mengubah pendirian rakyat. Rakyat akan mengajar keangkuhan BN. Rakyat akan menguburkan BN di ketiga-tiga pilihanraya nanti.

Pengharaman Harakah tidak memudarkan usahan Pakatan Rakyat untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat. PAS perlu memanfaatkan Harakahdaily.net sepenuhnya. Pada ketika ini, rakyat lebih yakin dengan berita-berita online berbanding berita tv3, RTM, Utusan dan lain-lain. Semua blogger pakatan rakyat perlu mempergiatkan usaha menyebarkan maklumat kepada rakyat.

Ramai guru sakit jiwa

Oleh SITI NOR AFZAN KASIMAN
nor.afzan@kosmo.com.my

Profesion perguruan terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami tekanan mental.


Pesakit mental terpaksa berjumpa pakar psikiatri secara berkala.

BEBANAN kerja sebagai guru semakin kompleks kerana selain mengajar, mereka juga terpaksa menyediakan soalan-soalan peperiksaan dari semasa ke semasa, mengisi buku kedatangan, buku disiplin dan ringkasan mengajar, borang kesihatan dan rekod kemajuan murid, kelab dan persatuan, serta mengendalikan persiapan hari sukan.

Justeru, guru-guru dikatakan terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami tekanan sehingga boleh membawa kepada penyakit mental yang serius seperti bipolar, kebimbangan melampau dan kemurungan.

Kajian oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendapati 70 peratus daripada 9,000 guru di seluruh negara tertekan bukan sahaja kerana beban tugas tetapi juga terpaksa berdepan dengan kerenah pengetua, kerani, ibu bapa dan juga pelajar.

Bagi Noreha (bukan nama sebenar), selain terpaksa berdepan dengan masalah rumah tangga, dia turut tertekan dengan kerenah pengetua sekolah tempatnya bertugas.

Guru berusia 46 tahun itu yang ditemui di Wad Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) berkata, dek kerana tekanan, dia sering diketepikan dalam pelbagai aktiviti sekolah.

"Sebelum ini saya memang sudah mengalami tekanan. Pengetua pula selalu mempertikaikan cuti yang saya pohon sedangkan surat daripada doktor disertakan.

"Bila kerja semakin bertambah, dicampur pula dengan tekanan daripada orang atas dan kerenah anak-anak, saya semakin runsing," katanya.

Noreha yang merupakan penanda kertas peperiksaan Matematik untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) memberitahu, dia sebenarnya seronok menjadi guru.

"Saya memang suka mengajar, lebih-lebih lagi apabila murid banyak bertanya dan cemerlang dalam peperiksaan. Tetapi keadaan sekeliling seperti pengurusan sekolah dan rakan sejawatan banyak memberi tekanan.

"Ada juga yang faham keadaan saya, tetapi lebih ramai yang mengatakan saya gila. Mereka tidak faham mengapa saya perlu cuti untuk pergi berjumpa pakar psikiatri. Mereka juga anggap saya terlalu ikutkan perasaan," jelasnya.


HARAPAN yang tinggi terhadap keputusan peperiksaan pelajar turut memberi tekanan kepada golongan guru.

Noreha yang berasal dari Pulau Pinang tidak menafikan pihak sekolah ada memberi pelepasan kepadanya tetapi apa yang menyesakkan fikirannya ialah cutinya sering menjadi buah mulut orang.

Ada yang mendakwa Noreha sengaja menjadikan tekanan yang dialaminya sebagai alasan untuk bercuti.

"Secara fizikalnya saya memang sihat, tetapi dalaman saya berkecamuk. Saya bukan buat-buat sakit. Ikutkan hati, saya tak mahu masuk hospital dan tinggalkan keluarga dan kerjaya saya," katanya.

Ibu kepada dua orang anak ini juga memberitahu, dia cuba untuk mengawal perasaannya daripada terus tertekan, tetapi adakalanya semakin dia cuba untuk tenang, semakin agresif pula jadinya.

