Archive for 03/01/2009 - 04/01/2009

CALON BEBAS HIASI PILIHANRAYA KECIL BUKIT SELAMBAU

Pilihanraya Kecil DUN Bukit Selambau telah mencatat sejarah yang tersendiri apabila 13 calon bebas telah mandaftar untuk bertanding dalam pilihanraya ini. Calon Pakatan Rakyat dari PKR S.Manikumar akan ditentang oleh calon BN Datul S.Ganesa dan 13 calon bebas yang lain. alon-calon bebas yang akan bertanding mengikut logo yang akan digunakan ialah R.Loganathan (Kelapa Sawit), Tan Hock Huat (Kunci), Radzi Md Lazim (Kerusi), Mohd Fadzil Wahab (Kepala Harimau),Abdul Rahim Abu (Jam),L Sarala (Basikal),A. Jayagopal (Payung), S Moganakumar (Buku),Khamis Awang (Ayam Jantan), Husaini Yaakob (Bas),Michael Venason (Ikan), Anwar Abd Hamid (Telefon) dan T Chandrarajan (Kapal Terbang).

Pada pilihanraya yang lepas, Arumugam yang merupakan calon bebas telah memenangi kerusi Dun Bukit Selambau. Arumugam kemudiannya telah memilih untuk menyertai PKR dam seterusnya dilantik sebagai salah seorang exco kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah. Besar kemungkinan, kehadiran ramai calon bebas adalah untuk mencuba nasib setelah Arumugam memenangi kerusi tersebut tanpa mewakili mana-mana parti. Tapi kemungkinan lain yang perlu dilihat ialah, kehadiran mereka ini akan memecahkan undi calon Pakatan Rakyat. Ini bermakna, berkemungkinan juga mereka-mereka ini telah dihantar oleh Kerajaan BN dan bertanding atas tiket bebas.

Walau dengan kehadiran ramai calon bebas, BN dilihat sukar untuk memenangi kerusi DUN Bukit Selambau. Fenomena politik dalam negara pada ketika ini lebih memihak kepada Pakatan Rakyat. Tambahan pula apabila Najib telah dipilih sebagai presiden UMNO yang baru. Najib amat tidak disukai rakyat. Kes wartawan luar negara yang melaporkan Najib terlibat dengan kes pembunuhan altantuya, masih belum dijawab oleh Najib.

Rakyat telah mengajar keangkuhan UMNO di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, hari ini, di Bukit Selambu, Bukit Gantang dan Batang AI, sekali rakyat akan menunjukkan taring. Rakyat akan menumbangkan BN dan memenangkan Pakatan Rakyat. Hidup Rakyat!

YAB Tuan Guru Nik Abd Aziz - Blog Tok Guru

Assalamualaikum.

Salam ukhwah fillah. Tanggal 26 Mac 2009 bertempat di ruang lebar KB Mall, Kota Bharu, YAB Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz telah melancarkan wifi Aptus Net. Aptus net ialah wifi yang dibangunkan oleh oleh anak syarikat PKINK yang meliputi beberapa kawasan di Kota Bharu. Oleh yang demikian, sesiapa yang berada dalam liputan Aptus Net, boleh menggunakan rangkaian tersebut menggunakan kad akses yang diedarkan secara percuma.

Dalam ucapannya, YAB Tuan Guru menyatakan betapa pentingnya percambahan pemikiran yang positif oleh rakyat. Rakyat tidak boleh disekat daripada memperoleh maklumat yang tepat. Jika rakyat disekat, maka rakyat akan menjadi bodoh dan tidak berkembang maju.

Baru-baru ini, Kerajaan BN telah menggantung penerbitan Harakah selama tiga bulan. Ia merupakan langkah yang tidak betul. Langkah yang menyekat kebebasan media. Sebagai sebuah kerajaan yang memerintah, BN sepatutnya lebih telus dan terbuka. Bukan dengan mengambil jalan pintas mengharamkan penerbitan Harakah semata-mata untuk menjaga survival BN.

Semasa pelancaran Aptus Net ini juga, YAB Tuan Guru telah melancarkan blognya sendiri iaitu Blog Tok Guru. Dengan adanya blog dua versi iaitu Bahasan Melayu dan Jawi ini, Tuan Guru berharap buah fikiran dan pandangannya akan dapat menjadi rujukan masyrakat Islam di luar sana.

