Archive for 2008

MALAM INTIFADHAH PALESTIN 2009

HUSAM VS KHAIRY

Tanggal 20 Disember 2008 bertempat di Balai Islam Lundang satu debat telah berlangsung di antara YB Dato’ Haji Hsam Musa, Naib Presiden PAS dan YB Saudara Khairi Jamaluddin, Naib Ketua Pemuda Malaysia. Pertemuan yang dianggap bersejarah ini telah diatur oleh Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan.

Sememangnya pertemuan ini sangat penting kepada Khairi. Naib Ketua Pemuda UMNO yang sedang berusaha menarik undi pemuda UMNO untuk menduduki jawatan Ketua Pemuda UMNO, yang mana jawatan yang sama turut ditandingi oleh anak mantan Perdana Menteri, Dato’ Mukhriz Mahadhir.

Perdebatan selama dua jam ini mengundang pelbagai isu hangat. Kehadiram Dr. Agus Yusof sebagai pengerusi dengan gelagat ahli panel ke tiga prof Aziz menghangatkan lagi suasana. Walaupun perdebatan yang bertajuk Transformasi Politik Malaysia ini tidak disiarkan di saluran tv arus perdana, namun ia telah berjaya memberikan satu impak besar kepada rakyat Malaysia dan ternyata perdebatan ini berjaya menundukkan ego seorang anak muda yang bernama Khairi.

Hudud

Isu Hudud menjadi isu utama yang telah dicungkil dan dimainkan dengan berkesan oleh TV3 dan TV arus perdana yang lain. Begitu juga dengan akhbar-akhbar. Walaupun banyak isu lain dalam perdebatan itu diperbicangkan, tetapi isu Hudud yang menjadi pilihan. Media-media ini secara terang-terangan cuba melaga-lagakan dan cuba memecahbelahkan hubungan yang terjalin di antara pemimpin-pemimpin di dalam pakatan rakyat. Pemimpin-pemimpin DAP ditemuramah bagi mendapatkan pendapat mereka mengenai Hudud. Cerita mengenai Hudud telah dipermainkan dengan semaksimum mungkin oleh media arus perdana. Mereka mempermaiankan hudud. Mereka, media arus perdana dilihat cuba memburukkan hudud yang disyariatkan oleh Allah Taala.

Semasa perdebatan berlangsung, Khairi tidak langsung menyatakan pendiriannya mengenai Hudud. Khairi berdolak dalik apabila ianya diasak oleh Dato’ Husam.

Apabila PAS menyatakan pendiriannya mengenai Hudud, ada dikalangan pemimpin UMNO yang mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang dengan kata lain menghina hokum Allah berkenaan. Kalau ya pun pemimpin UMNO tidak mahu hudud dilaksanakan, jangan keluarkan kenyataan yang mengelirukan.

Khairi, Ketua Pemuda UMNO Malaysia

Khairi secara terang-terangan menyatakan sokongan kepada Dato Husam untuk merebut jawatan sebagai Presiden PAS. Sokongan tersebut disambut sinis oleh Dato’ Husam dengan mengatakan tujuannya bersama PAS bukannya untuk mendapatkan jawatan semata-mata. Berbeza dengan pemimpin UMNO yang sanggup berhabis-habisan mencurahkan duit bagi membeli jawatan dalam parti.

Dato Husam juga tidak menyatakan sokongan kepada Khairi untuk menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia walaupun ayat itu yang ditunggu-tunggu Khairi. Yang penting menutut Dato’ Husam, jangan ada rasuah dalam perebutan jawatan ketua pemuda UMNO.

Keangkuhan Kuasa

Dato’ Husam memberikan pandangan bahawa antara punca utama rakyat menyokong pakatan rakyat adalah kerana keangkuhan kuasa yang ada pada UMNO. Pemimpin UMNO adalah pemimpin yang angkuh.

Pemimpian UMNO angkuh kerana dengan sewenang-wenangnya menaikkan harga minyak walaupun memperoleh kemengan besar dalam pilihanraya pada tahun 2004.

Semasa perhimpunan bersih, Khairi telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka yang menyertai perhimpunan bersih adalah seperti beruk-beruk dijalanan. Khairi juga antara factor utama berlakunya transformasi politik, factor utama sokongan rakyat beralih kepada pakatan rakyat.

Kisah perdebatan ini mengundang pelbagai pendangan positif mahupun negatif. Walaubagaimanapun, perdebatan ini berjaya menjadi salah satu perdebatan terhangat di Malaysia selain perdebatan anwar-shaberi suatu ketika dahulu.

**Sesiapa ingin mendapatkan CD penuh perdebatan Husam-Khairi sila email kepada fauzi_boy@yahoo.com. Harga RM12.00 termasuk kos penghantaran (2 Keping CD)

Bush dibaling kasut

Presiden Amerika antara yang paling ganas, George W Bush telah menerima padah apabila dimalukan oleh seorang wartawan semasa pertemuan dengan Perdana Meneteri Iraq.
Wartawan berkenaan, Muntazer al-Zaidi bangun sewaktu Bush mengadakan sidang akhbar bersama-sama Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Malik seraya menjerit dalam bahasa Arab, “Ini kucupan perpisahan untuk kamu, anjing. Ini salam perpisahan daripada balu, anak yatim dan mereka yang terbunuh di Iraq” lalu membaling kasut yang dipakainya.
Bush terkenal dengan sifat jahatnya. Bush seorang manusia yang sangat jahat serta tidak berperi kemanusiaan apabila melakukan serangan ke atas Afgahanistan yang telah mengorbankan ribuah nyawa. Anak dan isteri kehilangan tempat bergantung. Ramai rakyat Afghanistan yang hilang pekerjaan dan mata pencarian. Ekonomi Negara jatuh seterusnya memaksa rakyat hidup merempat.

Serangan ke atas Amerika pada 11/9, membuka peluang kepada Bush untuk bertindak ganas. Iraq menjadi sasaran seterusnya. Puluhan Ribu tentera dari pelbagai pasukan telah dihantar untuk menakluk Negara Irag atas alas an untuk menangani keganasan. Saddam Husan dikatakan sebagai pegganas yang paling dikehendaki. Namun apa yang pasti, serangan ke atas Iraq menyebabkan rakyat menjadi mangsa. Pembunuhan beramai-ramai berlaku. Bom meletup di sana sini sehingga mengorbankan banyak nyawa.

Bush menggunakan alas an memerangi keganasan untuk bertindak ganas ke atas orang Islam dan Negara Islam. Sunggug memalukan apabila di hari terakhir Buah di Iraq, Bush dihadiahkan dengan balingan kasut. Tapi sayangnya kasut yang dilempar melepas kepala. Alangkah indah kalau kedua-kedua kasut tersebut mengenai muka Bush yang hodoh itu! Biar lagi hodoh mukanya. Dan alangkah baiknya jika kasut itu membawa maut kepada Bush.

Mungkin itu satu permulaan buat Bush, mungkin selepas ini ramai lagi insan yang akan memalukan Bush. Wahai Bush, lebih baik kamu berhati-hati, ramai lagi diluar sana yang akan memalukanmu.

Tidak layak Bush disamakan dengan anjing. Anjing, binatang yang beriman kepada Allah dan menghuni Syurga Allah, Anjing labih baik dari Bush. Bush hanya layak disamakan dengan Syaitan yang tidak henti-henti berusaha menghancurkan umat Islam.

Semoga Obama yang lahir dalam arena keganasan Amerika dapat mengubah negaranya dari pandangan jijik masyarakat kepada pandangan yang labih baik. Walaupun aku tidak yakin pada Obama.

Rotan atau kaunseling?

Oleh Suliati Asri
suliati@hmetro.com.my

SEJAK dulu lagi, hukuman rotan adalah jalan terakhir diambil untuk mendidik pelajar terutama mereka yang bermasalah.Namun, akhir-akhir ini hukuman rotan dilihat sebagai hukuman yang terlalu berat dan ada berpendapat ia bukan jalan terbaik mendidik pelajar.

Sebaliknya, kaunseling dikatakan lebih berkesan mendidik pelajar kerana ia mampu membentuk perubahan sikap pelajar dalam tempoh jangka panjang.

Tetapi, ada juga yang mempersoalkan, sejauh mana berkesannya kaunseling membantu mendidik pelajar yang bermasalah sedangkan nasihat ibu bapa langsung tidak diendahkan, inikan pula nasihat orang luar.

Malah, dengan pertambahan jumlah pelajar bermasalah berbanding guru kaunseling, apakah ia membantu pelajar?

Kaunselor berdaftar juga bekas guru bimbingan dan kaunseling selama 18 tahun, Hushim Salleh, berkata walaupun berada pada era pembangunan siber, kaunseling masih relevan bagi menyelesaikan masalah pelajar berbanding hukuman rotan.

Menurutnya, walaupun kaedah kaunseling mengambil masa, ia pendekatan praktikal untuk membentuk salsiah pelajar menjadi manusia lebih baik.

"Zaman berubah dan pendekatan pendidikan juga perlu satu anjakan paradigma kerana hukuman secara kekerasan tidak lagi relevan.

"Kaunseling yang menggunakan pujuk rayu dan nasihat secara lembut lebih melekat di hati pelajar untuk berubah secara berperingkat-peringkat," katanya.

Bagaimanapun, Hushim berkata, keberkesanan kaunseling ini juga adalah bergantung kepada guru bimbingan kaunseling.

Guru bimbingan kaunseling harus pandai memainkan peranan menarik perhatian pelajar supaya datang dengan hati terbuka untuk berkongsi masalah dan berbincang bagi merungkai kekusutan.

"Bagaimanapun, guru kaunseling kurang dikenali menyebabkan pelajar tidak tahu bidang tugas mereka.

"Justeru, saya berpendapat, guru kaunseling perlu turun padang mendekati pelajar bermasalah, bukan duduk di bilik menunggu mereka datang.