"Kadang-kadang saya tak rasa tertekan. Saya rasa sihat, tetapi orang sekeliling tak anggap begitu, mereka mula sorokkan pisau. Kebelakangan ini saya kerap dimasukkan ke wad berbanding dulu," katanya.

Kerja tujuh hari seminggu

Berbeza dengan Norehan, akibat terbeban dengan kerja sebagai guru JQAF, Zaimah Mishan, 42, pernah mengalami sakit jiwa.

Dia yang mengajar sekolah aliran agama tidak mampu untuk menanggung beban tersebut lebih-lebih lagi banyak masa dihabiskan di sekolah berbanding bersama keluarga.

"Saya pernah mengalami masalah jiwa iaitu kecelaruan bipolar sehingga saya tidak mampu mengajar. Enam bulan saya dirawat dan direhatkan.

"Ramai melihat guru JQAF tidak banyak kerja memandangkan mereka hanya mengajar agama tidak seperti sekolah aliran kebangsaan. Namun, mereka juga dibebani dengan komitmen luar," katanya.

Zaimah yang pernah mengajar di beberapa buah sekolah berkata, ada pengurusan sekolah yang memahami tanggungjawab guru JQAF namun ada juga sekolah yang menyamakan guru JQAF seperti guru-guru lain.

"Semasa saya mengajar di sekolah A, saya pernah bekerja tujuh hari seminggu, dari pagi hinggalah petang sampaikan tiada masa untuk suami dan anak-anak.

"Hari Isnin hingga Jumaat, saya mengajar seperti biasa. Kadang-kadang saya diminta menggantikan guru lain mengajar subjek bukan aliran JQAF.

"Hari Sabtu pula, ada kegiatan kokurikulum yang mana semua guru terlibat dan hari Ahad pula saya selaku guru JQAF diwajibkan terlibat dalam Kem Bestari Solat," katanya.

Menurut Zaimah, beban terlalu berat yang tidak dipantau oleh pegawai yang sepatutnya itu ternyata memberi kesan kepada guru-guru JQAF.

"Kami terbeban, tersepit, letih, dan hampir kena mental block. Masa yang ada untuk berehat ialah waktu malam, itu pun kami terpaksa bawa pulang buku latihan murid-murid untuk ditanda.

"Itu tidak termasuk kursus atau kertas kerja yang perlu dibereskan untuk aktiviti gerak kerja," katanya.

Zaimah yang baru lima bulan mengajar semula selepas bercuti panjang menjelaskan, keadaan dirinya ketika 'sakit' dahulu bertambah teruk lebih-lebih lagi apabila suaminya berkahwin lain dan anak-anak enggan berjumpa dengannya.

"Bila saya tertekan dengan kerja, suami kata dia nak kahwin lain dengan alasan saya terlalu sibuk dengan kerja. Keadaan saya bertambah teruk waktu itu.

"Bila sakit saya datang, anak-anak tidak mahu dekat dengan saya. Hanya keluarga saya yang datang memberi sokongan untuk saya jalani terapi dan rawatan di hospital.

"Selepas bercuti lama, saya mengajar di sekolah lain. Alhamdulillah, selepas menjalani rawatan dan sesi kaunseling, saya sudah boleh mengawal tekanan di tempat kerja. Suami dan anak-anak pula sudah kembali pada saya," katanya.

Berisiko mendapat penyakit kritikal

MENURUT Pakar Perunding Kanan Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof. Nor Zuraida Zainal, setiap tahun dianggarkan 22,000 pesakit mendapatkan rawatan di klinik dan wad psikiatri hospital berkenaan. Kira-kira 10 peratus daripada mereka terdiri daripada golongan guru.

NOR ZURAIDA

“Guru sekarang tidak seperti guru zaman dahulu. Guru sekarang terbeban kerana banyak tugasan baru yang perlu dilaksanakan selain mengajar.