Jom kita ke Blog Tok Guru. Terima kasih.

HARAKAH DIHARAMKAN?

“Harakah kena gantung? Betul ke?”, satu pertanyaan terkeluar dari mulut saya bila dimaklumkan mengenai penggantungan lidah rasmi Parti Islam Semalaysia (PAS). Saya terus balik untuk layari internet bagi mendapatkan maklumat-maklumat yang berkaitan. Rupa-rupanya bukan Harakah sahaja yang diharamkan, tapi Suara Keadilan juga.

BN cuba mewujudkan situasi sukar kepada Pakatan Rakyat dengan mengharamkan kedua-dua akhbar berkenaan. Mereka cuba menyembukan maklumat-maklumat sebenar kepada rakyat. Pihak KDN yang diarah mengharapkan Harakah tidak dapat memberikan maklumat jelas faktor pengharaman berkenaan. Walaupun hanya 3 bulan, tapi ia satu keputusan yang sangat dasyat yang dihadapi Harakah sejak ia diterbitkan.

Pengharaman Harakah ini menunjukkan bahawa media BN sudah tidak mampu meracuni fikiran rakyat. Rakyat sudah muah dengan laporan-laporan songsang media BN. Sebab itu BN haramkan harakah. Kerana Harakah rujukan rakyat pada masa ini. Tambahan pula, jumlah penebitan harakah semakin meingkat dek kerana sambutan yang sangat tinggi oleh rakyat.

BN cukup gusar untuk menghadapi 3 pilihanraya kecil April ni. BN takut kalah. BN mesti menang. Imej Najib mesti dipulihkan. Najib yang terpalit dengan pelbagai kes memalukan, perlu menang dalam pertarungan ini. Pengharaman Harakah adalah langkah pertama, selepas ni mungkin ada lagi tindakan yang diluar batas pemikiran manusia normal akan diambil oleh BN.

Walau apa jua tindakan diambil kerajaan BN, ia tidak akan mengubah pendirian rakyat. Rakyat akan mengajar keangkuhan BN. Rakyat akan menguburkan BN di ketiga-tiga pilihanraya nanti.

Pengharaman Harakah tidak memudarkan usahan Pakatan Rakyat untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat. PAS perlu memanfaatkan Harakahdaily.net sepenuhnya. Pada ketika ini, rakyat lebih yakin dengan berita-berita online berbanding berita tv3, RTM, Utusan dan lain-lain. Semua blogger pakatan rakyat perlu mempergiatkan usaha menyebarkan maklumat kepada rakyat.

Ramai guru sakit jiwa

Oleh SITI NOR AFZAN KASIMAN
nor.afzan@kosmo.com.my

Profesion perguruan terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami tekanan mental.


Pesakit mental terpaksa berjumpa pakar psikiatri secara berkala.

BEBANAN kerja sebagai guru semakin kompleks kerana selain mengajar, mereka juga terpaksa menyediakan soalan-soalan peperiksaan dari semasa ke semasa, mengisi buku kedatangan, buku disiplin dan ringkasan mengajar, borang kesihatan dan rekod kemajuan murid, kelab dan persatuan, serta mengendalikan persiapan hari sukan.

Justeru, guru-guru dikatakan terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami tekanan sehingga boleh membawa kepada penyakit mental yang serius seperti bipolar, kebimbangan melampau dan kemurungan.

Kajian oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendapati 70 peratus daripada 9,000 guru di seluruh negara tertekan bukan sahaja kerana beban tugas tetapi juga terpaksa berdepan dengan kerenah pengetua, kerani, ibu bapa dan juga pelajar.

Bagi Noreha (bukan nama sebenar), selain terpaksa berdepan dengan masalah rumah tangga, dia turut tertekan dengan kerenah pengetua sekolah tempatnya bertugas.

Guru berusia 46 tahun itu yang ditemui di Wad Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) berkata, dek kerana tekanan, dia sering diketepikan dalam pelbagai aktiviti sekolah.

"Sebelum ini saya memang sudah mengalami tekanan. Pengetua pula selalu mempertikaikan cuti yang saya pohon sedangkan surat daripada doktor disertakan.