"Guru bimbingan perlu bersikap terbuka dan tidak garang seperti guru disiplin dan jaga rahsia perbincangan bagi membolehkan pelajar percaya untuk datang kali kedua," katanya.

Menurutnya, tanggapan negatif pelajar yang melabelkan sesi kaunseling membosankan perlu diambil perhatian.

"Sesi kaunseling bukan untuk mereka yang bermasalah saja tetapi ia perkongsian pendapat dengan mereka yang lebih berpengalaman.

"Guru kaunseling perlu ada personaliti bagi menyakinkan pelajar untuk mendapatkan perkhidmatan mereka," katanya.

Dengan purata seorang guru bimbingan kaunseling kepada 500 pelajar, pelbagai cara boleh dilakukan untuk membantu pelajar.

Antaranya, mewujudkan sistem mentor dan mentee serta menjadi kawan kepada pelajar terutama mereka yang dilabelkan bermasalah.

"Percayalah, senakal manapun pelajar itu, jika guru kaunseling bijak memainkan peranan, mereka akan berubah dan menjadi manusia berguna.

"Pelajar adalah manusia biasa, apa yang perlu ialah perhatian, kasih sayang dan menganggap pelajar sebagai rakan," katanya.

Sementara itu, Pakar Motivasi, Dr Rubiah Kulop Hamzah, berkata keberkesanan kaunseling mendidik pelajar memang diakui tetapi ia bergantung kepada cara pelaksanaan sesi itu.

Menurutnya, meminta seseorang menceritakan masalah yang dihadapinya bukanlah sesuatu yang senang, lebih-lebih lagi membabitkan pelajar sekolah yang dikategorikan sebagai pelajar bermasalah.

"Bagaimanapun dengan menggunakan pendekatan psikologi, ia mampu dilaksanakan."

"Bagi memulakan sesi kaunseling bersama pelajar terutama mereka yang dikategorikan sebagai pelajar bermasalah, mereka (pelajar) perlu bersedia berjumpa kaunselor.

"Apa yang perlu masa kini, kebanyakan sesi kaunseling diarahkan guru disiplin atau guru kelas. Ini perlu diperbetulkan," katanya.

Kementerian perlukan calon KPLI berkelayakan

Oleh Rosniza Mohd Taha
rosniza@bharian.com.my

WALAUPUN jumlah permohonan memasuki program Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) Sekolah Rendah sepenuh masa meningkat saban tahun, Kementerian Pelajaran masih menghadapi masalah kekurangan calon berkelayakan dalam bidang pengajian tertentu.

Pengarah Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran, Datuk Misrah Ibrahim, berkata empat bidang pengajian dikenal pasti mengalami masalah itu ketika ini adalah Bimbingan dan Kaunseling, Pendidikan Muzik, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Seni Visual.

Daripada 7,598 tempat disediakan kepada lulusan ijazah sarjana muda untuk mengikuti KPLI, bagi ambilan Januari tahun depan, kuota bagi Bimbingan dan Kaunseling serta Pendidikan Jasmani antara yang terbesar iaitu masing-masing 700 dan 500 tempat, sementara Pendidikan Seni Visual (380) dan Pendidikan Muzik (140).

“Tiada masalah kekurangan calon berkelayakan untuk mengisi kuota bidang pengajian lain termasuk subjek kritikal seperti Sains dan Matematik, namun seperti tahun sebelum ini, dijangkakan tidak semua kuota unjuran empat bidang pengajian berkenaan dapat diisi, mungkin kurang sedikit.

“Saya menyarankan mereka berminat mengikuti KPLI supaya memilih bidang ijazah dalam keempat-empat disiplin ini kerana selain dapat mengatasi masalah kekurangan calon, ia mencerahkan peluang mengikuti program berkenaan,” katanya kepada Berita Harian.

Misrah berkata, daripada 59,176 calon yang memohon memasuki KPLI ambilan Januari depan, 56,622 lulus ujian Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia (MTeST), serta memenuhi syarat asas ditetapkan dan 15,791 disenarai pendek untuk temu duga dengan keutamaan diberi kepada ketepatan bidang kelulusan mereka dengan opsyen pengajian dipohon.

Beliau berkata, jumlah permohonan yang meningkat berbanding 56,726 tahun sebelumnya membuktikan kerjaya guru terus mendapat sambutan dan bukan pilihan terakhir apabila ada golongan profesional termasuk peguam serta jurutera turut memohon.

“Kita tetap terima permohonan mereka jika opsyen dipilih bertepatan dengan kepakaran dimiliki. Sebagai contoh, jurutera boleh memilih bidang sains,” katanya.

Beliau turut melahirkan kekecewaan apabila permohonan mengikut jantina menunjukkan calon wanita terus mengatasi dengan 47,108 berbanding hanya 12,068 lelaki.

Daripada jumlah itu, katanya, hanya 11,590 calon lelaki layak menduduki MTeST berbanding 45,032 (perempuan) dan seterusnya 4,812 daripadanya dipanggil menjalani temu duga berbanding 9,404 perempuan.

“Saya berharap lebih ramai calon lelaki akan memohon pada tahun akan datang kerana kerjaya sebagai guru ini bukan saja terjamin malah memberi mereka peluang berbakti kepada negara dengan mendidik generasi masa depan,” katanya.

Katanya, calon terbabit boleh menyemak keputusan tawaran pengambilan secara dalam talian menerusi laman web Kementerian Pelajaran mulai 24 Disember ini dan mereka yang berjaya dijadualkan mendaftar kemasukan serentak di semua IPG, 12 Januari tahun depan.

Khutbah Hari Raya Aildilfitri 1429H

Kepada sahabat-sahabat yang ditugaskan untuk membaca khutbah pada raya aidilfitri ni, bolehlah dapatkan teks khutbah dari Dewan Ulama' PAS. Kalau imam masjid mukim mungkin susah sikit, sebab terikat dengan teks yang dibuat oleh majlis agama negeri masing-masing. kepada yang tidak baca khutbah, boleh baca untuk menambahkan ilmu pengetahuan. Terima Kasih.

1. Teks Khutbah Dewan Ulama' PAS Negeri Kelantan
2. Teks Khutbah Dewan Ulama' PAS Negeri Terengganu
3. Teks Khutbah Dewan Ulama' PAS Negeri Perak

Kenyataan Nik Abdul Aziz Yang Di ‘Haramkan’

RAKYAT TERENGGANU SALAH PILIH PESURUHJAYA

1. Saya telah membaca dengan teliti pandangan Pesuruhjaya PAS Terengganu yang kali ini lebih gemar menggunakan nama beliau sebagai pengamal dan penganalisis politik daripada bertindak sebagai seorang Pesuruhjaya PAS Negeri. Walaupun sewaktu beliau berdiri sebagai penganalisis politik dalam mana-mana waktu sekalipun, pada saya, beliau tetaplah Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu. Baik dalam keadaan berdiri, duduk, atau berbaring, Mustafa bin Ali adalah seorang Pesuruhjaya PAS.

2. Dengan demikian, mahu tidak mahu pandangan beliau itu tetap mencerminkan pandangan PAS Terengganu. Lebih mendukacitakan lagi ialah apabila pandangan beliau ini bersifat anti keputusan Muktamar. Sekaligus, ia menentang arus Syura yang memutuskan untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat dan tidak sebaliknya seperti yang sedang dilakukan oleh Mustafa Ali. Dalam respons dan setiap ayat yang digunakan, saya tidak nampak sikap Mustafa yang boleh mengukuhkan Pakatan Rakyat seperti yang diputuskanoleh Muktamar secara “standing ovation”.

3. Sepatutnya tugas pemimpin termasuk Pesuruhjaya ialah mendukung dan mengukuhkan keputusan Muktamar. Sifat rajin mengeluarkan kenyataan walaupun tidak disuruh adalah sesuatu yang aneh dan menghairankan. Lebih-lebih lagilah ia mencanggahi keputusan Muktamar. Sepatutnya ceramah atau temuramah bersifat lanjutan kepada keputusan Muktamar.

4. Saya membuat perbandingan antara kenyataan Mustafa di muka surat 1 dan 3 Utusan Malaysia, 11 September 2008 dengan kenyataan Dato’ Johari Baharom, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sendiri termasuk kenyataan PM sendiri dalam Berita Harian pada hari yang sama. Mesejnya sama iaitu tidak ada apa yang akan berlaku pada 16 September 2008 iaitu “tidak mungkin ada undi tidak percaya kerana Parlimen tidak bersidang.” Sentimen Mustafa yang “terus terang tidak yakin adanya bilangan sebanyak 30 orang yang akan melompat parti” betul-betul serupa dengan nada Presiden Umno. Betul-betul serupa.

5. Lidah Mustafa boleh dikatakan sudah menjadi lidah Umno. Kita kena faham bahawa lidah ini adalah jurubahasa kepada hati. Jika begitu keadaannya apa yang ada dalam hati, maka lebih baik terang-terang sokong Umno. Hujah untuk “meredakan keresahan rakyat” yang digunakan oleh Mustafa tidak tepat. Apa yang tepat ialah kita kena tanya rakyat resah kerana apa? Jawabnya, rakyat resah kerana pimpinan di bawah Umno selama ini telah menimbulkan seribu satu macam keresahan. Usaha Pakatan Rakyat yang sama-sama sedang didukung oleh PAS, PKR dan DAP ini adalah usaha untuk memulihkan keresahan rakyat. Pemulihan dan keyakinan akan berlaku apabila Pakatan Rakyat menguasai di peringkat Pusat. “Cross over” kepada Pakatan Rakyat yang menuju ke arah peralihan kuasa sama ada 16, 17, 18, 19 atau 20 September 2008 hendaklah menjadi agenda setiap orang : agenda setiap Pesuruhjaya PAS Negeri termasuklah Mustafa bin Ali. Inilah semangat Muktamar yang telah kita sama-sama putuskan secara sebulat suara. “Standing ovation” itu adalah sebulat suaralah tu. Keputusan Muktamar ini, bukan kerja main-main.