“Di samping sibuk dengan aktiviti persatuan, panitia, kelab, rumah sukan, kursus dan gerak kerja luar sekolah, guru-guru juga perlu berdepan dengan tekanan lain.

“Mereka turut berhadapan dengan perangai pelajar dan kerenah ibu bapa serta pengetua yang sentiasa menaruh harapan tinggi untuk melahirkan pelajar cemerlang dalam peperiksaan,” katanya.

Ramai ibu bapa, tidak kira di bandar atau di luar bandar, masih menganggap bahawa sekolah dan pusat tuisyen ialah tempat untuk mendidik anak mereka dan menyerahkan tanggungjawab itu sepenuhnya kepada guru.

Apabila ada anak yang gagal, sesetengah ibu bapa terus menuding jari kepada guru sedangkan kejayaan para pelajar tidak hanya bergantung kepada pengajaran di sekolah.

Bercakap mengenai gejala tekanan yang sering dialami oleh pesakit-pesakitnya yang juga guru, Nor Zuraida memberitahu, kebanyakan mereka menghidap kecelaruan bipolar iaitu kewujudan pelbagai karakter yang berlawanan dengan keadaan guru terbabit sebelumnya. Ini diikuti kebimbangan melampau dan kemurungan.

“Mereka yang mengalami kecelaruan bipolar nampak sihat seperti biasa, malah pada tahap hipoaktif, mereka menjadi rajin dan produktif dalam melakukan sebarang kerja walaupun tidak mempunyai waktu rehat yang cukup.

“Tetapi kerja yang dilakukan tidak pernah habis dan ini yang mendatangkan sangsi kepada orang di sekeliling mereka,” katanya.

Tiga faktor utama yang menyebabkan tekanan ialah keturunan, faktor sekeliling seperti kerja dan jaringan sosial seperti keluarga, rakan-rakan dan masyarakat.

Sekiranya terdapat keturunan yang mempunyai masalah jiwa, risiko untuk guru mendapat tekanan menjadi lebih tinggi.

Malah, jelas Nor Zuraida, guru yang tertekan berisiko empat kali ganda lebih tinggi untuk mendapat penyakit kritikal seperti sakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan buah pinggang.
“Tanda-tanda awal penyakit ini bermula dengan kemurungan. Guru akan mula hilang tumpuan mengajar, bosan, pendiam dan jika berlarutan mereka tidak mampu lagi untuk mengajar dan melakukan aktiviti harian.

“Sekiranya wujud keadaan-keadaan seperti ini, pihak pengurusan sekolah perlu memahami dan membantu guru berkenaan dengan mengurangkan waktu dan kelas mengajar serta memberi kelonggaran untuk menjalani terapi dan kaunseling,” jelas Nor Zuraida.

ISU 12 HARI : AIB USAH DIHEBOHKAN

Apabila disebut Isu 12 Hari, tergambar dalam benak pemikiran masing-masing mengenai satu isu yang begitu hangat diperkatakan. Isu penceraian jaguh badminton negara, Roslin Hashim dan isterinya menjadi buah mulut orang. Saluran media, bercetak mahupun elektronik begitu ligat mencari berita dan membongkarkan cerita yang tersembunyi di sebalik isu yang berlaku.

Perkahwinan yang bertahan selama 12 hari menimbulkan tanggapan negatif dari pelbagai pihak dan orang ramai. Ia berjaya menjadi buah mulut orang. Ada segolongan kata, pihak isteri yang bersalah. Ada segolongan yang lain pulak kata, Roslin yang tidak sabar dan tidak memberikan peluang kepada si isteri. Apabila berlaku demikian, bekas suami dan isteri ini masing-masing mengeluarkan kenyataan untuk mempertahankan diri masing. Ada yang diundang ke stesyen TV untuk membuat penjelasan. Ditambah pulak dengan kenyataan panas Raja Azmi, pihak ke tiga yang dikaitkan dengan masalah pencreraian ini. Hari semakin hari, isu ini bertambah panas. Semakin rumit untuk difahami. Semakin sukar untuk mencari siapa yang bersalah. Tapi orang ramai, mereka sudah mula menghukum siapa yang bersalah, sebelum mahkamah memutuskan.