"Bila kerja semakin bertambah, dicampur pula dengan tekanan daripada orang atas dan kerenah anak-anak, saya semakin runsing," katanya.

Noreha yang merupakan penanda kertas peperiksaan Matematik untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) memberitahu, dia sebenarnya seronok menjadi guru.

"Saya memang suka mengajar, lebih-lebih lagi apabila murid banyak bertanya dan cemerlang dalam peperiksaan. Tetapi keadaan sekeliling seperti pengurusan sekolah dan rakan sejawatan banyak memberi tekanan.

"Ada juga yang faham keadaan saya, tetapi lebih ramai yang mengatakan saya gila. Mereka tidak faham mengapa saya perlu cuti untuk pergi berjumpa pakar psikiatri. Mereka juga anggap saya terlalu ikutkan perasaan," jelasnya.


HARAPAN yang tinggi terhadap keputusan peperiksaan pelajar turut memberi tekanan kepada golongan guru.

Noreha yang berasal dari Pulau Pinang tidak menafikan pihak sekolah ada memberi pelepasan kepadanya tetapi apa yang menyesakkan fikirannya ialah cutinya sering menjadi buah mulut orang.

Ada yang mendakwa Noreha sengaja menjadikan tekanan yang dialaminya sebagai alasan untuk bercuti.

"Secara fizikalnya saya memang sihat, tetapi dalaman saya berkecamuk. Saya bukan buat-buat sakit. Ikutkan hati, saya tak mahu masuk hospital dan tinggalkan keluarga dan kerjaya saya," katanya.

Ibu kepada dua orang anak ini juga memberitahu, dia cuba untuk mengawal perasaannya daripada terus tertekan, tetapi adakalanya semakin dia cuba untuk tenang, semakin agresif pula jadinya.

"Kadang-kadang saya tak rasa tertekan. Saya rasa sihat, tetapi orang sekeliling tak anggap begitu, mereka mula sorokkan pisau. Kebelakangan ini saya kerap dimasukkan ke wad berbanding dulu," katanya.

Kerja tujuh hari seminggu

Berbeza dengan Norehan, akibat terbeban dengan kerja sebagai guru JQAF, Zaimah Mishan, 42, pernah mengalami sakit jiwa.

Dia yang mengajar sekolah aliran agama tidak mampu untuk menanggung beban tersebut lebih-lebih lagi banyak masa dihabiskan di sekolah berbanding bersama keluarga.

"Saya pernah mengalami masalah jiwa iaitu kecelaruan bipolar sehingga saya tidak mampu mengajar. Enam bulan saya dirawat dan direhatkan.

"Ramai melihat guru JQAF tidak banyak kerja memandangkan mereka hanya mengajar agama tidak seperti sekolah aliran kebangsaan. Namun, mereka juga dibebani dengan komitmen luar," katanya.

Zaimah yang pernah mengajar di beberapa buah sekolah berkata, ada pengurusan sekolah yang memahami tanggungjawab guru JQAF namun ada juga sekolah yang menyamakan guru JQAF seperti guru-guru lain.

"Semasa saya mengajar di sekolah A, saya pernah bekerja tujuh hari seminggu, dari pagi hinggalah petang sampaikan tiada masa untuk suami dan anak-anak.

"Hari Isnin hingga Jumaat, saya mengajar seperti biasa. Kadang-kadang saya diminta menggantikan guru lain mengajar subjek bukan aliran JQAF.

"Hari Sabtu pula, ada kegiatan kokurikulum yang mana semua guru terlibat dan hari Ahad pula saya selaku guru JQAF diwajibkan terlibat dalam Kem Bestari Solat," katanya.

Menurut Zaimah, beban terlalu berat yang tidak dipantau oleh pegawai yang sepatutnya itu ternyata memberi kesan kepada guru-guru JQAF.

"Kami terbeban, tersepit, letih, dan hampir kena mental block. Masa yang ada untuk berehat ialah waktu malam, itu pun kami terpaksa bawa pulang buku latihan murid-murid untuk ditanda.

"Itu tidak termasuk kursus atau kertas kerja yang perlu dibereskan untuk aktiviti gerak kerja," katanya.