6. Apa tujuan kita adakan kursus, seminar, ceramah, tamrin, usrah, doa, sembahyang hajat, munajat, pagi, petang, siang dan malam kalau tidak kerana untuk menumbangkan sebuah pemerintahan yang tidak cenderung kepada Islam. Jika Umno hendakkan Islam, sudah lama dia laksanakan Islam.

7. Saya tidak fahamlah bila Mustafa menyebut bahawa dia bercakap secara bebas dan pendirian beliau bertaraf peribadi; bukan atas kapasiti seorang pemimpin PAS. Pada saya, beliau adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu. Dalam Islam, seseorang itu hanya boleh mempunyai satu sahsiah saja. Sesiapa yang cuba bermain-main dengan dua atau lebih rupa sahsiah, tidak layak menjadi pemimpin gerakan Islam. Sebab itu, Islam selalu menekankan soal tauhid, yakni penyatuan segala perkara di atas satu dan menuju kepada satu. Dalam PAS, tidak ada dua wajah sahsiah. Jika ada juga, maka ia sesuai untuk mewakili Umno.

8. Jika Dr. Mahathir pernah berkata bahawa ia tersalah pilih Perdana Menteri maka dalam konteks ini boleh jadilah Terengganu sudah tersalah pilih seorang Pesuruhjaya. Dalam akhir ayat Mustafa Ali, ada juga saya terbaca beliau menyifatkan isu ini timbul disebabkan keghairahan satu pihak untuk mengambil alih kerajaan. Di sini, saya cukup tidak fahamlah. Seolah-olah pada Mustafa, adalah satu kesalahan apabila kita ghairah nak gantikan kerajaan secara demokrasi. Sejak bila pula Mustafa jadi begini? Kita kena faham bahawa isu menghuruharakan ini timbul kerana sejak 50 tahun Umno memimpin negara, rakyat tidak dipimpin dengan jelas dan betul dari segi Islam atau demokrasi. Keadilan tidak diberi kepada orang-orang Melayu, Cina, India, Siam atau Kadazan. Ini yang kita ghairah untuk menggantikan kerajaan. Kita bawa Islam kerana Islam itu adil. Islam itu untuk keamanan dan kesejahteraan seluruh kaum yang bermastautin di Malaysia. Apabila nampak bahawa Kerajaan BN/Umno sudah panik dan resah sehingga terpaksa melarikan 50 Wakil Rakyat, maka pada saya, ini adalah petanda kejayaan. Tak tahu lah pula saya kenapa Mustafa Ali terpaksa bersusah payah untuk menjelaskan situasi sebenar demi meredakan. Meredakan hati siapa? Hati pemimpin Umno?

9. Dalam keadaan beginilah hati saya cepat-cepat teringat tentang HARAKAH. Saya tak dapat bayangkan bagaimana HARAKAH boleh memainkan peranan sebagai lidah rasmi parti dan organ parti, apabila orang nombor satu yang merupakan Pesuruhjaya PAS Terengganu ini telah mengambil sikap membelakangi keputusan Muktamar. Saya percaya, ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi pojok, cerita, berita dan analisis yang dibuat. Dengan dibenarkan penerbitan dua kali seminggu maka lebih cepat lagilah ia boleh merosakkan imej HARAKAH. Pada logiknya, pembaca HARAKAH akan berkurangan. Saya fikir suatu keputusan perlu dibuat mengenai perkara ini.

10. Saya sebenarnya masih mahu mengambil sikap bertangguh dari terlalu cepat mengemukakan respons. Dengan begitu, saya akan cuba ikuti lagi apa rentak yang akan dibawa oleh pemimpin seperti Mustafa Ali. Saya percaya, mungkin ada satu atau dua orang lagi yang bersama dengan beliau. Selaku orang tua dalam parti, saya telah mengikuti orang penting dan orang yang tidak penting keluar masuk ke dalam parti. Bahkan Allahyarham Dato’ Haji Asri Muda sekalipun pernah meninggalkan Parti PAS. Pada waktu itu beliau adalah di kerusi Presiden. Beliau akhirnya masuk Umno dan semua orang tahu bagaimana beliau mengakhiri karier politiknya.

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Bertarikh : 11 Ramadhan 1429
11 September 2008.

p/s Kenyataan di atas telah diarah ditarik siarannya dari Harakah. Terdapat tangan-tangan hitam di puncak Raja Laut yang begitu taksub dengan UMNO sehingga tindakan mereka pun sudah sama dengan UMNO.

Dipetik dari lamanweb kickdefella.wordpress.com.

Perutusan Mursyidul Am PAS sempena Ramadan

Alhamdulillah kita dipertemukan kembali dengan bulan penuh rahmat dan keampunan daripada Allah Subhanawataala. Saya merakamkan ucapan selamat menyambut Ramadan al-Mubarak kepada seluruh rakyat Malaysia dan umat Islam di pelusuk dunia.

Menjadi kebiasaan kita orang Melayu mengenali Ramadan sebagai bulan puasa. Tanpa disedari sebutan yang sudah lama berakar umbi itu tidak tepat dengan pengertian sebenar Ramadan.

Ramadan bukan sekadar dihiasi dengan ibadat puasa yakni menahan diri daripada makan, minum dan apa sahaja yang membatalkan puasa kerana takrifan sebenarnya lebih luas lagi.

Puasa juga sebenarnya boleh dilakukan pada bulan lain, seperti yang menjadi amalan sesetengah daripada kita iaitu bulan Rejab dan Syaaban. Sebab itulah penggunaan istilah Ramadan lebih tepat bagi menggambarkan maksud dalam melaksanakan amal ibadat sepanjang bulan penuh berkat ini.

Ramadan juga membawa maksud bulan kebajikan di mana di dalamnya ada zakat fitrah yang menjadi kewajiban dilaksanakan setiap umat Islam. Umat Islam amat digalakkan bersedekah sebagai melengkapkan amalan ibadat puasa kita di siang hari.

Ini kerana di sekeliling kita ada mereka yang kurang bernasib baik. Maka pada kesempatan ini kita hulurkan sedikit sumbangan kepada mereka.

Oleh itu saya mengajak umat Islam menggunakan kesempatan Ramadan kali ini bagi menggandakan amal ibadat serta memohonkan keampunan daripada Allah Taala.

SUNNAH BERJUANG

Berjuang Menempah Susah,
Menanggung Derita Menongkah Fitnah,
Itulah Gelombang Hidup Samudera Duka,
Seorang Mujahid Memburu Syahid.

Dibuang Dia Berkelana,
Di Penjara Dia Uzlah Dibunuh Syahid,
Namun Jiwa Tetap Mara Menuju Cita,
Membara Demi Allah Dan Rasul-Nya.

Berjuang Tak Pernah Senang,
Ombak Derita Tiada Henti,
Tenang Tegang Silih Berganti,
Inilah Sunnah Orang Berjuang.

Malamnya Bagai Rahib Merintih Sayu,
Dihiris Dosa Air Mata,
Siangnya Bagaikan Singa Di Rimba,
Memerah Keringat Mencurah Tenaga.

Berjuang Memang Pahit,
Kerana Syurga Itu Manis,
Bukan Sedikit Mahar Yang Perlu Dibayar,
Bukan Sedikit Pedih Yang Ditagih.

Berjuang Ertinya Terkorban,
Rela Terhina Kerna Kebenaran,
Antara Dua Pasti Terjadi,
Tunggulah Syahid Atau Menang..

Gambar Rumah Termahal Dunia











Kediaman termahal

MENGGUNAKAN bahasa mudah — bangunan itu hanya sesuai didiami seorang maharaja atau tsar. Walaupun memiliki berpuluh rumah agam di seluruh dunia, bilionair terkemuka dari Russia, Roman Abramovich, mengemukakan cadangan mencipta kediaman baru yang lebih besar dan mewah.

Bertempat di Lowndes Square di Britain, jika disiapkan nanti, rumah ubah suai Abramovich itu mencatat rekod sebagai kediaman persendirian termahal di negara itu.

Bangunan memiliki lapan bilik tidur itu dianggarkan bernilai sehingga £150 juta (RM942 juta).

Bagi pemilik kelab Chelsea yang menguasai kekayaan bernilai RM88 bilion itu, rumah berkenaan akan melambangkan dirinya yang dianggap sebagai manusia ke-15 terkaya di dunia.

Sumber yang rapat dengan pembinaan rumah terbabit berkata, bangunan diidamkan Abramovich itu lebih berupa istana.

“Dia mahu hiasan dalaman yang bertemakan neoklasik era Victoria bagi disesuaikan dengan penampilan luarannya.

“Jelas ini projek peribadi kerana jutawan seperti Abramovich akan memastikan firma terkemuka mengendalikan susunan hiasan dalamannya,” katanya.

Menurut sumber berkenaan, Abramovich akan mengikuti secara dekat setiap perkembangan projek itu dan tiada sesuatu pun mampu menghalang apa yang dikehendakinya.

Pelan pembinaan rumah itu — tertakluk kepada kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan Kensington dan Chelsea — jelas lebih daripada mencukupi untuk menampung keperluan keluarganya.

Bangunan lima tingkat di permukaan dan tiga tingkat di bawah tanah itu dilengkapi pawagam, kolam tertutup, bilik sauna dan wap, selain ruang membaca serta hiburan untuk kanak-kanak.

Semua enam bilik tidur dilengkapi bilik mandi besar, sama seperti dua bilik tetamunya.

Di belakang bangunan utama adalah empat rumah pangsa di atas garaj yang menjadi tempat kediaman pekerjanya.

Luas keseluruhan rumah itu adalah 2,787 meter persegi atau lima kali lebih luas daripada rumah lima bilik tidur biasa.

Ketika ini rumah berkenaan adalah dua townhouse yang dibahagikan menjadi sembilan apartmen pada 1998.