Usahlah dipanjang aib ini. Ini satu keaiban. Mengaibkan nama kedua-dua bekas mempelai. Mengaibkan keluarga kedua-dua belah pihak. Biar mahkamah yang menentukan. Jangan mengkerohkan lagi keadaan. Islam tidak membenarkan aib orang lain didedahkan. Apatah lagi bekas suami dan bekas isteri sendiri. Yang penting, perkara sudah berlaku. Roslin dan bekas isteri perlu memuhasabah diri. Renung mengenai diri masing-masing. Mungkin ada jalan penyelesaian. Mungkin ikatan perkaitan boleh ditautkan kembali. Mungkin? Mana mungkin jika media terus memanaskan isu yang tidak sewajarnya dipanaskan dan bertindak seolah-olah melaga-lagakan.

Akad yang dilafaz membawa maksud yang sangat besar. Ia juga memberikan satu bebanan berat kepada suami untuk menjaga dan membimbing isteri. Jangan perkara kecil diperbesarkan. Jangan ingat penceraian ialah jalan terbaik. Penceraian ialah jalan terakhir. Perkahwinan perlukan kesabaran, perlu kepada tolak ansur, perlukan kasih sayang, perlukan keihklasan, keharmonian dan sebagainya. Perkahwinan yang berteras kepada agama dan kepatuhan kepada Allah dan Rasul, akan melahirkan generasi yang terbaik, generasi yang bertaqwa.

“HARI INI JIKA KITA MENUTUP AIB SAUDARA KITA, NESCAYA ALLAH AKAN MENUTUP AIB KITA DIAKHIRAT”

Wacana Perdana : Ahli Parlimen Batu Pahat tarik diri

Wacana Perdana berkaitan Rukun Negara yang akan diadakan pada hari Sabtu 14 April ini menyaksikan penarikan diri salah seorang daripada ahli panelnya. Panelis yang saya maksudkan ialah Ahli Parlimen Batu Pahat, YB Dr Mohd Puad Zarkashi. Penarikan diri beliau berkemungkinan berpunca daripada tekanan dari pihak-pihak tertentu terutama apabila BN akan berdepan dengan beberapa pilihanraya pada bulan April nanti. Dr Puad adalah Ahli Parlimen yang cukup lantang dalam parlimen.

Walaubagaimanapun, pihak penganjur tetap berusaha untuk mendapatkan pengganti yang sesuai dan berani berada di pentas wacana berkenaan. Tapi siapa yang berani? sejantan-jantan YB Batu Pahat pun terpaksa tarik diri dari program ini. Kepada seluruh rakyat Kelantan, jom bersama-sama memeriahkan wacana perdana 14 April ni jam 9.00 malam. Takbirr!!

Wacana Perdana : Rukun Negara Didaulat atau Dicabar

TARIKH : 14 MAC 2009
HARI : SABTU
MASA : 9.00 MALAM
---------------------------------------------------------------
PANELIS :
YB DR MOHD PUAD ZARKASHI
Ahli Parlimen Batu Pahat
YB SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Ahli Parlimen Machang
PROF MADYA DR ABU HASAN HASBULLAH
Universiti Malaya