Zaimah yang baru lima bulan mengajar semula selepas bercuti panjang menjelaskan, keadaan dirinya ketika 'sakit' dahulu bertambah teruk lebih-lebih lagi apabila suaminya berkahwin lain dan anak-anak enggan berjumpa dengannya.

"Bila saya tertekan dengan kerja, suami kata dia nak kahwin lain dengan alasan saya terlalu sibuk dengan kerja. Keadaan saya bertambah teruk waktu itu.

"Bila sakit saya datang, anak-anak tidak mahu dekat dengan saya. Hanya keluarga saya yang datang memberi sokongan untuk saya jalani terapi dan rawatan di hospital.

"Selepas bercuti lama, saya mengajar di sekolah lain. Alhamdulillah, selepas menjalani rawatan dan sesi kaunseling, saya sudah boleh mengawal tekanan di tempat kerja. Suami dan anak-anak pula sudah kembali pada saya," katanya.

Berisiko mendapat penyakit kritikal

MENURUT Pakar Perunding Kanan Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof. Nor Zuraida Zainal, setiap tahun dianggarkan 22,000 pesakit mendapatkan rawatan di klinik dan wad psikiatri hospital berkenaan. Kira-kira 10 peratus daripada mereka terdiri daripada golongan guru.

NOR ZURAIDA

“Guru sekarang tidak seperti guru zaman dahulu. Guru sekarang terbeban kerana banyak tugasan baru yang perlu dilaksanakan selain mengajar.

“Di samping sibuk dengan aktiviti persatuan, panitia, kelab, rumah sukan, kursus dan gerak kerja luar sekolah, guru-guru juga perlu berdepan dengan tekanan lain.

“Mereka turut berhadapan dengan perangai pelajar dan kerenah ibu bapa serta pengetua yang sentiasa menaruh harapan tinggi untuk melahirkan pelajar cemerlang dalam peperiksaan,” katanya.

Ramai ibu bapa, tidak kira di bandar atau di luar bandar, masih menganggap bahawa sekolah dan pusat tuisyen ialah tempat untuk mendidik anak mereka dan menyerahkan tanggungjawab itu sepenuhnya kepada guru.

Apabila ada anak yang gagal, sesetengah ibu bapa terus menuding jari kepada guru sedangkan kejayaan para pelajar tidak hanya bergantung kepada pengajaran di sekolah.

Bercakap mengenai gejala tekanan yang sering dialami oleh pesakit-pesakitnya yang juga guru, Nor Zuraida memberitahu, kebanyakan mereka menghidap kecelaruan bipolar iaitu kewujudan pelbagai karakter yang berlawanan dengan keadaan guru terbabit sebelumnya. Ini diikuti kebimbangan melampau dan kemurungan.

“Mereka yang mengalami kecelaruan bipolar nampak sihat seperti biasa, malah pada tahap hipoaktif, mereka menjadi rajin dan produktif dalam melakukan sebarang kerja walaupun tidak mempunyai waktu rehat yang cukup.

“Tetapi kerja yang dilakukan tidak pernah habis dan ini yang mendatangkan sangsi kepada orang di sekeliling mereka,” katanya.

Tiga faktor utama yang menyebabkan tekanan ialah keturunan, faktor sekeliling seperti kerja dan jaringan sosial seperti keluarga, rakan-rakan dan masyarakat.

Sekiranya terdapat keturunan yang mempunyai masalah jiwa, risiko untuk guru mendapat tekanan menjadi lebih tinggi.

Malah, jelas Nor Zuraida, guru yang tertekan berisiko empat kali ganda lebih tinggi untuk mendapat penyakit kritikal seperti sakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan buah pinggang.
“Tanda-tanda awal penyakit ini bermula dengan kemurungan. Guru akan mula hilang tumpuan mengajar, bosan, pendiam dan jika berlarutan mereka tidak mampu lagi untuk mengajar dan melakukan aktiviti harian.

“Sekiranya wujud keadaan-keadaan seperti ini, pihak pengurusan sekolah perlu memahami dan membantu guru berkenaan dengan mengurangkan waktu dan kelas mengajar serta memberi kelonggaran untuk menjalani terapi dan kaunseling,” jelas Nor Zuraida.