Sejak beberapa tahun lalu Abramovich membeli satu demi satu apartmen itu bagi memulakan impiannya mengubah bangunan berkenaan menjadi rumahnya tanpa perlu menukar binaan luaran.

Akhir 1990-an, Abramovich membelanjakan RM7.5 juta membeli unit pertama rumah berkenaan dan wang yang sama banyaknya digunakan untuk kerja-kerja mengubah suai.

Ia akhirnya menjadi kediaman Abramovich dan keluarganya selama beberapa tahun.

Itu cerita sebelum Abramovich memiliki Chelsea FC, tanah di Sussex dan satu rumah lain berhampiran Chester Square yang bernilai RM252 juta.

Selepas berpisah dengan isterinya Irina, rumah di Chester Square diserahkan kepada bekas isterinya, manakala apartmen di Lowndes Square kekal menjadi hak Abramovich.

Pakar hartanah yang enggan dikenali berkata, dia tahu Abramovich membeli rumah di Lowndes Square, tetapi tidak menjangka pembelian itu membabitkan keseluruhan bangunan.

“Nampaknya dia bersungguh-sungguh memiliki seluruh bangunan itu dan bersabar sehingga seunit demi seunit berjaya dibelinya,” katanya.

Untuk memiliki keseluruhan bangunan itu, Abramovich melabur di antara RM95 juta hingga RM126 juta, dan apabila proses ubah suai disiapkan, nilai hartanah itu menjadi RM946 juta.

Rekod nilai tertinggi rumah di Britain setakat ini adalah RM505 juta, juga di London.

Dengan keadaan rumah mewahnya, pemerhati berpendapat Abramovich mungkin merancang untuk menetap atau sekurang-kurangnya menghabiskan lebih banyak masa di Britain.

Tanpa Irina, Abramovich tidak kesunyian kerana bakal ditemani jelitawan Russia, Daria Zhukova, yang kini menjadi pasangan terbarunya.

Ketahui punca SUAMI merajuk

BAGAIMANA agaknya jika teman lelaki atau suami merajuk kerana sesuatu perkara yang tidak diketahui?

Meskipun dianggap perkara kecil, ia mampu mencetus sesuatu yang tidak elok, menjadi api dendam yang menyakitkan sehingga tidak boleh dimaafkan.

Sebelum mengetahui cara memujuk, harus diketahui punca rajuk si dia. Ada beberapa sebab seseorang itu merajuk seperti dipaparkan berikut:

- Cemburu. Ini faktor utama si dia merajuk. Dia cemburu disebabkan ada sesuatu yang cuba mengambil anda daripada dirinya biarpun ia hanya rakan, pekerjaan atau keluarga. Hati yang tergugat itu mendorong dia berperasaan cemburu.

- Tidak dapat apa yang diinginkan. Si dia menginginkan sesuatu tetapi anda tidak memberikannya biarpun hanya disebabkan sekeping piza. Keadaan itu boleh menjadi alasan besar untuk dia merajuk berterusan.

- Orang lain lebih hebat daripada dirinya. Ada kalanya dia merajuk untuk mendapatkan perhatian daripada anda atau ada sesuatu yang membuatkan dia berasa marah dan tidak selesa.

Untuk mengubat perasaan itu, dia perlukan anda di sampingnya tetapi dengan cara yang sangat berbeza, merajuk.

- Bagaimana memujuk? Apabila tahu si dia merajuk, anda perlu bijak mencari punca dan jangan biarkan perasaan itu terus parah.

- Terangkan perkara sebenar. Lebih mudah berkata benar daripada berdusta. Ceritakan kepada si dia apa yang berlaku dan tanyakan punca dia merajuk. Berterus teranglah dalam perhubungan anda dan jangan berselindung.

Dengan mewujudkan budaya bertanya dan berkata benar, ia dapat mengeratkan perhubungan kerana anda mengambil berat dan menyayangi dirinya.

- Bertolak-ansur dan bijak membuat keputusan. Memang sukar bertolak-ansur tetapi tidak bermakna kita kalah sekiranya kita mengalah.

Jika dia merajuk dan anda tidak berjaya memujuknya, perlu bijak menggunakan cara tersendiri untuk memujuk hatinya.

- Ucapkan kata-kata manis. Ketika si dia merajuk, cuba bergurau senda dengannya dengan menggelarkan dirinya ‘comot’, ‘manja’ dan seumpamanya.

Selitkan juga ayat berbunga, indah dan menenangkan dalam perbualan.

- Nyanyikan lagu. Cara ini paling sesuai digunakan tetapi mungkin tidak ramai yang sanggup melakukannya. Tidak pun, hantarkan seni kata lagu terutama lagu yang pernah menjadi kenangan indah berdua.

Si dia mungkin tersenyum dan ia pasti menggembirakan.

- Bersyair atau berpuisi indah. Bagi yang mempunyai cita rasa seni, pujuk dengan syair atau sajak indah yang penuh dengan kata-kata puitis.

Jika mampu, lagukan puisi indah itu untuk menghilangkan perasaan merajuknya itu.

Petikan dari Harian Metro

BAPA-BAPA MALAYSIA

Tunku Abd Rahman- Bapa Kemerdekaan
Tun Abdul Razak - Bapa Pembangunan
Tun Hussein Onn - Bapa Perpaduan
Tun Dr Mahathir -Bapa Pemodenan

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi - Bapa Pencegah Rasuah (BPR)

Kasih ibu tidak ternilai

Oleh Noriah Idris
nori@hmetro.com.my

KASIH sayang dan pengorbanan seorang ibu tidak ternilai harganya.

Usaha membesarkan anak daripada tapak kakinya sebesar dua jari sehingga anak menginjak dewasa tidak terbalas jasanya. Alangkah bertuah si ibu apabila anak yang berjaya tidak pernah meminggirkan ibunya.

Lebih bertuah lagi, jika si anak itu bukan saja menjadi anak berjasa kepada orang tua bahkan kepada bangsa dan agama.

Menurut Penasihat Tetap Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (Tamrin), Datuk Dr Fadzilah Kamsah, sifat utama yang dibekalkan oleh Allah kepada mana-mana ibu adalah kasih sayang yang tinggi.

Pakar motivasi ini mengakui kasih sayang itulah mem buatkan seseorang wanita itu menjadi seorang ibu yang baik.

Menurutnya, daripada sifat kasih sayang ini bercambah sifat lain yang menyerlahkan lagi sifat keibuan sejati kepada dirinya.

Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman, beliau me nyatakan ciri berikut yang lazimnya ada pada ibu yang memiliki sifat keibuan sejati:

  • Kasih sayangnya menyerlah


  • Ibu yang sejati di dalam Islam akan memberi kasih sayang bukan saja dalam bentuk belaian dan kemanjaan tapi didikan. Di samping keperluan fizikal anaknya dipenuhi, keperluan rohani turut diisi. Kerana tingginya kasih sayang ibu ini, dia mengharapkan kejayaan yang berkekalan buat anaknya.

    Justeru, anak itu dididik dan dibentuk peribadinya mengikut kehendak Allah supaya terjamin masa depannya di dunia dan di akhirat.

  • Prihatin dan ambil berat


  • Kadangkala bagi anak yang dewasa, ibu masih prihatin, mengambil berat dan mengambil tahu mengenai anaknya.

  • Halus perasaan


  • Ibu yang sejati dapat membaca pergolakan jiwa anaknya hanya dengan melihat air muka dan tingkah laku si anak.

    Perasaannya terhadap anaknya begitu halus. Sejak kecil anak itu di bawah pengawasannya membuatkan ibu arif dengan ‘bahasa badan’ anaknya.

  • Suka beri nasihat


  • Sifat seorang ibu sejati memang suka dan sentiasa memberi nasihat kepada anaknya. Oleh itu, dia selalu menjadi kaun selor dan tempat rujuk anak-anaknya.

    Sifat suka memberi nasihat ini didorong oleh keinginan melihat anaknya mendapat yang terbaik dalam hidup.

  • Sangat sabar dan berlapang dada


  • Daripada wajah seorang ibu, sudah dapat dibaca sifat sabar dan lapang dadanya. Bukan dia tidak pernah marah tapi dia pandai dan mampu mengawal perasaan.

    Seorang ibu tidak pernah menunjuk rasa tidak senang atau marah walaupun ada antara anak-anak pernah menyinggung perasaannya. Itulah ibu sejati.

  • Lembut tetapi tegas


  • Wataknya boleh disesuaikan iaitu ada ketika dia berlembut dan pada ketika yang lain, dia perlu tegas dan tidak boleh memberi muka.

    Namun ketika tegas, sifat kelembutannya masih terjaga. Dia tegas bila membabitkan soal disiplin, peraturan atau perintah Allah, tapi wataknya yang lembut tidak pula bertukar keras dan kasar.

  • Suka meraikan


  • Walaupun anak-anak besar dan masing-masing berkeluarga, seorang ibu yang tinggi sifat keibuannya masih suka meraikan serta melayan keinginan anaknya.

    Apabila anak pulang bercuti misalnya, dia akan turun ke dapur menyediakan makanan kegemaran si anak. Jika anak-anak ramai, dia akan memberi perhatian pada setiap anak.

    Dia mahu anak-anaknya selesa dan memenuhi keperluan mereka sehinggakan dia sering mendahulukan keperluan serta keinginan anak-anak daripada keperluan dan kein ginannya sendiri.

    Malah, dia sanggup mengorbankan keinginannya sema ta-mata untuk memberi yang terbaik kepada anak-anak.

  • Tidak pilih kasih


  • Tidak ada di kalangan anak-anak yang berasa dirinya kurang disayangi. Selain anak-anak sendiri, sifat menyamaratakan kasih sayang ini dapat dilihat pada layanannya kepada anak orang lain.

    Menerusi kekuatan sifat keibuannya, seorang ibu dapat membentuk dan mencorak anak-anak di rumah, mencorak anak-anak didiknya di sekolah jika dia seorang guru atau membentuk ‘anak-anak’ di pejabat jika dia seorang ketua pejabat.