Moderator
PROF MADYA DR MOHAMAD AGUS YUSOF
Universiti Kebangsaan Malaysia

Tempat

BALAI ISLAM LUNDANG

SEMUA DIJEMPUT HADIR

Himpunan 100 ribu bantah PPSMI

Rakyat sudah mula muak. Apabila pandangan demi pandangan dikemukakan kepada pihak kerajaan, perihal PPSMI yang tidak menguntungkan. PPSMI tidak menguntung pelajar terutama pelajar yang berada di luar bandar. Di Jepun, bahasa jepun menjadi bahasa pengantar utama dalam system pendidikan mereka. Jepun boleh maju dan setanding dengan Negara-negara barat. Toyota, Honda dan banyak jenama-jenama hebat yang lain lahir di Jepun. Jepun menggunakan bahasa ibunda mereka sendiri dalam sistem pendidikan, tapi mereka boleh berkembang maju. Hujah pihak tertentu yang mengatakan bahawa dengan menguasai Bahasa Inggeris sahaja kemajuan dapat dicapai adalah tidak tepat.

Selepas desakan dibuat, memorandum dihantar, perbincangan diadakan, namun semuanya tidak mengubah pendirian kerajaan Malaysia yang ada pada hari ini untuk menghaspukan PPSMI. Pandangan daripada ahli Akademik dibakulsampahkan. Kajian ilmiah yang dikemukakan sebagai hujah menunjukkan keburukan PPSMI, semuanya tidak diendahkan. Maka lahir satu gabungan yang dipelopori oleh ahli bahasa dan didokong oleh parti Politik yang dikenali sebagai Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP). Roadshow diadakan diseluruh Negara, mengajak rakyat memberikan sokongan kepada perjuangan GMP. Sasterawan Negara, A.Samad Said mengajak rakyat menolak Kerajaan Barisann Nasional melalui pilihanraya yang akan dating. Khalid Saleh pula berpendapat hanya PAS yang layak menggantikan BN yang mana BN sudah tidak releven lagi memimpin Negara Malaysia. BN mengkhianati rakyat. BN memporakperandakan Negara.

Ayuh, seluruh rakyat Malaysia! Marilah bersama-sama kita berhimpun di hadapan Istana Negara. Perhimpunan 100 ribu rakyat membantah PPSMI. Bukan sahaja 100 ribu, mungkin dengan kehadiran saudara-saudara akan mencecah 1 juta orang.

YB Mejar (B) Anizam Abd Rahman - Silat

Plug Ins AlQuran for Ms-Word Ver. 1.3

Salah ukhwah. Sudah lama software ini digunapakai bersama Microsoft Word. Tapi ramai lagi yang tidak menyedari adanya software ini. Plug Ins Al-Quran ini memudahkan kita untuk mendapatkan ayat al-Quran dalam mana-mana surah dan terus paparkannya ke dalam Micosoft Word. Bukan itu sahaja, terjemahan pun ada sekali. Sila download di sini. Terima kasih.

Kajian sains: Solat rawat penyakit kritikal

HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.

Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas - Aktiviti Otot

Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan.

Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.

"Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,"katanya.

Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh.

Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenal pasti otot yang aktif ketika solat.

Ng Siew Chok - Isyarat Otak

Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.

"Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang," katanya

Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.

"Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,"katanya.

Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.

Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.

Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.

Dr Fatimah Ibrahim - Komposisi Tubuh

Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.

Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.

"Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,� katanya.

Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.

Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.

Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasullullah bersabda: Sesungguhnya solat berjemaah adalah 27 kali ganda lebih afdal daripada solat bersendirian. (Riwayat Imam Malik, Bukhari dan Muslim).

"Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.

"Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,"katanya.

Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.

Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.

Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.

Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.

Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.

Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.

"Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,"katanya.

Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.

Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.

"Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,"katanya.

Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit

Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.

"Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus," katanya.

Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung.

Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.-end-

(Artikel ini dipetik daripada tulisan Ziauddin Sharuddin dalam laman web berita harian, untuk panduan dan rujukan umat Islam berhubung manfaat dan fadhilat solat )

EKSPEDISI MENDAKI GUNUNG SETONG



Designer: FThemes.com | Converter: Blogger Themes & Blogger Templates
Flippa