ISU 12 HARI : AIB USAH DIHEBOHKAN

Apabila disebut Isu 12 Hari, tergambar dalam benak pemikiran masing-masing mengenai satu isu yang begitu hangat diperkatakan. Isu penceraian jaguh badminton negara, Roslin Hashim dan isterinya menjadi buah mulut orang. Saluran media, bercetak mahupun elektronik begitu ligat mencari berita dan membongkarkan cerita yang tersembunyi di sebalik isu yang berlaku.

Perkahwinan yang bertahan selama 12 hari menimbulkan tanggapan negatif dari pelbagai pihak dan orang ramai. Ia berjaya menjadi buah mulut orang. Ada segolongan kata, pihak isteri yang bersalah. Ada segolongan yang lain pulak kata, Roslin yang tidak sabar dan tidak memberikan peluang kepada si isteri. Apabila berlaku demikian, bekas suami dan isteri ini masing-masing mengeluarkan kenyataan untuk mempertahankan diri masing. Ada yang diundang ke stesyen TV untuk membuat penjelasan. Ditambah pulak dengan kenyataan panas Raja Azmi, pihak ke tiga yang dikaitkan dengan masalah pencreraian ini. Hari semakin hari, isu ini bertambah panas. Semakin rumit untuk difahami. Semakin sukar untuk mencari siapa yang bersalah. Tapi orang ramai, mereka sudah mula menghukum siapa yang bersalah, sebelum mahkamah memutuskan.

Usahlah dipanjang aib ini. Ini satu keaiban. Mengaibkan nama kedua-dua bekas mempelai. Mengaibkan keluarga kedua-dua belah pihak. Biar mahkamah yang menentukan. Jangan mengkerohkan lagi keadaan. Islam tidak membenarkan aib orang lain didedahkan. Apatah lagi bekas suami dan bekas isteri sendiri. Yang penting, perkara sudah berlaku. Roslin dan bekas isteri perlu memuhasabah diri. Renung mengenai diri masing-masing. Mungkin ada jalan penyelesaian. Mungkin ikatan perkaitan boleh ditautkan kembali. Mungkin? Mana mungkin jika media terus memanaskan isu yang tidak sewajarnya dipanaskan dan bertindak seolah-olah melaga-lagakan.

Akad yang dilafaz membawa maksud yang sangat besar. Ia juga memberikan satu bebanan berat kepada suami untuk menjaga dan membimbing isteri. Jangan perkara kecil diperbesarkan. Jangan ingat penceraian ialah jalan terbaik. Penceraian ialah jalan terakhir. Perkahwinan perlukan kesabaran, perlu kepada tolak ansur, perlukan kasih sayang, perlukan keihklasan, keharmonian dan sebagainya. Perkahwinan yang berteras kepada agama dan kepatuhan kepada Allah dan Rasul, akan melahirkan generasi yang terbaik, generasi yang bertaqwa.

“HARI INI JIKA KITA MENUTUP AIB SAUDARA KITA, NESCAYA ALLAH AKAN MENUTUP AIB KITA DIAKHIRAT”

Wacana Perdana : Ahli Parlimen Batu Pahat tarik diri

Wacana Perdana berkaitan Rukun Negara yang akan diadakan pada hari Sabtu 14 April ini menyaksikan penarikan diri salah seorang daripada ahli panelnya. Panelis yang saya maksudkan ialah Ahli Parlimen Batu Pahat, YB Dr Mohd Puad Zarkashi. Penarikan diri beliau berkemungkinan berpunca daripada tekanan dari pihak-pihak tertentu terutama apabila BN akan berdepan dengan beberapa pilihanraya pada bulan April nanti. Dr Puad adalah Ahli Parlimen yang cukup lantang dalam parlimen.

Walaubagaimanapun, pihak penganjur tetap berusaha untuk mendapatkan pengganti yang sesuai dan berani berada di pentas wacana berkenaan. Tapi siapa yang berani? sejantan-jantan YB Batu Pahat pun terpaksa tarik diri dari program ini. Kepada seluruh rakyat Kelantan, jom bersama-sama memeriahkan wacana perdana 14 April ni jam 9.00 malam. Takbirr!!