    Tiada suatu formula ideal membentuk anak-anak cemerlang kerana setiap anak itu memiliki keistimewaannya tersendiri yang dianugerahkan Allah.


    Di petik dari Harian Metro Online..

    terima kasih azizah...

    Selepas pilihan raya umum bulan tiga hari tu, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) telah membuat pengumuman akan bertanding dalam pilihanraya. Aku tertanya-tanya jugak, bilakah ianya akan berlaku. Selepas tu macam-macam kes yang berlaku lepas pilihanraya. Pengalihan kuasa antara dolah dan najib, kenaikan harga minyak yang melanda rakyat…….aku masih lagi tertanya-tanya….bila DSAI akan bertanding dalam pilihanraya. Katanya pembangkang akan memerintah Malaysia bulan September ni. BETUL KE?

    Lepas tu muncul pulak cerita liwat terliwat…..
    Macam-macam la berita-berita hangat berlegar di sana dan sini. Hulubalang-hulubalang PKR mati-matian mempertahankan bosnya. Heboh satu dunia, macam ayam betina bertelor sebiji…..apa lagi, macam-macam jugakla laporan BPR dibuat. Orang tu buat laporan, orang ni buat laporan. Aku pun pening…apa nak jadi ni.

    BPR kena tambah kakitangan la nampaknya……pihak suruhanjaya perkhidmatan awam perlu membuka peluang pekerjaan kepada sesiapa yang berminat untuk jadi pegawai penyiasat BPR dalam masa terdekat ini….banyak kes nak kena siasat.

    Kes kat terengganu belum setle, kes kat dalam kubu polis pulak menjelma….penyalahgunaan duit masa pilihanraya yang melibatkan puluhan juta ringgit dengarnya akan disiasat BPR….hidup BPR….eh bukan. Hidup Paklah…berjaya akhirnya Paklah menunaikan impiannya menghapuskan rasuah di Malaysia….biasala…perhimpunan UMNO kan dah hamper…..semua makhluk perosak perlu dibersihkan……

    Dalam banyak-banyak isu, isu perletakan jawatan azizah sebagai ahli parlimen Permatang Pauh sangat menarik perhatian aku. DSAI akan bertanding….BETUL KE? Entah-entah minggu depan bigbos PKR di kena tahan atas tuduhan meliwat.. …eeee geli geleman aku nak sebuat nama budak tu…..
    Walau apa pun. Itulah kasih seorang isteri bernama azizah…sanggup mengosongkan kerusi bagi memberi laluan kepada suami tercinta. Mahadhir pun setuju dengan aku….hihi.

    Asas Multimedia dan Aplikasinya Dalam Bidang Pendidikan

    Rujukan : Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2003) Multimedia dalam pendidikan, PTS Publication, Bentong

    Sistem pendidikan masa kini mengalami perubahan yang amat pesat sekali. Pelbagai kaedah baru telah diperkenal serta digunakan supaya pengajaran seseorang guru menjadi lebih berkesan dan pembelajaran murid menjadi lebih bermakna.Sejak beberapa tahun yang lalu kaedah pembelajaran dan pengajaran berbantukan komputer (PBK) telah mula diperkenal dan kini dengan era teknologi maklumat dan komunikasi yang semakin pesat, ianya semakin mendapat perhatian ramai

    Untuk artikel penuh, sila download di sini

    Betul ke ini Nabila Huda??

    Nabila Huda.....pelakon baru yang merupakan anak amy search baru-baru ini telah menunaikan umrah bersama bapa dan ibunya. Apa yang menarik perhatian ramai ialah gelagaknya yang agak sedikit keterlaluan semasa bergambar di sana........ Renung-renung kan...


    [muka hadapan]

    Protes yang diprotes : MARI NYANYI MENJILAT

    lagu kontoversi......... (tidak sesuai untuk mereka yang berumur bawah 18 tahun)

    mari nyanyi menjilat

    Wahai pemuda, wahai pemudi
    Jadilah kamu rakyat yang berbakti
    Kami berjanji akan tepati
    Semua impian yang anda hajati

    Rumah yang besar, kereta yang mewah
    Semuanya ada di tangan anda
    Hidup yang senang penuh jaminan
    Jangan bertanya, serahkan pada saya

    Jilat, jilat, mari semua menjilat
    Jilat, jilat, jilat sampai berkilat

    “Macamana? Ada berani ka? Ini tawaran hanya sekali braders and sistas! Apa tunggu lagi, kami tak tipu punya, Ini real, ori punya! Gerenti kaya-raya! Mari, mari!”

    Jilat, jilat, mari semua menjilat
    Jilat, jilat, jilat sampai berkilat

    Wahai pemuzik, underground rockers,
    Jangan bermimpi, jangan idealistik
    Kalau nak kaya, nak jadi rockstar,
    Marilah mari, sain kontrak kami,

    Nak masuk radio, masuk MTV
    Kenalah kamu menari macam kami
    Tengoklah saja, Carburetor Dung
    Cakapnya besar, tak kaya-kaya

    Jilat, jilat, semua nyanyi menjilat
    Jilat, jilat, mari semua jilat
    Jilat, jilat, jilat
    jangan tak jilat
    Jilat, jilat,
    jubur korporat sedap!

    © 2004 Carburetor Dung

    Mencuri Kasih Menumpang Sayang

    I
    Hidup ini tiada batas kemungkinan
    tidak sedikit simpang siur perjalanan.

    Kita berlepas darl titik sama
    untuk nanti terdampar
    entah di mana entah ada entah tiada khabarnya
    entah bahagia entah gusar lakunya
    entah begitu telah direncana
    entah telah sejuta usaha seribu daya
    tetapi suratan rupanya penentu segala.

    Hidup ini sebuah kelahiran
    sebuah perjalanan - sebuah perjuangan
    sebuah silih gantian antara tewas dan. kemenangan
    sebuah pertemuan, periodohan, perpisahan, perceraian
    sebuah rentetan suka duka
    sebuah drama entah bagaimana sudahnya
    hujungnya sebuah kematian - sebuah semikolan.

    II
    Hamba telah lama berkelana
    mencuri kasih menumpang sayang
    lencun jiwa im mengharung hujan simpati orang
    tandus hati ini dilanda ujaran berbalas sepi
    cekal hati ini membuatnya ngembara lagi:
    Kurenang laut mencarl tempat bertaut
    kugeluncur darl batu ke batu di sungai berjeram.

    Tuah masih bersamaku:
    sampai di tanah landai, laju sungal menjadi reda
    di teluk tenang aku berenang
    kuhirup ilmu sedingin salju
    kucuri kasih kutumpang sayang guru di situ
    terbekallah dada dengan ilmu.

    Hidup ini rangkaian perjodohan
    demikian
    dalam bangunannya yang indah
    jodoh mempertemukan aku dengan guru
    di belakang darjah aku menumpang singgah
    kuteguk i1mu sepuas-puasnya dari mereka
    biarpun namaku tiada dalam register.

    III
    Puisi ini saksi
    aku pernah meniti di dadamu
    mencuri kasih menumpang sayang
    meminta rela guru
    menimba ilmu.

    Singgahku seketika cuma
    berbekal restu guru
    berbekal secebis ilmu
    aku berkelana lagi:
    Hidup ini tiada batas kemungkinan
    tidak sedikit simpang siur perjalanan.

    Puisi ini saksi
    di hati ini tersemat sekuntum melati:

    Betapa jauh tersisih
    hatiku padamu masih
    takkan sampai hati
    melupakan tempat mencuri kasih!

    Betapa jauh berdagang
    di mata wajahmu terbayang
    takkan sampal hati
    melupakan tempat menumpang sayang

    Awang Had Salleh

    Isu baju kurung putih pelajar perempuan jarang, seksi

    Roslan SMS
    Fri | May 23, 08 | 7:26:08 pm MYT

    Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia atau PKPIM adalah sebuah NGO yang telah ditubuhkan lebih 40 tahun dahulu. Matlamat persatuan ini antara lain adalah untuk mengembalikan pelajar-pelajar Islam Malaysia kepada idealisma Islam yang sebenar yang komprehensif sejajar dengan tuntutan al Quran dan Sunnah.

    Badan ini walaupun aktif khasnya dikalangan para siswa Islam namun kadangkala oleh pelbagai sebab aktiviti, program dan kenyataan-kenyataannya tidaklah tertonjol sangat.

    Baru-baru ini Pengerusi Halehwal Wanitanya (HEWI) Munirah Bahari telah mengeluarkan kenyataan mencadangkan agar pihak Kementerian Pelajaran menukarkan pakaian seragam pelajar perempuan di sekolah-sekolah.

    Kata beliau ini bagi menangani jenayah seksual yang melibatkan remaja dan hubungan seks sebelum perkahwinan dikalangan pelajar.

    Menurut Munirah lagi baju berwarna putih (baju kurung sekolah) yang digunakan di sekolah-sekolah sangat jarang dan menyebabkan ada daya tarikan disitu.

    Lalu beliau mencadangkan jika tidak ditukar sekalipun, pelajar-pelajar berkenaan diwajibkan memakai singlet dalam atau tudung labuh yang tampak lebih kemas, selesa dan selamat.

    Saya tidak nampak sebarang kecacatan atau keterlaluan dalam kenyataan Munirah yang mewakili PKPIM itu.

    Tambah-tambah mereka adalah NGO pelajar Islam Malaysia, oleh itu layak dan paling sesuailah mereka terbit dengan cadangan ini, soal sama ada cadangan ini akan dituruti atau tidak, itu soal kedua, yang penting Munirah dan PKPIM sesungguhnya berhak menyuarakan pandangan mereka.

    Masalahnya, semalam saya terbaca seorang Ketua Editor akhbar berbahasa Inggeris (yang bukan Islam) dalam blognya mengkritik saranan PKPIM ini.

    Pertama beliau menganggap PKPIM sebagai sebuah NGO yang langsung tidak dikenali, keduanya tindakan NGO tersebut "stupid" atau bodoh dan ketiganya menganggap PKPIM sebagai jelmaan "Little Taliban" kerana mengusulkan sesuatu yang ekstrim dan melampau.

    Dalam akhbar The Star hari ini, PKPIM terus menjadi gelanggang serangan pihak-pihak yang sememangnya samada tidak menghormati Islam ataupun penafsiran Islamnya menggunakan acuan ultra liberal barat yang bersandarkan logik akal semata-mata.

    Sisters in Islam melalui Pengurus Programnya Norhayati Kaprawi menolak anggapan PKPIM bahawa pakaian sekolah yang ada ini menggalakkan rogol (adik Munirah sebut jenayah seksual) dan seks sebelum nikah.

    Kata beliau tidak cukupkah dengan pakaian baju kurung yang ada sekarang. Lalu sebagaimana yang biasa SIS lakukan (iaitu memakai aplikasi logik mengatasi syariah) Norhayati berkata, wanita Melayu yang berkabung pun menggunakan baju kurung putih, apa masalahnya (tidak pula saya tahu wanita Melayu ada kod baju untuk berkabung?).

    Malah tambah Norhayati, Wanita Umno pun menggunakan baju kurung putih, apa isunya (kenapa Wanita Umno pula menjadi sumber hukum?).

    Manakala Pengarah Eksekutif Womens Aid Organisation (WAO) Ivy Josiah yang turut tidak bersetuju dengan saranan PKPIM itu mengatakan apa yang perlu bukannya menyemak semula polisi pakaina seragama berkenaan tetapi adalah menyemak semula tanggapan-tanggapan salah berkenaan pakaian wanita.

    Kata beliau kes rogol berlaku bukan kerana pakaian, ianya akibat kuasa yang si rogol rasakan ia miliki terhadap mangsanya.

    Bagi saya selaku badan yang bertanggungjawab PKPIM berhak mengemukakan cadangan ini, tambah-tambah ianya tidak langsung bertentangan dengan matlamat dan perjuangan mereka. Jika ada pihak yang tidak bersetuju atas apa alasan sekalipun, janganlah mengkritik dengan menyerang dan mempersendakan Islam pula.

    Mengapa usaha untuk mendekati Islam dipanggil sebagai "Talibanisation"?

    Saya menyeru badan-badan Islam, para alim ulamak dan ahli-ahli politik Islam dan yang semua yang berkenaan agar menyatakan sikap dan pendirian terhadap cadangan PKPIM ini.

    Jangan biarkan mereka bersendirian menerima serangan dari pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini. Atau apakah kita semua juga sudah lunak dan termakan dengan dakyah kumpulan berfahaman ultra liberal Barat ini? - n32.blogspot.com

    Isu Shariah Dalam Perniagaan MLM

    Oleh : Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

    www.zaharuddin.net

    Jualan Pelbagai Peringkat atau lebih dikenali sebagai ‘Multi Level Marketing’ atau MLM adalah amat popular di Malaysia. Dalam pada masa yang sama, sistem yang sama juga digunakan oleh industri penjualan Saham Amanah Islam dan beberapa produk Takaful. Statistik tahun 2003 menunjukkan industri MLM Malaysia mencatatkan jualan RM 4 bilion dan lebih dari 3 juta orang Malaysia terlibat dalam urusniaga MLM.

    Akibat dari kebanjiran produk dan syarikat yang menggunakan sistem ini dalam mempromosi dan penjualan produk mereka. MLM kini boleh dianggap sebagai sebuah sistem pemasaran yang diterima ramai. Bagaimanapun, amat jarang dijumpai ilmuan Shariah samada dalam atau luar negara yang ingin atau berminat untuk menghuraikan sistem ini dari aspek Shariah dengan terperinci dan konkrit. Ini mungkin disebabkan kerumitan atau kurangnya minat ilmuan Shariah untuk mendalami proses sistem ini.

    Para ‘Ustaz’ dan Multi Level Marketing

    Saya juga tidak dapat lari dari dibanjiri soalan demi soalan berkenaan hal ini. Pada awalnya, saya cuba untuk mengelak disebabkan terlampau banyak bentuk dan jenis MLM ini hingga menyukarkan sesiapa juga untuk memandu dan menerangkan hukumnya secara jelas. Di tambah pula mengenagkan pengikut dan pengamalnya yang terlalu ramai dan kebanyakkannya pula kelihatan ‘taksub’ dan amat yakin akan halalnya kaedah MLM ini.

    Tidak kurang juga terdapat para graduan Shariah atau pengajian Islam yang digelar ‘Ustaz’ dan Ustazah’ yang juga kuat berkempen produk-produk syarikat dengan skim MLM. Lebih hangat dan meriah lagi, kumpulan ini kerap mendakwa ianya halal lalu diselitkan dengan pelbagai dalil Al-Quran dan Hadith yang menggalakkan umat Islam berniaga, kuat ekonomi dan lain-lain. Hakikatnya, dalil-dalil ini bukanlah khusus untuk menyokong MLM dan perniagaan piramid mereka.

    Ikhlas saya ingin nyatakan di sini, agak ramai juga orang ramai yang terpengaruh dengan kempenan dari kumpulan ilmuan agama seperti ini, menyebabkan orang ramai menyertainya tanpa berfikir lagi berkenaan halal atau haramnya sesuatu produk itu kerana ia telah diiktiraf oleh seorang ‘ustaz’. Justeru, saya ingin menasihatkan semua rakan-rakan lulusan Shariah dan Pengajian Islam agar lebih berhati-hati memberikan sebarang hukum dan merujuk dengan lebih mendalam sebelum berkempen dan mendakwa halalnya sesuatu produk hanya semata-mata kerana ia mendapat keuntungan besar di dalamnya. Ini kerana agak ramai juga saya dapati orang ramai yang berkiblatkan ustaz tertentu dalam kempen MLM mereka. Berkatalah Al-Laith bin Sa’ad : « Seandainya orang-orang yang memiliki pemahaman halal dan haram meneliti masalah ini, pastilah mereka tidak akan membolehkannya kerana terdapat di dalamnya unsur perjudian » ( Riwayat Al-Bukhari, no 2346 ). Sayyidina Umar al-Khattab r.a telah mengingatkan:

    لا يبع في سوقنا إلا من قد تفقه في الدين

    Ertinya : “Jangan seseorang kamu berjual beli di pasar kami, kecuali ia telah mendalami ilmu (hukum) agama tentangnya” ( Riwayat Tirmidzi, no 487, hlm 129 ; Albani : Hasan)

    Bagi membantu masyarakat yang semakin ‘hangus’ dalam industri ini, saya merasakan adalah elok untuk saya berkongsi panduan umum Shariah dalam hal penggunaan MLM ini. Bagaimanapun, saya tidaklah mampu untuk menujukan tulisan ringkas ini kepada mana-mana jenama MLM yang wujud di Malaysia mahupun luar negara. Tulisan ini hanya memberikan sedikit gambaran dan garis panduan yang diletakkan oleh undang-undang Islam dalam hal MLM ini.

    Pengertian MLM

    Secara umum ‘Multi Level Marketing’ adalah suatu cara perniagaan alternatif yang berkaitan dengan pemasaran yang dilakukan melalui banyak level (tingkatan), yang biasa dikenal dengan istilah ‘Upline’ (tingkat atas) dan ‘Downline’ (tingakt bawah), orang akan disebut ‘Upline’ jika mempunyai ‘Downline’. Pokok utama dari perniagaan MLM ini digerakkan dengan jaringan ini, sama ada yang bersifat ‘vertikal’ atas bawah mahupun ‘horizontal kiri kanan’ ataupun gabungan antara keduanya. (Lihat All About MLM oleh Benny Santoso hal: 28, Hukum Syara MLM oleh Hafidz Abd Rahman, MA)
    Bentuk MLM yang Haram

    Ada beberapa bentuk sistem MLM yang jelas keharamannya, iaitu apabila ia menggunakan sistem berikut :

    1) Harga tinggi dari biasa : Menjual produk yang diperjualbelikan dalam sistem MLM dengan harga yang jauh lebih tinggi dari harga biasa, ia adalah amat tidak digalakkan menurut Islam malah menurut sebahagian ulama, aqad seperti ini adalah terbatal. Tatkala itu, ia digelar ‘Gabhnun Fahisyh’ menurut istilah ulama Fiqh. Hukum jualan secara ‘Ghabnun Fahisy’ ini diperbezakan oleh ulama antara harus, makruh dan haram. (Durar al-Hukkam Fi Syarh Majallah al-Ahkam, klausa no 356, hlm 369). Bagaimana Nabi SAW pernah mengisyaratkannya sebagai suatu kezaliman jika berlaku kepada orang yang tidak mengetahui selok belok harga barang. (Al-Qawaid, Ibn Rusyd, hlm 601)

    2) Jualan target sebagai syarat komisyen : Selain dari yuran yang wajib dibayar oleh ahli, pada kebiasaannya terdapat syarat yang mewajibkan ahli tersebut mencapai target jualan tertentu bagi melayakkannya mendapat apa jua komsiyen dari hasil jualan orang di bawahnya. Apabila ia gagal mencapai ‘harga target’ tersebut maka keahliannya akan hilang atau tiada sebarang komisyen untuknya walaupun orang bawahannya menjual dengan begitu banyak. Semua MLM yang terlibat dengan syarat seperti ini, menyebabkan sistem MLM mereka menjadi bermasalah dari sudut Shariah kerana wujudnya unsur kezaliman terhadap ahli selain wujudnya kewajiban jualan bersyarat dengan syarat yang tidak menyebelahi ahli serta berbentuk penindasan. Seolah-olah pihak syarikat memaksanya dengan mengatakan “Anda mesti membeli atau mengekalkan penjualan peribadi sebanyak RM 500 sebulan bagi membolehkan anda mendapat hak komisyen orang bawahan anda”.