Wacana Perdana : Rukun Negara Didaulat atau Dicabar

TARIKH : 14 MAC 2009
HARI : SABTU
MASA : 9.00 MALAM
---------------------------------------------------------------
PANELIS :
YB DR MOHD PUAD ZARKASHI
Ahli Parlimen Batu Pahat
YB SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Ahli Parlimen Machang
PROF MADYA DR ABU HASAN HASBULLAH
Universiti Malaya

Moderator
PROF MADYA DR MOHAMAD AGUS YUSOF
Universiti Kebangsaan Malaysia

Tempat

BALAI ISLAM LUNDANG

SEMUA DIJEMPUT HADIR

Himpunan 100 ribu bantah PPSMI

Rakyat sudah mula muak. Apabila pandangan demi pandangan dikemukakan kepada pihak kerajaan, perihal PPSMI yang tidak menguntungkan. PPSMI tidak menguntung pelajar terutama pelajar yang berada di luar bandar. Di Jepun, bahasa jepun menjadi bahasa pengantar utama dalam system pendidikan mereka. Jepun boleh maju dan setanding dengan Negara-negara barat. Toyota, Honda dan banyak jenama-jenama hebat yang lain lahir di Jepun. Jepun menggunakan bahasa ibunda mereka sendiri dalam sistem pendidikan, tapi mereka boleh berkembang maju. Hujah pihak tertentu yang mengatakan bahawa dengan menguasai Bahasa Inggeris sahaja kemajuan dapat dicapai adalah tidak tepat.

Selepas desakan dibuat, memorandum dihantar, perbincangan diadakan, namun semuanya tidak mengubah pendirian kerajaan Malaysia yang ada pada hari ini untuk menghaspukan PPSMI. Pandangan daripada ahli Akademik dibakulsampahkan. Kajian ilmiah yang dikemukakan sebagai hujah menunjukkan keburukan PPSMI, semuanya tidak diendahkan. Maka lahir satu gabungan yang dipelopori oleh ahli bahasa dan didokong oleh parti Politik yang dikenali sebagai Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP). Roadshow diadakan diseluruh Negara, mengajak rakyat memberikan sokongan kepada perjuangan GMP. Sasterawan Negara, A.Samad Said mengajak rakyat menolak Kerajaan Barisann Nasional melalui pilihanraya yang akan dating. Khalid Saleh pula berpendapat hanya PAS yang layak menggantikan BN yang mana BN sudah tidak releven lagi memimpin Negara Malaysia. BN mengkhianati rakyat. BN memporakperandakan Negara.

Ayuh, seluruh rakyat Malaysia! Marilah bersama-sama kita berhimpun di hadapan Istana Negara. Perhimpunan 100 ribu rakyat membantah PPSMI. Bukan sahaja 100 ribu, mungkin dengan kehadiran saudara-saudara akan mencecah 1 juta orang.

YB Mejar (B) Anizam Abd Rahman - Silat

Plug Ins AlQuran for Ms-Word Ver. 1.3

Salah ukhwah. Sudah lama software ini digunapakai bersama Microsoft Word. Tapi ramai lagi yang tidak menyedari adanya software ini. Plug Ins Al-Quran ini memudahkan kita untuk mendapatkan ayat al-Quran dalam mana-mana surah dan terus paparkannya ke dalam Micosoft Word. Bukan itu sahaja, terjemahan pun ada sekali. Sila download di sini. Terima kasih.

Kajian sains: Solat rawat penyakit kritikal

HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.

Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas - Aktiviti Otot

Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan.

Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.

"Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,"katanya.

Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh.

Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenal pasti otot yang aktif ketika solat.

Ng Siew Chok - Isyarat Otak

Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.

"Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang," katanya

Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.

"Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,"katanya.

Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.

Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.

Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.

Dr Fatimah Ibrahim - Komposisi Tubuh

Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.

Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.

"Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,� katanya.

Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.

Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.

Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasullullah bersabda: Sesungguhnya solat berjemaah adalah 27 kali ganda lebih afdal daripada solat bersendirian. (Riwayat Imam Malik, Bukhari dan Muslim).

"Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.

"Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,"katanya.

Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.

Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.

Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.

Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.

Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.

Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.

"Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,"katanya.

Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.

Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.

"Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,"katanya.

Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit

Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.

"Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus," katanya.

Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung.

Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.-end-

(Artikel ini dipetik daripada tulisan Ziauddin Sharuddin dalam laman web berita harian, untuk panduan dan rujukan umat Islam berhubung manfaat dan fadhilat solat )

Designer: FThemes.com | Converter: Blogger Themes & Blogger Templates
Flippa