    Pada asasnya, komisyen yang diambil atas usaha menjual (seperti ‘brokerage fee’) sesuatu barangan adalah adalah harus menurut Shariah, ia adalah pandangan ulama besar Tabi’en seperti Muhammad Ibn Sirin, ‘Ato’ Bin Abi Rabah, Ibrahim an-Nakha’ie dan ramai lagi (Sohih Al-Bukhari ; Al-Musannaf, 5/242 ; Mawahibul Jalil, 4/452 ). Bagaimanapun, komisyen dalam hal MLM dan system piramdi ini boleh bertukar menjadi haram apabila :-

    * Diikat komisyen jualan rangkaiannya dengan sesuatu jualan olehnya, ia menimbulkan masalah dari sudut Shariah seperti unsur pemaksaan, syarat yang tidak sah dalam perwakilan dan perjudian.

    * Komisyen datang dari orang bawahan yang langsung tidak dikenalinya kerana sudah terlampau jauh ke bawah. Ini menjadikan orang atasan seolah-olah mendapat untung di atas angina tanpa sebarang kerja dan usaha lagi. Ia juga boleh dikelaskan sebagai broker di atas broker di atas briker di atas broker dan seterusnya. Dalam hal berbilangnya rantaian komsiyen broker ini, menurut perbincangan saya bersama Syeikh Prof. Dr Abd Sattar Abu Ghuddah (Pakar Shariah utama dalam bidang kewangan Islam dunia di Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia, AAOIFI, Dow Jones Islamic Index dan lain-lain) ia termasuk dalam konteks memakan harta orang lain dengan bathil selain terdapat unsur judi. Ini adalah kerana ia seolah-olah meletakkan syarat kepada semua orang bawahan samada dengan pengetahuan mereka atau tidak, semua hasil jualan mereka akan diambil sebahagian keuntungannya untuk orang atasnya.

    * Dari sudut yang lain, terdapat juga keraguan dalam isu pemberian komisyen di atas usaha dan tugas agen (wakil penjual) atau “brokerage” (tukang kempen). Ini kerana sepatutnya komisyen ke atas “brokerage” tidak harus mensyaratkan tukang kempen itu untuk membeli untuk diri sendiri sebagaimana yang berlaku dalam beberapa jenis MLM. Sesetengahnya pula mensyaratkan ‘broker’ atau ‘agen’ untuk menjual sendiri sebanyak sekian jumlah bagi memperolehi komisyen jualan broker (ahli) di bawahnya. Dengan sebab-sebab ini, hal ‘broker’ atau ‘agen’ menjadi syubhah dan tidak lagi benar ianya disifatkan sebagai komisyen wakil atau broker yang diterima Islam.

    3) Jika ahli berdaftar menyertai MLM dengan yuran tertentu, tetapi tiada sebarang produk untuk diniagakan, perniagaannya hanyalah dengan mencari orang bawahanya (downline), setiap kali ia mendapat ahli baru, maka diberikan beberapa peratus dari yuran ahi tersebut kepadanya. Semakin banyak anggota baru bermakna semakin banyak jualah bonusnya. Ini adalah bentuk riba kerana memperdagangkan sejumlah wang untuk mendapat sejumlah lebih banyak yang lain di masa hadapan. Ia merupakan satu bentu Riba Nasiah dan Riba Al-Fadl. Hal yang sama juga hukumnya bagi perusahaan MLM yang tidak mempunyai produk bersungguh dan berkualiti, sebaliknya produk miliknya hanyalah berupa ruangan laman web yang tidak berfaedah buat kebanyakkan orang, atau apa jua produk yang hanya dijadikan sebagai alasan pembelian. Malah harga sebenar produknya juga adakalanya jauh dari harga yang dijual kepada ahli (sebagai contoh dijual produk web komputer, sedangkan haragnya jauh lebih tinggi dan si ahli pula tidak mempunyai komputer pun). Pada hakikatnya, si ahli bukannya ingin membeli produk itu, tetapi untuk menyertai rangkaian serta memperolehi wang darinya. Ia juga termasuk dalam yang diharamkan. Hal membeli produk tidak benar dengan niat utama memasuki rangkaian dan mendapat untung dari rangkaian ini telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Al-Lajnah Ad-Daimah Arab Saudi no 15/192-193.

    4) Terdapat juga syarikat MLM yang melakukan manipulasi dalam menjual produknya, atau memaksa pembeli untuk menggunakan produknya atau yang dijual adalah barang haram. Maka MLM tersebut jelas keharamannya. Namun tidak semua MLM begini, cuma sebahagianya sahaja.

    5) Terdapat juga unsur mirip “shafqatayn fi shafqah”, atau bay’atayn fi bay’ah, (iaitu dua aqad jenis jual beli dalam satu) yang dilarang oleh Baginda SAW dengan pelbagai lafaz antaranya : “

    نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم عن صفقتين في صفقة واحدة

    Ertinya : “Rasulullah SAW melarang dari membuat dua belian (aqad) dalam satu aqad” ( Riwayat Ahmad, Al-Bazzar ; Al-Haithami : perawi Ahmad adalah thiqah ; 4/84 )

    Ini berlaku apabila ada sebahagian syarikat MLM yang membuka pendaftaran ahlinya, setiap ahli perlu membayar sejumlah wang disebut yuran, tidak dapat dipastikan samada yuran tersebut untuk membeli kedudukan di dalam rangkaian ataupun membeli produk. Pada waktu yang sama, dengan termeterainya keahliannya itu, ia akan menjadi wakil pula bagi syarikat untuk merekrut ahli baru, maka tindakan MLM seperti ini, boleh dikatakan termasuk dalam kategori hadis : shafqatayn fi shafqah, atau bay’atayn fi bay’ah. Ini kerana, dalam hal ini, orang tersebut telah dikira melakukan transaksi aqad Mu’awadat (kontrak pertukaran hak kewangan) bila membeli produk atau menjadi ahli dan dalam masa yang sama masuk dalam satu jenis aqad lagi iaitu perwakilan (untuk menjualkan produk itu kelak di samping mencari ahli baru) dengan komisyen tertentu. Maka, praktis seperti ini jelas tergolong sebagaimana hadith di atas.

    Kesatuan Fiqh Sedunia (Majma’ Fiqh Islami) pernah mengeluarkan fatwa ke atas satu bentuk perniagaan MLM jenama PT Biznas yang disifatkan sebagai haram kerana ia adalah salah satu bentuk perjudian. Selain itu, keputusan itu juga menafikan bahawa komisyen yang digunakan adalah komisyen atau upah ‘brokerage’ sebagaimana didakwa. (Rujuk keputusan nombor 3/24, 17 Julai 2003). Selain itu, Syeikh Salim Al-Hilali pernah mengeluarkan fatwa pengharaman dengan katanya : “Banyak pertanyaan berkenaan perniagaan yang diminati ramai. Yang secara umum gambarannya adalah mengikuti kaedah piramid dalam sistem pemasarannya, dengan cara setiap anggota harus mencari ahli-ahli baru dan demikian selanjutnya. Setiap anggota membayar yuran pada syarikat dengan jumlah tertentu dengan angan-angan mendapat bonus, semakin banyak anggota dan memasarkan produknya maka akan semakin banyak bonus yang dijanjikan. Sebenarnya kebanyakan anggota MLM yang menyertai cara ini adalah hasil motivasi bonus yang dijanjikan tersebut dengan harapan agar cepat kaya dalam waktu yang sesingkat mungkin, padahal ia langsung tidak menginginkan produknya. Perniagaan jenis ini adalah perjudian murni, kerana beberapa sebab berikut, iaitu:

    Ø Sebenarnya anggota MLM ini tidak mahukan produknya, akan tetapi tujuan utama mereka adalah menyertai rangkaian piramid bagi mendapatkan kekayaan cepat apabila setiap ahli baru membayar yuran.

    Ø Harga produk yang dibeli sebenarnya tidak sampai 30% dari wang yang dibayarkan pada syarikat MLM.

    Ø Tujuan perusahaan adalah membangun jaringan individu secara berkesinambungan. Yang mana ini akan menguntungkan anggota yang berada pada level atas (Upline) sedangkan level bawah (downline) selalu memberikan nilai point pada yang berada dilevel atas mereka.

    Justeru, saya kira, amat tipis untuk mencari MLM yang tidak tergolong dalam item-item salah yang saya sebutkan di atas, malah saya juga suka menyarankan agar pengamal-pengamal jualan amanah saham dan Takaful secara wakil untuk lebih berhati-hati agar tidak terjerumus dalam bab MLM. Bagaimanapun, jika anda masih ingin mendakwa halalnya MLM ini, saya sarankan agar pengamal MLM memastikan asas minima Shariah berikut dapat dipatuhi :-

    1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya). Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah. Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).

    2. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah.

    3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.

    4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala’ atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).

    5. Tidak diwajibkan bagi si ahli menjual jumlah tertentu bagi memperolehi komsiyen dari orang bawahannya.

    6. Setiap ‘upline’ atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah’. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?.

    7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya. Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.

    8. Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.

    9. Menstruktur plan pemasaran di anatara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkonsgian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.

    Akhirnya, saya tahu bahawa hukum MLM ini masih terbuka untuk perbincangan, malah Syeikh Dr Abd Sattar Abu Ghuddah ketika perbincangan dengan beliau mengakui ini isu yang agak baru baginya. Benar, amat sukar ditemui tulisan para ulama Islam dari Timur Tengah berkenaan hal MLM ini, disebabkan MLM belum masuk ke pasaran negara Arab dengan meluas. Justeru, menjadi tanggungjawab para ilmuan Shariah Asia Tenggara untuk membantu masyarakat untuk mengetahui pandangan Shariah tentang MLM ini. Tulisan ringkas saya hanyalah pandangan awal bagi memberi peringatan bahawa dengan sekadar pandangan, kelihatan begitu banyak keraguan boleh muncul dalam perniagaan MLM ini. Tidak perlulah pembaca merasa marah dan benci dengan tulisan ini. Ini sekadar nasihat bagi mereka yang mengambil berat tentang pendapatan serta memikirkan barzakh dan akhirat mereka yang kekal abadi. Wallahu ‘alam.

    Kuala Lumpur, Malaysia (14 Zulhijjah 1427 H = 4 Januari 2007)

    Khas Untuk Semua Guru

    Dialah pemberi paling setia
    Tiap akar ilmu miliknya
    Pelita dan lampu segala
    Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

    Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
    Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
    Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
    Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

    Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
    Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
    Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
    Jika hari ini seorang ulama yang mulia
    Jika hari ini seorang peguam menang bicara
    Jika hari ini seorang penulis terkemuka
    Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
    Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
    Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

    Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
    Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
    Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
    Dia adalah guru mewakili seribu buku;
    Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
    Semakin bererti tugasnya kepada negara.
    Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
    Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
    Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
    Menjadi kenangan ke akhir hayat.

    USMAN AWANG
    1979

    Guru dapat aib

    KUALA LUMPUR: Hanya kerana memberi amaran kepada seorang murid akan melondehkan seluarnya, seorang guru terpaksa menerima aib ditahan empat anggota polis di kelas selepas perhimpunan pagi di sebuah sekolah elit, baru-baru ini.

    Lebih memeritkan apabila guru dari sebuah negeri di pantai barat itu terpaksa meringkuk semalaman di sebuah balai polis, di sini.

    Dia hanya dibebaskan selepas mendapatkan kerjasama seorang individu berpengaruh yang dikenalinya kira-kira jam 9 pagi.

    Kejadian bermula apabila guru lelaki lingkungan 30-an terbabit memberikan kata dua kepada murid tahun dua itu seluarnya akan dilondehkan kerana melanggar disiplin sekolah secara berulang.

    Murid itu, anak sebuah keluarga yang mempunyai kedudukan dalam masyarakat, diberi amaran itu kira-kira jam 3 petang.

    Bagaimanapun, murid terbabit yang dikatakan sering menimbulkan masalah di kalangan rakan memaklumkan kepada bapanya yang turut mempunyai hubungan dengan pihak tertentu.

    Sumber memberitahu Harian Metro, bapa murid terbabit tersinggung dengan kata-kata kasar guru itu terhadap anaknya.

    Malah, katanya, bapa murid terbabit mendapat kerjasama daripada seorang saudaranya yang juga anggota polis yang dipercayai bertindak terhadap guru terbabit.

    “Saya terkejut apabila guru terbabit dibawa menaiki kenderaan polis selepas ditahan di kelas kira-kira jam 8 pagi sebelum dibawa ke sebuah balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

    “Saya percaya penahanan guru itu ada kaitan dengan tindakannya memberi amaran akan melondehkan seluar seorang murid di sekolah itu.

    “Memang kejadian itu sungguh memalukan guru berkenaan, terutama ketika ditahan di depan murid dan guru lain,” katanya.

    Menurutnya, walaupun pengurusan sekolah itu cuba merayu kepada anggota polis supaya dihentikan penahanan itu, tetapi tidak berjaya.

    Guru terbabit yang tidak sempurna anggota kakinya akibat kemalangan jalan raya dikatakan terkejut sebelum dibawa ke balai polis bagi diambil keterangan.

    “Saya difahamkan dia ditahan di lokap sebelum guru itu menggunakan pengaruh seorang kenalan bagi membebaskannya,” katanya.

    Sumber itu berkata, bapa murid terbabit sanggup menggunakan tindakan yang tidak masuk akal untuk memalukan guru berkenaan.

    “Sepatutnya, sebagai seorang yang berpendidikan tinggi, bapa murid itu perlu memikirkan tanggungjawab seorang guru berbanding bertindak mengikut telunjuk anak yang terlalu dimanjakan,” katanya.

    Dia kecewa kerana sekolah contoh itu dicemarkan dengan insiden yang sungguh memalukan apabila seorang guru dibiarkan bermalam di lokap hanya kerana menasihatkan muridnya.

    Sumber itu berkata, guru terbabit sedang berbincang dengan keluarga dan rakan bagi mengambil tindakan sewajarnya terhadap bapa murid dan anggota polis terbabit terbabit.

    “Pengurusan sekolah cuba mengelak kejadian itu diketahui media dan Kementerian Pelajaran bagi menjaga imej sekolah itu,” katanya.

    Menurutnya, tindakan segera perlu diambil bagi membantu guru berkenaan selain menjaga imej profesion perguruan yang semakin menjadi sasaran pihak yang tidak senang dengan peranan guru.

    Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner II, Ku Chin Wah, ketika dihubungi mengesahkan penahanan guru terbabit oleh beberapa anggota polis di sekolahnya.

    Beliau berkata, polis masih menjalankan siasatan sebelum sebarang tindakan dilakukan.

    Sumber : Berita Metro, 20 Mei 2008

    Permata Untuk Isteri

    Telah ku siapkan
    Satu daerah paling sunyi
    Dalam hati ini untuk kau isi
    Sebagai isteri

    Untuk kau penuhi dengan kemuliaan
    Seorang wanita
    Untuk kau beri erti dengan kelembutan
    Untuk kau hargai denagn kasih sayang

    Ku ingin kau jadi wanita mulia
    Yang tahu harga budi dan hati
    Seorang lelaki bernama suami
    Ku ingin kau mengerti
    Bahawa hidup ini tak semudah yang kita janjikan
    Yang kita janjikan
    Kerana kau isteri ku

    Islam penyelesai masalah pekerja - Nik Aziz

    KUALA LUMPUR, 6 Mei (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan semua majikan, Ketua Jabatan dan syarikat supaya melaksanakan peraturan atau budaya kerja berpandukan ajaran Islam bagi mengelakkan pekerja terjerat dengan masalah majikan mendiskriminasi pekerja.

    Beliau berkata, semua manusia sama ada mereka yang berjawatan Menteri Besar, Ketua Jabatan, Pegawai Kerajaan dianggap sebagai pekerja.

    Justeru, katanya, majikan perlu memberi gaji atau elaun kepada pekerja mereka selepas selesai melakukan tugasan tanpa sebarang tekanan.

    Menurut beliau, cara menyelesaikan masalah pekerja sama ada mereka di kalangan buruh kasar atau pegawai kerajaan, majikan perlu membayar gaji atau elaun mereka setimpal dengan tugasan masing-masing.

    Katanya apabila majikan dapat menyelesaikan masalah pekerja mereka akan mendapat pahala, walaupun wang mereka habis dan pahala itu merupakan duit yang digunakan untuk membayar gaji pekerja.

    "Cara untuk mendapatkan pahala majikan atau ketua jabatan dan syarikat perlu menyelesaikan masalah pekerja dengan adil," katanya dalam ucapan penutup Perhimpunan Pekerja dan Wacana Kebangsaan 2008 di Stadium Melawati, Shah Alam baru-baru ini.

    Beliau menegaskan bagi menyelesaikan segala masalah gaji atau elaun pekerja tidak ada cara lain yang lebih berkesan selain berpegang pada ajaran Islam.

    Tuan Guru Nik Aziz telah memegang jawatan Menteri Besar Kelantan selama lima penggal dan langkah awal yang diambil memberi tambahan gaji kepada pekerja dan cuti dua hari iaitu Jumaat dan Sabtu.

    "Tindakan saya memberi cuti dua hari menyebabkan Kerajaan Pusat mendakwa kerajaan Kelantan mengajar rakyatnya pemalas," katanya dalam ucapan penutup.

    Bagaimanapun, tambah beliau lama-kelamaan Kerajaan Pusat meniru segala perubahan yang dilakukan oleh Kerajaan Kelantan dengan menambah cuti pekerja sebanyak dua hari.

    Begitu juga dengan cuti bersalin dahulu 40 hari menjadi 60 hari dan beliau melahirkan kebimbangan jika cuti bersalin ditambah menjadi 90 hari akan menyebabkan pekerja wanita berhenti kerja.

    "Saya bekerja cara saya dan di akhirat pula saya sebagai Ketua Negeri akan dipanggil dahulu oleh Allah bersoal jawab berkenaan dengan rakyat, ekonomi, budaya, sosial negeri Kelantan," jelasnya.

    Tambah beliau,jika kerja begini teruk semua manusia berfikir tentang tanggungjawab berhadapan dengan Allah,maka tidak ada orang yang berebut untuk menjadi Menteri Besar.

    Menurut beliau, tapi ada yang berebut untuk menjadi Menteri Besar kerana ada benda lain yang menjadi pilihan. - mks.

    Wajah Baru Dun Kelantan

    Alhamdulillah,
    Sidang DUN Kelantan sudah selamat disempurnakan. Pelbagai perkara menarik berlegar di dalam Dewan. Pertambahan ADUN penyokong kerajaan dan berkurangnya ADUN pembangkang merubah wajah Dewan Udangan Negeri pada hari ini.

    Ketua Pembangkang yang baru, YB Dato Alwi dari Kok Lanas membawa nafas baru. Dato Takiyudin berseloroh 'BERBEZA SUNGGUH KOK LANAS DULU DAN KOK LANAS SEKARANG'. Kok Lanas dulu yang diwakili Dato' Anuar Musa banyak menentang idea yang dibawa pihak kerajaan negeri. manakala Kok Lanas sekarang, kelihatan lebih terbuka. Sanggup bekerjasama dengan kerajaan tok guru asalkan ianya membawa kebaikan kepada rakyat. sekali sekala keluar ayat Quran dari mulutnya, membuktikan besarnya perbezaan Kok lanas dulu dan Kok Lanas sekarang.

    Apa yang ditunggu-tunggu, apakah ucapan yang lahir dibibir Kok Lanas yang baru merupakan satu realiti atau retorik semata-mata.
    tunggu dan lihat

    tq

    Designer: FThemes.com | Converter: Blogger Themes & Blogger Templates
    Flippa